Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, March 24, 2009

HUJAN LEBAT BERTUKAR RENYAI

Salam. Macam dah bersawang pulak rumah aku ni. Tiga hari tak mengemas. Tiga hari jugak jari jemari aku pijarrr sebab tak dapat mengetuk keyboard. Juliet, jangan nak mengada-ngada mengata aku tak bayar bil. Nanti tak pasal-pasal rumah yang dah renovate tu kena sembur dengan cat ( cakap orang yang baru baik dari gila meroyan).

Hari ni pagi-pagi lagi dah hujan. Latihan sukan kensel. Sukan aulad akan berlangsung tidak lama lagi. Hari sukan ialah pada 12 April 2009 bertempat di stadium seksyen 15 bandar baru bangi. Sesiapa yang ingin menyumbang untuk hadiah cabutan bertuah dialu-alukan sama ada dalam bentuk wang ataupun hadiah. Sesiapa yang nak menyumbang hadiah tu, bagi lah yang besar-besar sikit. Tak mahu yang cenonit hehe...

Semua murid akan mengambil bahagian. Semua murid akan dapat hadiah. Kalah pun dapat hadiah jugak. Tadi sebaik hujan reda, aku ke mydin untuk membeli hadiah saguhati.

Satu peristiwa beberapa tahun dahulu:
Aku ke mydin KL. Aku beli hiasan dan meletakkannya di atas meja. Datang anak aku dibelek-beleknya benda tu.
"Mak beli kat mana ni"

"Kat mydin"

"Hah? maidin ada jual benda ni?"

"Macam-macam kat mydin tu"

"Ni pun maidin jual?"

"Iyyeeee..."

"La...ingatkan dia motong rumput je"

"Oi... mak beli kat pasaraya mydin la, bukan kat maidin. Maidin mana ada jual ni semua. Keje dia motong rumput"

"Oooo... he..he.."


Masa aku sampai kat Mydin hujan masih renyai-renyai. Cari parking penuh pula. Hujan-hujan pun orang bershopping juga? Mungkin mereka seperti aku atau adakah aku seperti mereka? Anyway, satu round pusing tak ada lot kosong. Lama-lama jumpa satu agak jauh dari situ.

Dulu-dulu kalau parking, nanti ticket attendance akan datang letak tiket dan kita bayar di pondok yang disediakan di tepi-tepi jalan. Sekarang agak mudah. Di tempat parking disediakan mesen bayaran tiket letak kereta. Mudah. Senang. Aku pun setuju.


Tapi apa yang aku tidak setuju ialah perkara yang sepatutnya memudahkan pengguna menjadi sebaliknya. Aku dah siap keluarkan siling nak masukkan seringgit tapi sampai di mesen itu aku di sambut dengan kata-kata ini:


Melilau aku mencari mesen lain. Dah lah hujan renyai. Nanti kalau aku demam mpkj nak bayar duit pergi klinik ke.

Sekian.

17 comments:

Tijah said...

fes...

Tijah said...

kak. sey sponsor surat khabar lamo nak tak? buleh yo buek aleh tompek duduk omak budak2 tu. kok paneh ko..ujan ko kan??

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kak....
nape tak sepak je mesin tu kak..saya pun buat cam tu..hehehe
kak,jom sabtu ni kita pi meeting makcik blogger kat Shah alam...pukul 3 ptg..pot luck..amacam..jom lerrrr

kakpah said...

tijah, akak tak sudiiiii....

Ezza, meeting? ha ha.. ai malu lah..

sakurasa 2 said...

Kakpah
pgi tadi kat tempat sakura pun hujan lebat bertukar renyai now dah berhenti tapi xder nampak pelangi pun

kakngah said...

ok gak natang tu dr guna kupon. kot kupon asek lupo yo nk gores.
dah la gores tak monang....
kakpah, buleh mintak nestle sponsor hadiah tu...

julietchun said...

ahad lepas ade lalu kat bandar baru bangi & nampak satu tadika yg tertulis Tadika aulad, pastu nampak ade org dok mesin rumput belakang tadika tu, adakah itu Maidin yg sdg mesin rumput?hahahaa.

julietchun said...

petua mak saya kalo tgn pijar celupkan dlm myk masak, pastu goreng,hik,hik.

ku tak sempurna said...

kesimpulannya,
tak yah bayar parking...

tunggu je surat saman dari MPKj...

hikhikhik....

Kak Ezza@makcik Blogger said...

ala kak
jom laa
kita kenal kenal,then makan makan..pastu sembang2...jom ler

Mak Su said...

masyallah!!! (tepuk dahi)

ingatkan dia potong rumput jer... kah kah kah

ashley said...

Kakpah,
kepala aku dah pening..KENA HUJAN!

tapi latihan boh manik dan pakaikan pakaian itu tetap diteruskan dalam sekolah. kami buat lepas rehat..
Bebudak excited la dengan acara kali ni!

Yang boh bola dan ambik bola dari gelung tu pun interesting...
Baru ada skill!!

Cikgu cikgu pun TERUJA!! letih gak nak latih bebudak yang satu dua terLOPONG tu..ngeh ngeh ngeh..

ashley said...

tijah,
ko memang..
gamak ko nak sposo surat kabar lama yang dah nak ko jual kat Maidin tu??
ish ish ish..

iina said...

Takpe kak ujan rahmat.. den nk sponsor jauh ler kak.. den sponsor duit yo leh? akak bg no akaun kek den nnti den masukkan ;)

kakpah said...

sakura, pelangi nyorok takut nak kluar.

kakngah. Ko slalu main gores dan menang eh.

juliet, kau tengok yang motong rumput hitam ke putih. Kalau putih, sah bukan maidin.
..petua ko tu macam nak mbunuh je.

kts, takper.. akak lebih rela menapak dalam hujan tu cari mesen lain.

ezza, hehe.. kan main lagi ko mujuk akak ye. Kat mana tempat. Nanti akak pikir dulu masak-masak.

maksu, tau tak per.

ashley, jadi jugak la ye korang praktis dalam tadika. Cikgu2 aku tengok seronok jugak dengan acara kali ni.
hehe.. tijah tu memang. Dah dia jaja nak sponsor suratkabar, dia tak berani masuk sini balik dah...

ina, ekau bia betul. Kau main-main ko betul-betul kau nak bagi ni he..he..

lupekanje said...

klu dah tulih centu, tk yah bayau je parking...makne nya free parking la tu kpah ooii..heheh...
yg tk leh guna, mesin dia...n tu bukan salah si pemarking...mesin tk leh guna...tapi parking boleh je kan..heheh..

kakpah said...

acik, kalau ikut, macm tu la kan. tapi kpah ni pongocut sikit. kang kalau tak letak tiket, tak pasal-pasal je aku kena saman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...