Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, March 25, 2009

BUNGA ATAU SAYUR

"Tak ado guno e kau tanam bungo tu. Lobeh baik ekau tanam sayo. Buleh yo kau makan"
(Tak ada gunanya kau tanam bunga tu. Lebih baik kau tanam sayur. Boleh juga kau makan)

Nenek pernah cakap seperti itu masa aku kecil. Masa tu aku tengah mencangkung melihat nenek mengembur-gemburkan tanah untuk menanam anak terung. Sayur memang jarang dibeli. Nak makan pucuk ubi, petik saja daunnya di belakang rumah. Nak makan terung, nenek memang ada tanam. Tangan nenek sejuk. Sayur yang ditanam nenek semua menjadi. Kacang panjang sekali petik saja dapat secekak. Secekak orang tua. Kadang-kadang makan tak habis. Nenek bagi pada wancik Yah atau ongah Jorah.

Bila teragak makan pucuk paku, nenek petik saja di tepi-tepi sungai atau di sawah. Pucuk paku tak payah ditanam. Nanti nenek masak pucuk paku campur udang masak lemak cili api. Kuahnya pekat dan pedas. Kalau tak ada udang, nenek masak dengan ikan bilis saja. Memang sedap.


Satu hari beberapa tahun lepas, aku balik ke kampung bawa pucuk paku yang aku beli di pasar tani kuala pilah. Sekarang ni mana ada lagi pucuk paku di kampung. Sawah dah kering dan sungai juga dah jadi hutan. Bibik emak aku heran bila aku bawa pucuk paku.
"Nak buat apa ni buk"

"Masak la."

"Masak? Boleh dimakan? Di kampung saya daun ni buat makanan kambing ni" Kata bibik dengan loghat jawanya yang tebal.


Emak tak berapa suka tanam sayur. Ada tidaknya mak tanam serai dan cili api saja. Pokok ubi memang tak payah ditanam. Dia tumbuh sendiri. Tumbuh meliar di tepi-tepi pagar.

Aku? Memang ada betulnya kata nenek. Kalau tanam bunga dapat hasil melawa saja. Kalau tanam sayur, hasilnya boleh dimakan. Aku tanam dua-dua. Cantik dapat. Makan pun dapat. Dulu suami aku tak suka kalau aku tanam sayur di belakang rumah. Dia kata menyemak je. Kalau nak makan, beli je kat kedai.

Mula-mula dulu aku ikut jugalah cakap dia. Lama-lama aku pekakkan telinga. Aku kata aku nak buat edible garden. Yang herannya bila dah keluar hasil dia pula yang sibuk suruh petik sebab nak makan yang fresh. (Dia tak tau aku mengutuk dia ni). Meh layan sayur aku. Ni banyak yang dah ditanam semula. Tu yang dah tak berapa nampak hasilnya tu.






Berjasalah kepada bumi dan bumi akan berjasa kepada kamu. Walaupun apa yang kamu usahakan itu cuma seciput he..he..

15 comments:

Hamirdin b Ithnin said...

eleh,

cuma berani gambar close up.

cuba tunjuk gambau seluruh!

kakngah said...

umi sy, keliling rmh dio taman bungo & sayo. kok anak cucu blk mengojot, no hal punyo la.

julietchun said...

pucuk paku kat pasar skang ni dah takde pucuknya, paku je yg ada, itulah kata mak saya baru2 ni.Terung tu comey.

kakpah said...

Mr Hamirdin, aisey man. you dont drop my water face la hik..hik..

kakngah, respect la umi kakgah ni.

juliet, betul..betul..pucuk ubi pun dah tak ada pucuk. Tinggal daun je.
Err.. terung tu comey sebab tu je la sebijik. wakaka...

ashley said...

Kakpah,
mak saya rajin menanam sayur sayuran dan bunga bungaa. Dulu waktu kecil, seingat saya pokok kacang panjang mengeluarkan buah sampai terpaksa jual kat apek ikan..(banyak betul..)pokok cili pula cukup seronok mengumpul buahnya. Cili padi dibuah jeruk...Ubi kayu dibuat dikerepek kan..maklum le tanah kampung luas..
Itik sepuluh ekor dan ayam yang berjumlah hampir 100 ekor memberi hasil yang cukup seronok!!

Tapi kena rajin menjaga rumput rampai, semak samun, lalang lalang..
kalau tidak macam MR HAMIRDIN ler..si SUAMI akan MENGOMEL!!!

Semak semak semak..
( dan yang menjadi mangsa ialah pokok sayuran dan bunga bungaan serta juga buah buahan mak aku lerrrr)

julietchun said...

kalo terung sebijik, adakah bendi tu pun senasib, anak tunggal gak?hahaha, tgn kakpah mmg pijar takleh menanam.

Mak Su said...

eden ni tanam rumput jer segar, yg lain semua jadik bantut hidup segan mati tak mahu :(

Tijah said...

yayy!!! kakpah sudah kambek!!!! rindunyer kat kak pah tuu....

(ni ayat membodek kot2 la dapek sekokak duo kacang panjang tu..buleh yo buek rondang)

iina said...

Dulu arwah tok marin pun cakap gitu gak.. tanam sayur ada hasilnya.. tapi arwah nenek lak suka tanam bunga heheheh kira sesamo lah.. den terbalik.. pakwe suka tanam buah n sayur den lak tanam bunga.. kira ok ler tuh kan ;)

yolah kak botul ler nie ahh nk sponsor hadiah tadika.. bak meh akaun kak... krg den transfer yo masuk akaun kak.. tak byklah tapi jadilah kan ;) krg akak email kek den kat iina@yahoo.com tau

Nong said...

Cemburu pulak tengok kitchen garden kakpah yang menjadi. Tangan ni panas agaknye. Bila menanam banyak yang mati dari hidup.

Tengah angan2 nak try tanam sayur yang senang hidup. Hubby suruh cuba tanam serai dulu. Kalau tak hidup jugak, tak yah tanam lah. Suruh beli jer...

kakpah said...

ashley, orang kampung ni memang pantang ada tanah kosong sikit. ada je halnya untuk mendatangkan hasil. laki aku pulak tak suka semak sebab dia kata tanam sayur tu buat semak. Tak suka sebab ruang dia nak guling-guling atas rumput tu dah terbatas kahkah...

kakpah said...

juliet, cisss.... engkau telah merendah-rendahkan martabatku sebagai seorang petani kota.
err....sebenarnya memang pun tu jelah sebijik wakakah....

maksu, tangan panas tu.

jah, la..ingatkan apo yang kambek. mulo-mulo ingat kambing mengembek nak makan kacang akak.

ina, elok la macam tu ado persefahaman. kok tak kang begaduh pulak hehe..
Okay la ina. nanti akak emailkan akaun maybank. ingatkan ekau memain yo. Ala.. tak kesah la kau nak derma berapo pun. nanti kpah bolikan hadiah akak masukkan lam entry.

nong, kpah tengok kebun you tu macam-macam buah ada. Mestilah tangan yang menanam tu sejuk. Ke hubby you yang tanam.
sayur yang nak senang tanam ni cili api je. Kacang panjang pun okay. tomato susah sikit nak idup.

lupekanje said...

best kpah kan...nk makan yo poi potik kat bakang umah...fresh gitu. Acik tingat arwah nenek dulu, rajin ikut dia poie tanah lesen kutip sayur comporai....sodap kakkk...
skrg ado laie ke idak gaknya comporai tuh.

Nizam.Ariff said...

Ada nampak gambor cekor (kencur).
Akak tau masak guna cekor ke?

Kalau tanam paku pakis dalam pasu, agak-agak berapa biji pasu kena beli untuk dapatkan secekak pucuk paku untuk dibuat sayur?

kakpah said...

acik. sodap tu masak comporai kuah lomak putih.

nizam, tak payahlah tanam paku pakis. kalau nak makan pergi je beli kat pasar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...