Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, March 7, 2009

Hujan Di Pagi Hari


Pagi ini hujan lagi. Sedang membuat bull's eyes, hujan berderau turun. Tiba-tiba hujan dan terus mencurah-curah. Tapi hanya sekejap.

Entah kenapa setiap kali hujan secara otomatis kenangan masa lalu akan datang menerjah. Ke zaman aku masih anak kecil. Bau hujan dan bau kopi panas berbaur dan aku hilang sebentar ke dalam kotak memori.

Semasa umur aku sekitar empat dan lima tahun, abah sering membawa aku bergunting rambut di pekan kuala pilah. Kedai kepunyaan pakcik India. Abah seorang pelanggan yang amat setia. Sekiranya dia sudah gemar akan kedai itu, dia tidak akan mengubah tempat lagi.

Maka, setiap kali abah bergunting rambut, aku akan dibawanya bersama. Aku bergunting rambut juga. Di kedai pakcik india itu juga. Rambut aku digunting macam rambut abah juga. Cuma di bahagian atas rambutku tidak dipotong sebegitu pendek. Memang. Kalau tidak diteliti, aku kelihatan seperti budak lelaki. Apatah lagi aku cukup gemar berseluar pendek sahaja.

Selesai bergunting rambut, abah akan membawa aku masuk ke sebuah kedai kopi. Kedai kopi Ah Seng. Pada zaman aku, belum ada kedai kopi pak Ali atau kedai makcik Minah. Semua kedai kopi adalah kepunyaan simata sepet. Dan kesedaran untuk memboikot kedai simata sepet ini teramat kurang. Kami terjah.

Abah akan memesan dua cawan teh panas, dua keping roti bakar. Abah juga memesan empat biji telur separuh masak. Dua untuk abah dan dua untuk aku.

Roti bakar pada masa itu unik. Tidak ada pembakar roti letrik. Roti diletak di atas jaring dan di bawahnya bara arang. Rotinya pula kami panggil roti paun. Roti yang dihiris memanjang. Roti itu akan dibalik-balik sehingga mencapai kegaringan yang diperlukan.

Apabila roti sudah garing, ia disapu dengan kaya pula. Roti yang rangup dengan kaya yang meleleh-leleh aku lahap penuh nikmat. Tidak ada yang sesedap itu. Dan aku semacam dapat merasakan keenakan roti bakar itu sehingga ke hari ini.

Sekarang sudah banyak kedai kopitiam. Aku tidak masuk sebab suami aku tidak berkenan. Katanya kedai itu kedai cina. Jadi aku tidak tahu samada kedai ini masih mengekalkan cara membakar roti zaman dahulu.

Semasa aku selesai menulis ini, hujan sudah berhenti. Matahari sudahpun menunjukkan rupa.

9 comments:

Yunus Badawi said...

Macam sama aje pengalaman silam kita.
Masa kecik dulu selalu saya makan roti bakar kat kedai John yg sekarang dah jadi KL Sentral. Kalau saya demam abah akan belikan oren botol F&N. Kalau tak demam jgn haraplah.

KTS said...

kenapa sy nampak tulisan alien ni...
tak paham...

nasib baik tgk kat tmpt komen ni, br faham...

huhuhuhuhu...
tak pernah merasa roti bakar dgn kopi...
teringin je...
sume org kata sedap...
betul ke??

julietchun said...

payahnya nak komen arini, cam KTS ckp,tulisan wilen,hahahah.Ptg rambut kedai india, pastu gi mkn kedai ah seng, wah!proud to be Malaysians,hahaha.sy tak gmr ngan kopitiam, rasa was-was walaupun ada tanda halal.

ibundo said...

YB mungkin zaman kita hampir sama. Botol F& N? haah, kakpah ingat lagi.

KTS, hehe.. ada alien ke. Roti bakar tu memang sedaaapp.

ibundo said...

juliet, masa tu engko ntah kat alam mana. way long before you were born....

Ungku Nor said...

roti bakar tu cicah mo air milo kak..walaahhhhh!!

ibundo said...

ungku, cicah mo air lio? ehh.. milo.

lupekanje said...

acik pn suka roti bakar gitu dulu dan sekarang..tpi idak le gi kat kedai ..roti yang acik bakar sendiri...kat toaster la..haha.
pehtu pepanas, sapu majerin..esp Dorina...kasik dia cair...fuhh..acik makan habih setengah bungkus roti pun tk per..

kekecik dlu ada mak sedara bawak gi minum kedai cina tuh..dia oder mee, acik suka...sbb perencah dia ada samting yg acik suka..udang ke...sotong ke gaknya..smpi skrg acik tak tau amendenya...huhu..

ibundo said...

acik, skang ni bakar roti pakai toaster je la. kurang kow.
mee goreng kedai cina? dulu-dulu main lantak je. entah hape-hape dia letak. bluekk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...