Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, March 20, 2009

Hmm Alahai...

Minggu lalu semasa aku ke tesco, aku terjumpa Arfan, salah seorang murid aku tahun lepas. Aku tak perasankan dia pada mulanya kerana kusyuk membelek kampit beras. Tengah berkira-kira nak beli kampit yang mana satu. Sebab aku tengok berasnya sama saja tapi harga lain-lain.

"Ummu" Aku dengar suara macam jauh-jauh je. Mungkin sebab lagu yang keluar dari corong kat tesco tu kuat sangat membingitkan telinga.

"Ummu" baru aku menoleh. Tengok-tengok ada budak tercegat kat sebelah.

"Eh, Arfan" aku terus memeluk dan menciumnya. Di belakangnya ada ibu, ayah dan abangnya yang aku dah lupa siapa nama. Setelah bersalam, bertegur sapa dengan si ibu , aku meminta izin untuk membawa Arfan bersiar-siar dalam tesco. Sambil-sambil tu menolong aku menyorong trolley yang mula-mula kosong dan kemudian bertambah berat dan berat. Dapat pula trolley yang berjalan senget macam ketam. Penat tangan aku nak bagi dia lurus. (Ni nak kena komplen dengan pengurus tesco ni).

Aku singgah dari satu rak ke satu rak. Mulutnya pula terus rancak berbual bercerita tentang sekolah, tugasnya di sekolah, tentang kawan-kawan dan sebagainya. Aku menyampuk selang seli bertanyakan prestasinya di sekolah. Boleh tahanlah. Dia kata BM dapat 100. Dia datang tesco pun sebab ibu nak belikan dia hadiah.

"Ummu, ummu jangan panggil saya Irfan tau sebab dekat sekolah saya ada budak nama Irfan jugak. Panggil saya Arfan."

Macamana la ummu ni boleh tersasul dan tak perasan bahawa sepanjang-panjang perbualan tu ummu panggil kamu Irfan. Dan kamu pandai kan tak mahu nak menjatuhkan air muka ummu sebab tersalah panggil nama kamu. Kamu cakaplah yang kawan kamu ada nama yang ummu salah sebut tu. Bijak kamu ye..

Arfan ringan mulut bercerita tentang keluarga. Dia kata adik beradik semua lelaki. Tak ada yang perempuan. Aku cakap suruhlah ibu buat anak perempuan pulak. (eh..boleh ke..) Dia jawab, mana boleh. Ibu dah tak larat. Pandai je kamu kan.
Arfan juga bercerita tentang abangnya yang akan balik bercuti.
"Abang sekolah asrama. Harini dia balik"
Dia juga bercerita tentang ayahnya yang banyak duit sebab ada bisnes besar. (haha..minta maaf ye ayah!)

"Ayah selalu pergi luar negara. Ayah cakap nak bawa saya kalau saya dapat A semua pelajaran"

Aku tanya, "Ayah kerja jadi apa"

"Jadi bos lah." Jawabnya bangga.

"Kalau ayah bos, ibu jadi apa"

"Ibu jadi anak Raja lah. Ummu dah lupa ke" Ha ha.. aku ketawa lagi.

Aku terlupa seketika yang ibunya bernama Raja Fazliatun. Memang sah lahir-lahir saja dah jadi anak raja. Aku dulu masa kecil-kecil berangan nak jadi puteri raja. Terlalu taksub dengan cerita snow white. Perasan jugalah aku tu putih macam snow white. Tapi tiap kali pergi Pilah, cina kedai tu asek pandang-pandang kat aku, pandang-pandang kat emak. Soalan dia yang hampir-hampir buat aku bagi dia pelempang jepun;

"Apa pasat ekau putih anak ekau itam?" Takkan aku nak explain yang aku ni asek berjemur je dari kecik sampai sekolah menengah. Hitam aku hitam tak ori la.

Sambung balik. Aku bawa dia ke hulu ke hilir sampai trolley aku sarat. Bila sampai masa untuk aku nak beratur di kaunter aku suruh dia telefon ayahnya supaya datang mengambilnya di kaunter. Aku nak bawa dia balik ikut aku je. Aku cakap, jom ikut ummu balik rumah ummu. Senang je dia jawab, nak... Tapi sayang sayang anak orang.

Bila mereka datang, aku pulangkan Arfan. Cukuplah dapat berjumpa sekejap. Ibunya mengatakan yang Arfan selalu rindu pada aku. Kadang-kadang dia pun naik cemburu sebab Arfan sayang sangat pada aku. Arfan, semuga rindumu terlerai. Ummu doakan kejayaanmu dunia dan ahirat. Makan banyak-banyak biar gemuk sikit.

--------------

Mengingatkan aku pada guru-guru yang pernah mengajar aku. Aku tidak ada guru feveret. Semua aku suka sebab merekalah yang memberi aku ilmu. Cuma darjah kesukaan aku tu berbeza-beza. Ada yang aku suka lebih. Ada yang aku suka sederhana. Ada yang aku suka sikit je.

Aku paling suka pada Mr Tan, guru tingkatan aku semasa tingkatan tiga. Jangan tanya kenapa aku suka. Kita semua mempunyai kriteria sendiri. Tapi ada satu insiden yang aku ingat sampai sekarang. Satu hari semasa aku sedang leka menulis essay, seorang budak suruhan Mr Joe datang ke kelas aku. Kebetulan aku duduk dimeja kedua dari tepi pintu. Betul-betul depan meja guru. Setelah meminta permission dari MrTan, budak itu berkata:

"Latifah, Mr Joe said there'll be a volley ball practice at ten" Aku menganggukkan kepala tapi agak terperanjat bila Mr. Tan menyampuk.

"Tell him to go to hell.." Biar betul cikgu ni. Apekehal pulak cakap macam tu. Tapi cikgu dua orang ni member kamcing. Selalu aku tengok diorang bergurau bergelak ketawa. Ah.. tak kisahlah. Aku teruskan dengan essay aku.

Tidak lama lepas tu Mr Joe datang menjengukkan muka dekat pintu kelas.

"Latifah, HM wants to see you" Tak pernah dia cakap keras dengan aku. Dah tu suruh aku pergi jumpa guru besar pulak. Aku tengok Mr Tan pun tak terkata apa sebab lepas bagi perintah kat aku, dia terus blah.

Dipendekkan cerita Mr Joe rupa-rupanya pergi mengadu dengan HM yang aku ni dah kurang ajar. Puaslah aku menerangkan hal sebenarnya pada HM. Malu tau. Tak pernah aku masuk bilik HM sebab masalah disiplin. Aku dahlah prefect. Memang tak patut. Aku keluar dengan muka merah padam. Sampai kelas aku belasah cikgu aku.

"Sir, you shouldnt have told him to go to hell. He was really pissed off. I am the one who bla..bla..bla.." Sambil cakap sambil nangis. He told me to calm down. Dia sendiri pergi settlekan dengan HM. Moral of the story, para cikgu tak bolehlah nak bagi hukuman tanpa selidik. Kena selidik dulu lah. Ni tak pasal-pasal aku kena pergi jumpa HM. Ada sekali lagi aku masuk opis jumpa HM lepas tu. Masa aku dapat tawaran masuk stf. Poyo giler (pinjam istilah budak-budak) sebab aku orang pertama dari sekolah tu masuk sekolah berasrama penuh.

Hari itu aku mogok sungguh. Ada volleyball practice aku tak pergi. Bila aku tak pergi, budak-budak lain pun tak pergi. Sebab aku captain. Wakaka.. padan muka dia.

...........................................

Mengingatkan aku juga bahawa aku dulu pernah menjadi seorang guru sekolah. Aku mengajar budak-budak tingkatan empat dan tingkatan lima. Sekolah itu jauh. Kena tempuh Sungai Pelek dulu. Lepas tu masuk dalam kawasan kampung. Ada anak orang asli juga yang belajar di situ. Oleh sebab jauh, aku akan keluar rumah lepas subuh. Dari Bangi nak ke sana makan lebih kurang satu jam jugalah. Masa tu belum ada jalan yang elok untuk ke sepang. Aku terpaksa ikut jalan pekan Nilai yang lama.

Apa yang seronoknya mengajar di kawasan kampung ni, aku selalu bawa balik durian bila tiba musim durian. Bawa balik rambutan bila tiba musim rambutan. Bawa balik langsat bila tiba musim langsat. Ada juga yang nak bagi buah kelapa. Tapi aku cakap tak payahlah. Kat Bangi banyak buah kelapa.

---------------------------

Mengingatkan aku juga bahawa kerja guru ini bukan senang. Baik guru tadika, baik guru sekolah rendah, baik guru sekolah menengah, baik guru kolej mahupun universiti, kerjanya tak lah senang. Malahan tak ada kerja yang senang. (Kerja makan tidur, makan tidur tak masuk kategori)

Haritu ada seorang ibu telefon aku. Dia tanya, aku ajar english ada ajar grammar sekali tak. Aduyai.. aku nak ajar budak-budak tu bercakap bahasa Inggeris pun diaorang masih terkial-kial. Membaca english pun ramai yang merangkak-rangkak lagi. Nak ajar past tense, present tense, plural, singular ....... tolonglah..

Nasib baiklah aku ni bertudung. Kalau tak, nampak dah kepala aku ni yang dah mula nak botak.


15 comments:

iina said...

kak walaupun kepala mu udah mau botak kak.. ekau totap menjadi pujaan hati suamimu wakakakah.. kak ado bakat tak den jadi pemuisi hehehehe..

den agree with u lah kak.. kojo apo pun.. semuo e susah kak.. kojo cikgu laei lah mendidik anak bangsa takdo kenal jemu.. tapi skrg nie pun mcm2 gak peel yo.. tingat kek sini kak.. kami yg ngajar BM nie pun kdg2 penah gak kena complain.. yg sedih tuh kan kak.. ado mak ayah yg lopeh tangan serah semuo tggjwb mendidik kek cikgu2.. walhal kek umah pun kono gak ulangkaji n tunjuk ajar gak..

nasib den tak ajar budak2.. den ngajar norg tua n budak remaja.. baya kak pun den biasa ajar.. hehehe lagik best.. satu kepala.. jadik geng laei.. ;)

ASH said...

kak pah..

begitu panjang cerita pasal cikgu..
ha ha ha
BELUM 'HARI GURU' LAGI KAKPAH!!

Kakpah,
Jom main volleyball..

ibundo said...

ina, ngaja orang tuo ni tensen tak. Tontu kurang tensen kan? Sobab yang nak komplen pun diorang je. Mak bapak diorang dah tak komplen lagi hehe..
Penah dulu ikut nenek masuk kelas dewasa kat surau. Cikgu yang ngaja tu pun akak tengok bepeluh-peluh gak sebab kebanyakan anak murid dah banyak yang ilang gigi. Ajar asek tak masuk je.hehe..

ashley, harini ni macam banyak masa belebih pulak. Tu yang tak sedar dah terpanjang N3 tu. Sapa nak baca baca le... Eh hari guru lama lagi ye..

Tijah said...

sey maso tadika jadi murid kesayangan cikgu tau kak. ala..tadika kek masjid jamek pilah tu la. yg sebolah tokong cino dopan tugu martin lister tu.

sobab apo? sobab sey salu tolong cikgu tuang milo dlm cawan maso time minum...hahah. kocik2 dah ado bakat jadi chep kannnn?????

ibundo said...

tijah, jauh e kau poi tadika. Ghumah kau kan kek ulu bondul.
Ala.. akak tau la. Ekau sajo yo nak bodek cikgu tu.

Yunus Badawi said...

Seronok ya kalau ada bekas murid yg ingat kat cikgu mereka. Tentu rasa dihargai dan kepuasan yg susah nak diterangkan dgn kata2.

Tijah said...

ulu bondo tu kampung la kak. umah sey kek sawah lebar. blakang padang pilah tu yo...jln kaki yo pi skolah!

*kak, sobab akak tak suko aritu kan...sey dah tukar header. hikhik

ibundo said...

yb, rasa bangga bila murid ingat kat kita.

tijah hehe.. iyo ko . Nanti akak tinjau .

ibundo said...

yb, rasa bangga bila murid ingat kat kita.

tijah hehe.. iyo ko . Nanti akak tinjau .

zino said...

kakpah..
seronok baca cerita guru dengan murid ni.. zaman zino dulu mana ada tadika hehe

julietchun said...

budak kecik asal kenal hurup ngan reti sebut dah ler, takpayah nak tau grammar ni.

ibundo said...

zino, zaman kpah tak ada tadika juga. Kpah masuk darjah satu masa umur lima tahun sebab abah guru besar sekolah tu.

juliet, itula pasal...

Nizam.Ariff said...

Nak tanya sikit kak, kakpah kerja kat rumah, bila dah malam kakpah balik tido kat Tesco ke? .... hahahaha

chekdenoor said...

Kak pah.....dalam MHI hari ini, ada berita tentang ramainyer guru yang sakit jiwa kerana bebanan kerja disekolah..... hmmmm

Chekdee nak komen gak......sebab kakpah guru, chekdee pun guru..... sebenarnyer...cikgu ni memang suka mengajar.... tetapi yang susah sikit tu ialah apabila guru ni dibebani dengan kerja-kerja diluar profesion perguruan........

Nasib baik kita dah keluar dari sistem itu...dan buka sistem baru kitakan...so...kita boleh teruskan penyampaian ilmu dengan cara yang lebih baik...mengikut cita rasa kita......... jalan yang benar...heheheh

kakpiah said...

kejer mkn-tido- mkn-tido pon kejer yg susah gak per..
bkn sumer org bleh buat kejer tu ;D

walocemanapon.. kak pah mmng ada jiwa pendidik..

kalo saya jd che'gu.. mmng lobam2 la anak orang.. sesilap kalo teserempak ex-student kat tesco pon larik lintang pokang diorang tak mo jumpa.. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...