Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, March 14, 2009

Esok Yang Belum Pasti

Dulu
anak-anak masih kecil kecil. Setiap kali aku dan ayah mereka bersiap-siap mengenakan pakaian cantik, semua sibuk bertanya;
'mak dan ayah nak pegi manaaaa'.
Belum sempat aku nak menjawab, mereka akan berkata lagi;
'nak ikut...nak ikut'.
Dan terus berlari keluar mengenakan kasut dan masuk ke dalam kereta.

Walaupun aku sebenarnya hanya pergi ke kedai sekejap membeli barang keperluan rumah.

Sekarang
Aku dan ayah mereka berpakaian cantik untuk keluar. Anak-anak akan bertanya juga,
'mak dan ayah nak pergi mana'
Kalau kebetulan aku nak ke majlis kenduri kahwin aku akan jawab;
'Nak gi kenduri.'
Anak-anak akan jawab balik,
'Ooooo' dan terus dengan pekerjaan mereka.
Tidak ada lagi jeritan 'nak ikut..nak ikut..'

Kadang-kadang aku ajak juga.
'Dik, mak nak pergi tesco. Nak ikut?' Si bongsu akan diam seketika berpikir dan menjawab
'Tak nak ar..'
Yang selalu menemani aku ke tesco, kirin dan imah. Itupun sebab mereka mahu membeli keperluan untuk dibawa pulang ke asrama.

Jadi, sekarang ini aku mempunyai banyak masa untuk berdua-duaan dengan suami aku. Macam merpati dua sejoli.

Tadi
Pagi tadi kami ke Sebatu berjumpa Haji Midon atas urusan. Haji Midon nampak terlalu berusia. Walaupun berumur 76 tahun dia nampak lebih tua dari abah. Abah sudah 86 tahun dan masih boleh memandu kereta dari bangi ke kuala pilah dan dari kuala pilah ke bangi.

Bila aku dan suami sampai ke rumahnya, yang ada hanya mereka suami isteri dan beberapa orang tukang indon yang sedang memperbaiki rumahnya. Aku bertanyakan mana anak-anaknya yang lain. Jawabnya, yang seorang di sini, yang seorang lagi di sana, yang lain di sanun. Lapan semua anaknya. Yang tinggal di rumah yang besar itu cuma dia suami isteri.

Buat aku berpikir di sepanjang perjalanan pulang dari rumahnya,
'adakah satu hari nanti aku seperti pasangan itu? Hanya aku berdua yang menghuni rumah kami?'

13 comments:

Nizam.Ariff said...

Yay! First.

Gitu le gamaknya kak. Dia org ada hidup masing-masing. Mcm kita jugak. kita pun bukannya duduk dgn mak bapak kita.

Anak burung pun sampai masanya akan terbang, keluar dari sarang...

ibundo said...

nizam, ada bibit cemburu juga pada bakal-bakal menantu. mesti sayang anak pada kita akan berbelah bagi.
macam tu lah agaknya rasa mak mentua bila kita kawin dengan anak dia.
hehe.. tapi akak ni menantu misali hehe..

kakngah said...

dulu kite tgglkn ayh ibu, lepas tu ank2 pulak tgglkn kite... hukum dunia.

ibundo said...

kakngah, huhu... masa aku nak kena tinggalkan dah dekat. engkau lama lagi. anak kau kecit-kecit lagi.. huwaa....

ASH said...

Relax la Kak pah..
anak anak TADIKA yang Hingar Bingar tu kan ada...
Silih Berganti!
Meh sya BOH sebahagian anak saya kat rumah Kak Pah!
Ponin pala nak melayan kang..

lupekanje said...

'adakah satu hari nanti aku seperti pasangan itu? Hanya aku berdua yang menghuni rumah kami?'
memangla kpah ooii..depa smua nanti ada kuarge memasing..yg tinggal bedua dlm rumah tu tk per lagi..klu cam acik ni?? tinggal sensorang walopun belum tua????

bebudk ni klu ajak gi masjid, lagi la tk endak..

Acik - sepi itu indah

iina said...

Alah kak.. tak semestinya lah kak.. cam den nie.. masuk jek umur 30 tahun.. den nak fikir sok mak ayah tua sapa nak jaga diorg n temankan diorg.. antara plan masa depan.. mmg nk pindah duk dekat ngan mereka lepas abis kontrak study nie.. pindah duk selangor balik atau n9..

Insyallah kak.. dalam byk2 tu mesti ada yg akan jaga kak pah n suami.. cayalah cakap den nie ahh kak..

chekdenoor said...

Aha......topic yang baik...... cam sama jer kat mana-mana.....

Sekarang ni pun...chekdee dah mula rasa sunyi......anak-anak dah keluar....meneruskan pengajian bagi mengejar impian..... yang tinggal hanya sofiah...anak bongsu chekdee......tapi...dia dah ting4....2 tahun lagi...sure akan keluar juga......sunyi memang sunyi......

Kalau dulu...penat dengan riuh rendah kerenah anak-anak....tapi hati happy jer....sebab kita berkumpul bersama....tapi sekarang...terasa sunyi sangat......tambahan sofiah ang ada pun asyik memerap dalam bilek...dia dah remaja....dia perlukan masa private nyer.....hmmmm.....

Chekdee selalu rindukan masa kami semua dapat berkumpul kembali.....

So...hargailah masa bila anak-anak maseh bersama kita......

ibundo said...

ashley,hehe.. seronok pun ada gak sebab banyak masa untuk bedua je.

acik, duk sengsorang lagi sodap cik. Kulu kilir tak do sapo molarang. Tapi toraso gak perubahan tu cik. dulu bising, skang sonyap.

ina, harap-harap adalah anak yang ingatkan kita ni bila dah tua. macam kita gak ingat kat mak ayah. Sib baik lah abah kpah ni nak duduk sama dengan kpah. Kok tak, sian dia duduk sengsorag kat kampung.

chekdee, anak kpah lapan. bayangkan macamana riuhnya masa diorang kecil. sekarang dah pegi belaja sana sini. nasib baik jugalah belaja tak jauh. hujung minggu terkumpul gak. tapi tu lah, bila dah besar-besar masing-masing nak privacy. kadang-kadang terasa sunyi gak.

Yunus Badawi said...

Nasiblah anak saya pelbagai peringkat umur - dari yg bujang 20 tahun sampai si Adam yg baru 6 bulan. Bagaimanapun mmg terasa sunyi bila yg besar2 tu takde di rumah. Cuti sekolah ni baru semua ada. Seronok sikit rasanya.

sakurasa 2 said...

Salam ziarah n salam kenal.
Kak pah ni pasti manis macam madu coz banyak lebah kat cni he he he

ibundo said...

yb pasti si adam menjadi anak yang dimanjai ibu ayah dan abang kakak. seronoknya dia.

sakura, salam kembali. bukan lebah saja yang mghurung, kanak-kanak jugak. Manislah agaknya ye..hehe

julietchun said...

bleh ler hepi2 ngan somi bile anak2 dah takde,hik,hik. Takde anak yg lupakan orgtua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...