Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, March 19, 2009

APA YANG KAMU MEREPEK NI.




Aku dapat tugasan daripada maksu.
Alahai. Maksu dah bagi kerja kat aku lagi. Tak per.. aku ni kan sporting. Ni aku jawab:



rules:-

1)Make a list of what u want on your birthday
2)The list should be 10 numbers
3)post the image of this award to your posting
4)give it to 10 frens of yours



Birthday aku dah lepas. Maknanya kena tunggu Januari tahun depan baru boleh dapat apa yang aku hajat ni. Itu pun kalau umur aku sampai ke situ. Apa yang aku nak ye? Kejap, bagi aku pikir dulu. Okay I wish for:


1. Sehari sebagai seorang permaisuri.

Aku bukannya nak pakai tiara kat atas kepala tu. Aku nakkan layanan seperti seorang permaisuri. Ala, maknanya satu hari tu aku tak payah buat apa-apa la. Relek je sambil diulit dayang-dayang.

2. Menyambut hari jadi di Pulau peranginan

Semasa aku dilayan seperti permaisuri , aku berada di satu tempat peranginan. Yang ada cuma aku, suami, anak-anak dan dayang-dayang. Orang lain tak ada.

3. Kek bertingkat.

Aku suka makan kek tapi setiap kali makan asyik conciouskan kalori je. So on my birthday, buatkan aku kek kondo yang tak ada mengandungi kalori. Mesti sedap. Siap ada coklat dan cream bagai. Kat tengah-tengah ada aiskrim lagi bagus.

4. Dapat magic flowers.

Aku tak kesahlah sapa yang bagi. Janji bunga tu ada magic. Bila aku cium je bunga tu, dengan serta merta muka aku cantik berseri-seri. Cantik berseri ni pada pandangan suami aku saja. Orang lain tetap pandang aku hodoh macam biasa. Jadi bertambahlah kasih dan sayang dia pada aku. Kalau KTS lalu dengan gaya menggoda sekali pun, memang dia tak hengen pandang punya.

5. Donald Trump datang wish aku happy birthday

Entah apa ke hal pulak, dia datang ke malaysia. Datang jumpa aku pulak tu. Dia wish aku dan dia bagi aku hadiah satu lot tanah. Lepas tu dia tanya aku nak buat apa dengan tanah tu. Aku cakap aku nak buat tadika. Weh, dia bagi duit lagi suruh buat tadika complete dengan bangunan bertingkat dan peralatan. Jangan jeles!

6. Peta harta karun.

Bila aku bangun tidur pagi hari jadi aku tu, bawah bantal aku ada peta harta karun. Bila aku belek-belek peta itu, aku dapati ada persamaan tempat dengan tanah belakang rumah aku kat kampung. Aku balik selepas bersenang lenang di tempat peranginan. (hujung minggu tu aku balik la) Aku cangkul tanah di belakang rumahku. Cangkul. Cangkul. Cangkul. Aku betul-betul jumpa peti. Aku buka peti itu dan isinya.....emas...berlian..zamrud... Aku kaya. Aku kaya...

7. Bina rumah anak yatim

Bila dah kaya, mestilah buat kebajikan. Aku buka rumah anak yatim. Sesiapa yang bapak dia nama Yatim pun boleh masuk jugak.

8. Melancong seluruh dunia.

Duit terpijak tu banyak lagi. Aku bawa keluarga aku melancong satu dunia. Ha, tak lupa pergi Mekah. Takkan pergi london boleh tapi pergi mekah tak boleh pulak kan. Ish tak patut.

9. Nak mercedes.

Aku mengidam nak pakai mercedes ni dah lama dah. Bila nampa krete tu lalu depan mata, meleleh je air liur aku ni. Bang, bagi hadiah merc satu boleh? Ala.. dapat yang harga 300ribu tu pun cukup la.

10. Last but not least. Aku inginkan kebahagian dunia dan akhirat buat aku dan keluarga.

Masukkan kami ke dalam syurga Allah tanpa payah dihitung-hitung lagi. Amin.



Okay maksu, SIAP. Ha, tulah.. Siapa suruh maksu tag kakpah ni. Kan dah kena baca apa yang kakpah merapik meraban ni. Nasib korang lah.

Lepas ni nak kena cari mangsa la pulak. Ah, tak yah lah. Habis kat sini je lah. Kesian kat diorang tu.


16 comments:

sakurasa 2 said...

Kakpah bessst kalau dapat
Sehari sebagai seorang permaisuri

Nizam.Ariff said...

Ceh...no.2!

Apasal Donald Trump? Kenapa dia yek?... dia dah tua la...atau hartanya?

Segala mungkin. Jagad oh Jagad.
Jagad raya maya pada...

Tijah said...

kok doneltram tu dtg pinang akak... ondak tak? hikhik...

iina said...

lah kak donald trump ko kak.. wahh kalau betul gitu den nak numpang gak lah tadika akak sekali leh?? leh den buek projek IT fully wireless n setiap bebudak dapek notebook sorg satu..

permaisuri kak pah.. wah kak.. ada gaya lah kak hehehhe

lupekanje said...

osah pandai kpah ni merapu meraban...kok mintak kek ngan poie pulau tu oke lagi..7-9 tu mang baguih dan mungkin blh jadik kenyataan...acik boleh amin kan...yg bolah ateih tu boleh blah la kpah..haahaha..
err...acik ondak gak jumpa harta karun..kok dapek, kta share ye kpah..

ibundo said...

sakura, itulah angan-anganku. Kecil-kecil dulu berangan nak jadi puteri raja.

nizam, la.. dia buat apa. kaya beb..

tijah, wuih... tutup mulut ko jah. kang kono ponampa jopun kang.

ina, hik..hik..

acik, mano buleh share share. kok ondak carik sondiri. Bopoluh akak nyangkul tau tak!

ASH said...

Sekejap sekejap..
aku nak pegang kepala kakpah ni..
demam panas ke atau kena cikgukunya ke apa ke ni..
he he he..
kak pah ooo kak pah..

ibundo said...

ashley, aku sehat.. baru balik dari tesco ni ha. haha..

KTS said...

pling!!

semua hajatmu telah kutunaikan... kecuali hajat no.4 itu...
tak realistik kerana asal saja KTS lalu walau tak menggoda pun, pasti semua mata akan tertumpu padanya...
tak boleh nak buat apa... aura KTS sgt kuat...

wakakakakakakaka

KTS said...

seronok merepek di hari jumaat ya... :P

ibundo said...

kts, bla lah... haha
kts lagi, hari ni jumaat ke.

Nizam.Ariff said...

Hah! dah balik dari tesco... cepat komen...

Mak Su said...

hik hik hik, hebatlah kakpah.. siap donald trump tu, nasib baik tak mintak jadik mentor.

thanks kakpah :)

ibundo said...

nizam, haah. ye la.

maksu, sedap berangan ni.

ibundo said...

nizam, haah. ye la.

maksu, sedap berangan ni.

Anonymous said...

elehhhh...mak kan tak berani naik feriiii....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...