Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, March 28, 2009

AL KISAHNYA PASAR MALAM


"buk! saya mauk ke pasar malam beli bakso"
"Nak beli bakso ke nak jumpa pakwe"
"Ishh.. ibuk ni. Betul. Mauk beli bakso."


Pasar malam tempat bahu bergesel bahu. Tempat makwe berjumpa pakwe. Tempat jual-jual dan beli-beli. Orang ke sana dengan berbagai tujuan dan tujuan itu orang itu saja yang tahu.


Aku jarang ke pasar malam. Kalau benar-benar ada keperluan baru aku ke sana. Jika setakat membeli buah atau char kuetiau atau kebab, aku pesan pada bibik saja. Dia dengan gembira dan rela hati akan ke sana.


Benarkah barang di pasar malam murah-murah? Ada yang memang betul murah (kualiti boleh dipersoalkan) dan ada yang sama sahaja dengan di kedai-kedai. Apa yang aku perhatikan orang yang ke pasar malam ini berduit banyak. Contoh: pembeli ambil kacang panjang secekak, sawi secekak, bende 10 biji, kubis seketul, carrot 5 biji....
"Dik..kira ni semua berapa"


Kita jarang bertanya harga sekilo berapa dan penjual itu pula senang-senang saja letak harga. Dia letak di atas penimbang satu persatu dan terus dapat harga keseluruhan. Kita keluarkan dompet dan bayar. Tak ada tanya-tanya lagi. Bukankah itu tandanya pembeli tu banyak duit?


Aku terpikir juga, budak yang menjual itu berapalah grade matematiknya. Sungguh pandai dia sehinggakan dengan melihat jarum di penimbang itu sahaja dia sudah tahu harga dengan tepat. Ada sekali aku buat dengki. Bila dia selesai mengira, aku cakap:
"Betul ke engkau kira ni. Apasal mahal sangat. Cuba kira balik"
Budak tu dengan terkial-kialnya mengira balik satu persatu.
"Sorilah kak, silap."
Tapi itulah sekali aku buat macam tu sebab kesian. Lagipun customer dia ramai. Aku niat hahal aje lah kalau dia terlebih kira. Kalau seorang dah terlebih sepuluh sen, sepuluh orang dah berapa ek?


Dulu dulu aku selalu beli ayam di pasar malam. Sekarang aku tak beli lagi. Dah lama dah aku tak beli. Cuba pikir, ayam yang kita beli di pasar cuma boleh bertahan beberapa jam kalau kita tak masukkan ke dalam peti ais. Ayam di pasar malam entah jam berapa diproses sebelum dibawa ke lokasi. Peniaga ayam buka gerai dari jam lima petang (sembahyang maghrib entah kemana) sehingga jam sepuluh atau sebelas. Ayam yang dijual tetap segar. Apa rahsia nya? Mestilah ayam-ayam itu sudah disepuh dengan bahan pengawet. Mengingatkan itu aku tak mahu lagi membeli ayam pasar malam ataupun ikan ataupun daging. Nanti bahan pengawet itu masuk ke dalam perut aku anak beranak. Aku takut.



"Buk taknak titip apa-apa ka" bibik aku tanya semalam bila dia dah nak pergi.

Aku teragak juga nak makan bakso tapi mengenangkan penjual mencopot mee dan bahan-bahan dengan tangannya saja aku jadi geli. Aku selalu perhatikan juga yang sebahagian besar peniaga makanan tidak menjaga hak kita sebagai pegguna. Kalau kita membeli nasi lemak contohnya, penjual akan mengambil ikan bilis, telur, kacang goreng dengan menggunakan tangan yang telanjang. Semasa dia mencopot bahan-bahan itu aku akan berimaginasi bahawa tangan itu tadi telah memegang seluarnya, memegang mukanya, mencungkil tahi hidungnya............ Ah, semua itu membantutkan selera.



Adakalanya aku menegur juga,
"Dik, tak ada sarung tangan ke."
"Hmmm..tak ada la kak"
"Pakailah sudu atau sarung je tangan tu dengan plastik merah tu ha.."
Dia cuma tersenyum-senyum. Kita tak salah menegur sebab itu hak kita. Aku selalu cari gerai yang ada sediakan sarung tangan. Aku memang tak suka makan nasi lemak tapi anak aku siadik memang pantang sebut nasi lemak. Sebungkus tak cukup.



"Belikan char kuetiau tiga" Aku berpesan dengan bibik.
Dah lama pula aku tak makan char kuetiau. Entah bersih ataupun tidak cara pemasakannya, tidaklah aku ketahui. Tapi malam tadi aku tak adalah pulak sakit perut.

Sekian.

7 comments:

Nizam.Ariff said...

No. 1 lagi. cop dulu

Nizam.Ariff said...

Barang2 kat pasar malam bukannya murah. Mahal... Ada beberapa sebab:
1. Org pegi pasar malam sebab nak freshness (utk barang basah).
23. Convenient, sebab dekat rumah. Kalau pasar malam tu jauh tapi gi jugak, maknanya ada sesuatu yang special kat situ...
45. Banyak awek indon... boleh gesel-gesel...

Tijah said...

aisehmenn..ada org fes la plak.

sey kok pasa mlm cari taufufa samo jagung bakar yo kak. lelain xdo do..mahal tekau!

aNIe said...

Betullah Kak Pah...saya pun jarang membeli makanan di pasar malam...tekak kadang tak lalu tengok penjual2 mereka...dan memang saya tak suka ke pasar malam sebab...tak suka bersesak2...saya memang tak suka tmpt yang sesak dgn org...

ibundo said...

nizam, hehe..
yang no 45 tu yang aku slalu syak wasangka kat bibik aku tu.

tjah, kan ko kau goma boli nasik lomak kek pasa malam tu.

anie, sama la kita ye. Kpah memang sesak napas kat tempat yang bersesak-sesak.

iina said...

kak.. den lamo tak poei pasar malam.. selalu suka beli yong tau fu kak.. waaa... teringin nie kak

ibundo said...

ina, kek sanun tak do pasa malam ko hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...