Pasti. Yang hidup akan mati. Dan kita melihat kematian yang cukup banyak. Termasuk kucing kesayangan, pokok tanaman, semut , lipas, burung..............
Lewat pagi semalam aku menerima satu panggilan dari emak saudara. Seorang lagi kaum kerabat pulang ke rahmatullah. Bapa saudara yang kami panggil pakngah Dibong. Dia dua pupu emak. Nenek emak adik beradik dengan neneknya. Bagi kami di negeri sembilan, pertalian persaudaraan itu masih dianggap dekat.
Seingatku, semasa aku anak-anak kecil aku begitu takut untuk menghadapi kematian sekiranya berlaku di kalangan keluarga terdekat. Aku membayangkan aku tanpa abah dan emak. Membayangkan itu sahaja membuatkan aku terketar. Dan aku sentiasa berdoa walaupun di luar solat supaya hayat emak dan abah dipanjangkan.
Moyangku meninggal semasa aku masih kecil. Diikuti pula oleh nenek. Semasa nenek meninggal dunia aku sudah masuk sekolah menengah. Lama juga aku dapat bermanja dengan nenek. Kemudian pak tua pula mengikut. Beberapa tahun selepas itu mak tua pula pergi meninggalkan kami. Aku merasakan kehilangan pak tua dan mak tua kerana begitu rapat dengan mereka.
Emak pulang dua tahun lepas. Pemergian emak menghancur luluhkan perasaan. Tapi aku bersyukur kerana emak dipinjamkan kepadaku begitu lama. Banyak kenangan bersama emak yang terpahat dalam kotak memori. Kenangan yang tidak padam walau diulit usia.
Kematian maklang pula meruntun perasaanku. Maklang meninggal tanpa dapat kulihat jasadnya. Maklang pergi tahun lepas di Houston. Kenangan semasa berpelukan kali terakhir masih bermain-main di dalam fikiran. Aku rapat dengan maklang. Dari kecil lagi aku sering bersamanya. Dia umpama emak kedua bagi aku.
Setiap kali aku menatap wajah abah, aku bayangkan kehilangan lagi. Tetapi percaturannya, tidak semua yang tua itu akan pergi dulu. Kita tidak tahu bila ajal akan datang bertandang. Yang pasti, aku mesti mencium pipi abah setiap kali usai solat. Kita tidak akan tahu bila kita tidak lagi akan dapat memeluk tubuh orang yang kita sayangi. Bila kita tidak dapat menyentuh tangan mereka untuk bersalaman. Bila hidung kita tidak lagi dapat mencecah pipi mereka.
Lazimnya, kita tidak dapat merasai perasaan kehilangan sehinggalah kita benar-benar merasai kehilangan itu.
8 comments:
yay fes!!!
iyo kak! hargailah mereko smentaro ado kan? kekadang manusio ni bilo org tu dah takdo baru la terabo2. maso ado kito buek tak ghoti yo.
Jika kematian menjemput...... harap sangat dan selalu berdoa kepada ALLAH...agar
" dihidupkan dan dimatikan dalam kesihatan yang baik, dalam iman, dalam kesempurnaan, dalam kejayaan, dalam kebahagiaan dan dalam berharta" ...AMIN
Salam Kak Pah. Yer stiap yg hdp pasti mati. Kdg2 terpikir jugak mcm mana cara kematian kita. Smoga kita mati dlm Iman. Aminnn..
Abah ke tu? Ada iras ler, like father like doter ;D
tijah, kau memang...
slalu macam tu la. Dah tak ado baru tosobut-sobut.
chekdee, semuga allah makbulkan doa kita.
fazemy, salam. begitu lah yang kta doa-doakan.
juliet. Haah, memang kami ada iras.
penerimaan saya pula lite-lite saja, mungkin sbb saya ni manusia plain :(
saya dah melihat kematian-kematian dari sejak saya mula pandai berfikir :)
Baco n3 akak nie ngenang airmato den tau kak.. udahlah den jauh nie ahh.. waaaa.. betul tuh kan kak.. sementara masih ada masa kan..
abah akak tgk masih tegap laei kan.. insyallah diberikan kesihatan yang baik pada dia kan kak ;)
Post a Comment