Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, March 13, 2009

Membantu Ibu

Hari ni hujan lagi. Pagi-pagi dah hujan. Melambatkan aku keluar rumah. Alasan: Hujan lebat, nanti basah. Bukan ke manusia ini suka sangat mencipta alasan.

Memandangkan hari ini hari terakhir sekolah sebelum bercuti selama satu minggu, dan dengan hujan lebat seperti itu, aku jangkakan memang ramailah anak muridku yang tidak akan ke sekolah. Rupa-rupanya tidak. Kelas tetap penuh. Ada yang menunggu sehingga hujan berhenti baru datang. Emak mereka berkata, biar lambat asal datang.

Antara aktiviti yang aku lakukan bersama murid pada hari ini ialah melipat baju. Aku beritahu mereka, kesian ibu di rumah banyak kerja. Nak masak lagi, nak jaga adik lagi, kena pergi kerja lagi. Kalau ada baju yang belum berlipat tu, ringan-ringankanlah tangan untuk membantu ibu.

selonggok tshirt yang belum berlipat

Ada yang menggaru-garu kepala sebab tak tahu mana nak mula. Maklumlah tak pernah ambil tahu macamana ibu melipat baju.

Ada pula macam dah biasa. Yang dah selalu menolong ibu, dia akan menunjukkan caranya pada kawan pula.





Inilah hasilnya. Tak rugi kan belajar melipat baju. Nanti boleh tolong ibu selalu.




Actually I'm posting this entry in a hurry. I have to accompany my husband to Malacca.
Well.. just to share what we did today in class jannatul aad.

10 comments:

julietchun said...

melentur buluh biarlah dari rebung,dak gitu?

Tijah said...

boto tu kak! sey ni walopun anak br sekoto tu tapi takpek nak manjo2 do. dah mkn pinggan antar dapo, tumpah'an air kono lap balik. sonang sok kok masuk serama pandai deh bawak diri

kakngah said...

ha.... dah siap lipat pn kain bj ummu yg berlonggok tu... bagus anak2....

aNIe said...

Kak Pah...seronok anak2 tu dpt melipat baju...baguslah sekolah tadika akak ni...siap mengajar anak2 membantu ibu...

Anak anie sikecik tu rajin jugak menolong...tapi tiap kali dia melipat akak kene betulkan...tapi takpela asalkan dpt membantu

Nizam.Ariff said...

kak, tu bukan buruh paksa kanak-kanak kan? hahhaha..

Aku, sampai sekrang, asyik kena komplen dgn bini je bila tolong dia lipat baju. Dia kata, bucu dia tak sama... Alaaa, janji lipat dah la... sampai bucu pun nak sama...haih!

Mak Su said...

timakasih kakpah, diharap semua cikgu2 pun akan terus selitkan nasihat mcm tu kat murid2, tak kira umur. huhuhuhu (sedih plaks saya ni)

iina said...

Kak peh nie leh den longgok baju kek tadika suh lipat hehehehe..

Selamat makan ikan bakar yo kak.. ;)

Yunus Badawi said...

Eloklah ajar anak2 ni melipat baju dari kecil lagi. Kalau tak dah besar pun tak tahu nak lipat baju. Semuanya main longgok aje. Kalau kain pelikat tu bulat depan bilik air hehehe
psst - malam ni makan ikan bakar kat mana?

kakpah said...

juliet, betul..betul.. dah jadi buluh nak lentur, dia patah.

tijah, iyo jah. jah, kau ado cubo jus intra tak. cubo lah amalkan. mano tau si chem boleh dapek adik lak.

kakngah, hehe.. kalau lipat baju ummu, sampai loceng bunyi lum siap.

anie, akak terapkan real life dalam pengajaran. tolong ibu bapa tu mesti. cakap cikgu selalunya anak-anak dengar.

nizam, banyaklah buruh paksa engko.
Betulke kau tolong lipat baju. bukan pandai menyepah je ke...

maksu, insyaalah..

ina, bawak le hehe.. malam ni nak makan ikan bakar.

YB, hehe.. agaknya YB la tu yang selalu longgok kain pelikat depan bilik air.

SRISUFI said...

Salam Kak,

banyak nya baju2 tu. Sukanya budak2. Kak, mesti seronok kan mendidik budak2.

semoga maju jaya akak


;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...