Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, March 19, 2009

TERJEMAHAN YANG KELAKAR

Aku selalu berpesan dengan anak-anak, "Kalau nonton tv jangan tengok subtitles".
Mereka jawab "Kalau tak tengok, tak berapa faham"

Sebenarnya kita faham apa yang orang putih tu cakap kalau kita concenterate pada apa yang mereka cakap. Tapi kalau dah mata asyik memandang tulisan kat kaca tv tu, memanglah kadar konsentrasi kita pada percakapan mereka berkurangan. Sebab tu lah kita jadi kurang faham.

Lagipun, terjemahan yang diorang buat tu kadang-kadang merapu merapik meraban. Lebih kelakar daripada menonton raja lawak. Kalau kat kaca tv ni kurang sikit kelakar nya. Yang kat panggung wayang tu, alahai.... macam tak ada orang yang edit.

You are the pretiest chick in town
Kamu lah anak ayam tercantik di bandar

You son of a gun
Kamu anak pistol

Why are you such an ass
Kenapa kamu keldai

You are pain in the ass
Engkaulah kesakitan di punggungku

You're like a millstone around my neck
Kamu seperti batu giling di keliling tengkukku.

The list will go on and on. Anda pun mesti dah pernah terjumpa terjemahan seperti ini dan yang seangkatan dengannya. Nak salahkan siapa ye, bila bahasa melayu kita rosak seperti ini. Hmm.. bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri.

Tapi aku sarankan. Kalau menonton tv cerita inggeris tu, kurang-kurangkanlah membaca terjemahan yang tertulis di bawahnya. Yang herannya, kalau tengok drama yang ada subtitle bahasa inggeris, anda pun nak baca juga kan? Padahal drama tu dalam bahasa melayu. Bahasa kita yang memang dah kita faham. Tabiat ke Tebiat tu.

15 comments:

ku tak sempurna said...

ada.. ada sekali tu sy tgk wayang...
patutnya translate 'tali pusat'... tp kat wyg tu translate tali kasut...

wakakakaka... klaka sgt...

pastu klu tgk citer cina/taiwan/korea... byk gak translate yg ngarut2... kekdg kita pun tak pernah dgr perkataan tu... :D

Tijah said...

tapi kalu citer tu boring kak, best gak kok ado subtitle. buleh gak golak dlm hati!!!

Mak Su said...

bila tengok cerita sedih jadi gelak macam tak hengat dunia sebab konsentrate baca subtitle, beli vcd pasaru-malamu. ahaks.

NJ@goboklama said...

tabiat tu, bukan tebiat :)

julietchun said...

yg pasti kakpah bkn mother of a gun,ahaksss.ade subtitle lg pening ngalahkan tgk citer tamil.

Sierrauniform said...

memang kelakor kak pah, direct translate yang terlampo direct..

tp mmg habit la baca subtitles kat vcd/cd/movie yg ada translate, kalo tak mo kasi baca tak yah bubuh subtitle boleh kan..

kakpah said...

kts, wakaka.. aku pun tak tahan nak gelak

tijah, kok citer tu boring, kau buek citer sendiri hehe..

maksu, pasar malam punya cd lagi haru biru

NJ, yelah.. memang dah tabiat kita kan? Yag dah tebiat dah tak tengok tv lagi kot...

juliet, bukan. akak ni meriyam..

siera, kalau tak ada subtitle ada lak nanti orang mengamuk.

Nizam.Ariff said...

Kera di hutan disusui, kalau ubah kpd bahasa inggeris lak apa jadinya...?

julietchun said...

meriyam buluh ko meriyam tembaga,hahahahha.

kakpah said...

nizam, haha.. kau translate la sendiri. Aku maleh.

Juliet, buluh ni aku tak main la. Meletup pecah bederai. Tembaga wo...tembaga ada nilai. kau tengok je durian tembaga. Itu contoh la.. isi amacam. Ada grade ke takda grade.. hehe..

xiiinam said...

Aku terjemahkan dari BM ke Enggereh pulak;

'no what-what ' lah kak Pah...
(Tak apa-apa)
Lain kali jangan curi-curi lagi tau...bagi salam...mesti saya bukak pintu dan hidang air sirap limau....

kakpah said...

ciklah, welcome back. Miss you too.

iina said...

hahaha kak.. kek sini lak walaupun bahasa inggeris diorg ada gak subtitle kek bawah tuh tapi bahaso inggeis gak.. maklumlah access scottish kek sini.. semua silence 't'.. la'er.. wa'er.. upps'er.. poning palo nk faham.. ckp xdo noktah de.. tetau2 jek ayat dah abis..

semlm den ngjar budak jepun n thai peribahasa Bm translate dlm BI.. water face.. heavy heart.. stone heart.. chair leg.. wakakakh kelakar sungguh ler

kakpah said...

ina, wakaka.. banyak cantik kau punye translation.

lupekanje said...

kpah..acikkan...duluuuuu..suka tgk subtitle citer Industan...
bahasa dia indah sungguh. tapi sekarang ni tah naper..terjemahan dia tu cam koreh yo...agaknya penterjemah hindi dulu tu dah pencen kot...tapi mang sodap bahasa dia..lagi lak terjemahan lagu...fuuuhh...layannn
sekarang ni rsa nak marah je tgk terjemahan industan tuh...tah haper2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...