Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, March 6, 2009

FOUR IN ONE

Di astro selalu sangat kita dihidangkan dengan cerita hantu. Aku bukanlah peminat cerita sebegini tetapi suka juga menontonnya walaupun terpaksa menutup muka di belakang bantal pada adegan-adegan seram.

Realitinya? Anda pernah terserempak dengan hantu? ataupun pernah mengalami situasi misteri? Ataupun apabila sesuatu berlaku dan anda tidak dapat mencari puncanya maka anda katakan itu adalah angkara mereka di alam ghaib?

Pernah sekali seorang anak tadika berkata kepada gurunya,
"Siapa pakcik yang kat belakang cikgu tu"
Guru yang sedang duduk membelakangkan dinding, melompat ke depan kerana memang dia pasti tidak ada sesiapapun yang boleh berdiri di belakangnya. Orang kata, kanak-kanak diberi kelebihan untuk melihat benda-benda yang kita tidak dapat lihat.

Suamiku pernah melihat seekor kucing hitam melompat dari tingkap. Ketika itu kami tinggal di rumah lain dan meja makan kami berhampiran dengan tingkap. Kami sedang duduk-duduk pada satu malam menikmati hidangan. Sebaik melihat kucing itu suami cepat-cepat mengsyoh-syohkannya supaya pergi. Bila di lihat di bawah meja, kucing hitam itu tidak pula kelihatan. Bila diperiksa tingkap tempat kucing itu masuk kami dapati tingkap itu tertutup rapat.

Kita juga sering mendengar cerita orang dirasuk. Bila orang bercerita tentang cerita-cerita seperti itu kita akan terlopong mendengarnya. Mendengar di antara percaya dengan tidak. Hati kita tetap akan bertanya, betul ke! Berlaku kah perkara seperti itu. Sebab itulah, bila pertama kali aku menonton exorcist dalam tahun 70han(atau 80han?), aku menganggapnya satu cerita yang mengarut. Hanya sekadar hiburan.

Hinggalah ia berlaku pada pekerjaku sendiri lebih kurang sepuluh tahun lalu. Pada suatu malam aku dikejutkan dari tidur oleh deringan telefon yang mengatakan dia berperangai pelik. Aku dan suami ke rumah pekerja. Dia hanya duduk tanpa menghiraukan orang sambil membuat gaya orang bersilat. Suami yang mempunyai ilmu serba sedikit membacakan doa dan dia terus tertidur.

Itu hanyalah permulaan. Malam esoknya dia buat hal lagi. Aku ke sana berseorangan kerana suami ada urusan lain. Dia yang asalnya seorang telah menjadi empat. Di dalam badannya terdapat si hitam, si kuning dan si putih. Apabila dia menjadi yang tiga, suaranya berubah-ubah. Si putih adalah sang puteri yang kononnya ingin menolong dia. Apabila si putih bercakap, dia akan bersimpuh sopan gaya seorang puteri sambil melurut-lurut rambutnya yang ikal (padahal rambut dia kontot sahaja). Si hitam adalah yang jahat. Bersuara garau dan tangkas bersilat. Si kuning pula seolah-olah penyelamat. Dia akan berlawan dengan si hitam.

Aku dan pekerja yang lain hilang punca. Nak tolong tak tahu macamana. Tak tolong takut dia mencederakan diri. Suami mengatakan dia akan cuba balik secepat mungkin. Sementara itu aku memanggil beberapa orang rakan suamiku yang tinggal berdekatan. Alhamdulillah mereka yang berguru dengan HD datang cuba menyelesaikan kekalutan itu.

Dia dipegang tetapi terus meronta-ronta. Dipegang jari kaki, meronta juga tetapi yang merasuk tidak mahu keluar. Dipegang bahagian perut, dia menjerit kesakitan.
"keluar kau. Balik ke tempat asalmu. Jangan mengacau di sini".
"Sakitttt......."
"Keluar cepat........."
"Tak mau balik........."
"Degil ya. Keluar!!!!!!!!"
"Sakitttttt........ Kakpah.. Ni ana kakpah. Ana. " memang itu suara dia.

Kawan suami memandang aku. Bertanya betulkah itu suara yang empunya badan. Aku menganggukkan kepala. Dan pegangan itu dilepaskan dengan jangkaan yang merasuk itu sudah keluar semuanya.

"Haaaaahaaaahaaaaaahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........................... kamu semua kena tipuuuuuuuuuuuu haaaahaaahaaaa...."
Itu adalah hilaian seekor setan yang sampai kini melekat di otak aku.

Kami semua melalui malam yang panjang. Akhirnya dia terjelepok letih dan tertidur. Besoknya bila aku pergi menjenguknya dia masih kebingungan. Masih ada saki baki perasuk di dalam badannya. Dengan bantuan seorang kawan lagi, dia berjaya disembuhkan sepenuhnya pada sebelah petang.

Keesokan harinya aku dan suami turun ke Segamat menghantarnya balik ke kampungnya untuk selama-lamanya.

Misteri? Ia mungkin akan berlaku kepada anda!!!!!!!!!!!.(Sila baca dengan suara garau)

15 comments:

kakngah said...

namo sy bkn ana.
kmpung sy bkn segamat.
yg bona,
kakngah

ibundo said...

kakngah, hihiiiiiiiiiiiiiiii......

pB said...

pernah kena

semasa tu berkhemah di Gua Ayam , Jeli.

Pengalaman yang tidak akan pB lupa hingga ke hari ini.

julietchun said...

dok asrama sekolah dulu sll gak ada kes gini,jd sy percaya. Tapi kenapa kat asrama byk jd kes gini yer, dari dulu saya tertanya2.

tasekM said...

satu mlm dalam kereta MC kata.. 'bu... tgk tu kat pokok tu.. ada hantu. mata dia merah. rambut dia tak elok..'.

ntah le... nak percaya ke tidak...


.

Nizam.Ariff said...

Ishhh...hari Jumaat ni kak!

Anonymous said...

salam ziarah

huhu seram... kite ni jenis lemah semangat, kot dengar suara org marah pon rasa nk pengsan apelg kalo org menjerit dan bersuara grau mcm gitu

FARYN said...

sy penah tgk kawan yg dirasuk..
seram jugak la dengar dia mengilai..
merata bawak berubat,skang ni sudah pulih...cuma bila dia dtg bulan, tidak digalakkan pergi kemana kecuali ke tempat keje sbb takut dirasuk lagi...haishhh

ibundo said...

pb, sapa yang kena, Pb ke.

juliet, entah lah. Mungkin tapak tempat asrama tu dibena. Kadang-kadang saikologi gak. sebab dalam otak kita dah set asrama ni banyak benda pelik. tapi dalam keadaan tertentu memang ada kejadian serammmm di asrama.

tasikmerah, nak percaya ke tidak eh. tapi pandangan budak-budak ni kadang-kadang tak salah.

nizam, haah, jumaat. ko tu jangan lupa semayang jumaat hari ni.

manje, salam. orang yang tak kuat semangat ni yang dia selalu nak dekat hehe..

faryn, kawan engkau kena rasuk ke sebab ada saka. Akak pernah juga tengok orang yang ada saka ni. Dia nakkan tuan baru.

KTS said...

jangan biarkan diri anda diselubungi MISTERI...

hiiiiiihiiiiiihiiiii...

:D

ibundo said...

KTS, hiiiiii haaaaaahaaaaaaa ku takuttttttt.

ASH said...

Kak Pah,
'mereka' memang wujud..
ada yang menumpang bertahun tahun dalam badan manusia juga..
terlalu degil nak keluar.

aku tengok dengan mata aku perubahan yang terjadi pada sepupu suami..
bertahun tahun menderita sebab 'benda halus' mendiami badan dia sampai terbonjol mata dia sekarang..

kita tengok pun seram..

Bila datang Bangi berubat dengan Ustaz HD, baik sekejap..pastu jadi balik..Tak menentu.
Rumah kat kampung bila tinggal di situ, dia akan mudah nak jadi..dia akan mengmuk, meracau, menurun dan sebagainya...macam macam bahasa keluar. kebanyakannya bahasa SIAM!
Ini lelaki usia 40 an..

Kena sewaktu umur dia 20an sewaktu belajar diITM, Shah Alam!
SO mostly dia tinggal di KL, rumah abangnya..lagipun mudah nak berubat.

ibundo said...

Ashley, kesiannya dia. Hidup berpuluh tahun macam tu.

Ada kenalan pada kawan asben bagitau isterinya macam menjadi tempat laluan keluar masuk benda halus ni. Sebab tu kadang-kadang dia cakap siam, kadang-kadang cakap orang asli etc..etc.
Kesian orang yang hidup macam ni.
agaknya sedara hang pun macam tu kot.

Mak Su said...

wuhuhuhuhu, serreeemmmm

iina said...

Bukan kita sahaja makhluk tuhan yang ada di muka bumi ini kan kak ;)

Saya pernah gak alami yg seram2 itu.. cuma tak pernah nmpk jek rasa ada ler.. moga2 tidak ditunjukkan pada saya ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...