Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, March 5, 2009

Kerenah Orang Perempuan

Beberapa hari yang lalu semasa mencari tempat untuk landing minum-minum bersama suami, aku ternampak kedai SPA di seksyen 9. Hiasan dari luar sungguh menggoda. Dan iklan yang aku terjumpa di majallah berkenaan SPA itu membuatkan aku terbayang-bayang keenakan badan dipijit jari-jari halus.

Terus terang, aku cuma mencuba sekali sewaktu aku bercuti di PortDickson. Kebetulan tempat kami menginap itu disediakan servis ini. Semasa anak-anak sibuk mandi manda bertemankan suami, aku memanjakan diri di SPA. Memang terasa diri dimanjakan. Tapi itulah sekali sebab aku ini pemalu orangnya.

Bibik Aini datang dari jakarta. Sebelum berekerja denganku dia berkerja di salah sebuah pusat spa di jakarta. Oleh kerana gaji yang diperolehi di situ tidak berbaloi, dia mengambil keputusan untuk menjadi pembantu rumahtangga sahaja di sini.

Jadi, sekiranya aku merasa capek, aku akan berspa di rumah sahaja dengan memberinya pendapatan tambahan. ( Kalau aku ke kedai aku akan keluar ongkos juga). Dan servisnya memuaskan. Siap dengan lulur sekali.

Bercakap tentang memanjakan diri ini, aku rasa kita memang patut berbuat demikian. Kita berkerja hari-hari untuk menambah pendapatan. Wang yang kita perolehi itu kita gunakan untuk keperluan rumah tangga dan keluarga. Janganlah berasa bersalah sekiranya kita ketepikan sedikit untuk diri kita.

Diri kita ini dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki memerlukan pembelaan dan perhatian.

Satu insiden yang tak dapat aku lupakan. Aku terlupa memasukkan alat kosmetik ( pencuci muka, toner, moisturiser, cream yang semuanya bernilai seribu lebih) ke dalam luggage bag semasa check in di airport. Akibatnya, semua ditong sampahkan. Puas aku merayu-rayu tapi dah undang-undang tak membenarkan liquid dibawa masuk ke dalam flight. Putih mata. Aku senyap sepanjang perjalanan melayan perasaan kecewa dan marah hehe..

Manjakanlah diri sekali sekala.

14 comments:

pB said...

nanti pB nak tuntut dengan HB ...

Tijah said...

sauna pun best! mmm...niari beli lauk je la. maleh masak...nak manjo'an diri plak

chekdenoor said...

Chekdee setuju sangat tu...... manjakan diri sendiri....barulah kita terasa segar dan boleh buat amalbakti untk keluarga dengan lebih sempurna.........

Mak Su said...

suka gaks, tapi belum pernah ada kesempatan :(

kakpah said...

pb, hehe.. untut le sikit apa salahnya.

tijah, kau memang...

chekdee, memang kita perlukan

maksu, jangan ambil kesempatan hehe..

fazemy said...

Kak Pah..saya klw urut2 badan tu geli lah. Klw di urut org yg dikenali mgkin ok kot. Klw nak g SPA..owh tidak...geli gleman. Baik suruh suami je urut. Haha.

kakpiah said...

tingin nk buat spa..
tapi maluuu...

hikhikhhik

julietchun said...

musti dok teringat2 kat brg kosmetik yg kena buang tu kan,nasib baik iman kuat kalo tidak mau kakpah mengamuk kat airport,hahaha.

ashley said...

Kak Pah,
Oleh kerana, SPA mungkin berjaya MENYEPAI kan duit aku seketOL dua..maka aku lebih rela DI REFLEXOLOGI kan oleh OKU yang cacat penglihatan di Bangunan MARA,KL.
Paling kurang aku tidak perlu BERSEKSILOGY di hadapan mereka...
he he he...

kakpah said...

fazemy, kalau badan lenguh-lenguh perlu gak kena picit-picit. malas nak pegi kedai, panggil je tukang urut dtg rumah. kang suruh suami jadi lain lak haha..

piah, aku tak tau pulak yang engkau ni pemalu orang nya ahaks..

juliet, mula-mula nak ngamuk gak guling-guling kat lantai tapi tak nak bagi malu kat suami.

ashley, hehe... aku ni penggeli tapak kaki lak.

iina said...

wah kak mesti sedihkan kena buang jek benda th.. sebab tuh kalau saya naik flight awal2 dah masuk benda2 tuh dlm luggage beg.. kalau nk bwk kat tgn bolh tapi mesti kurg dr 100ml.. siap2 letak dlm plastik lutsinar.. kalau kena soal siasat mmg ler tensen..

Takpe kak ada rezeki lain tuh..nie dah lama tak berurut.. dulu penah ler try urut kat sini sejam kena dkt £38 tau.. convert wakakakah dkt RM200.. peh tuh tak pergi dah.. pakwe ler urut 5 saat tensen yo

kakpah said...

ina, memang le sedih sebab pakai pun belum luak lagi.
mahal nye urut. hehe kalau asben ni urut dia main-main je. tak serius.

kakngah said...

kakpah.. aku capek... bisa pinjamin bibik aini???

kakpah said...

kakngah, mehlah datang sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...