Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, March 16, 2009

MASINNYA KATA-KATA SANG IBU

Seorang kenalan, ustaz, yang berkerja di salah sebuah penjara pernah bercerita. Salah satu tugas ustaz ini ialah menyempurnakan mayat banduan yang dihukum mati.


Ceritanya:

Semasa saya mahu menyempurnakan mayat seorang banduan yang mati dihukum gantung, ibu kepada banduan tersebut datang berjumpa saya sambil menangis teresak-esak. Jelas di wajah ibu itu terbayang sedih dan kesal yang bercampur baur.


Kata ibu itu: (kata-kata ini aku olah sendiri tetapi bermaksud serupa)

"ustaz, anak saya ini memang nakal dari kecil." ibu itu berkata dalam sedan.
"saya sering memarahinya dengan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar dari mulut saya, seorang ibu"
"bila anak saya berbuat jahat saya katakan padanya, engkau nanti mati di tali gantung" ibu itu berhenti berkata-kata kerana gagal menahan tangis.
"itulah yang sering saya katakan padanya, engkau nanti mati di tali gantung. Berkali-kali saya kata begitu. Berulang-ulang." kekesalan yang menebal jelas terbayangdi wajahnya.



Begitulah cerita ustaz itu. Dan ternyata anak kepada ibu itu benar-benar mati di tali gantung. Hebatnya kata-kata seorang ibu.


Mengingatkan aku pada cerita si Tanggang. Seorang ibu yang patah hati sehingga hancur luluh yang disebabkan oleh seorang anak yang malu untuk mengakunya yang tua hodoh dan miskin sebagai seorang ibu, telah menyumpah anaknya menjadi batu. Dongeng ataupun tidak, ia jelas menunjukkan betapa berkuasanya kata-kata seorang ibu.


Sentiasalah berwaspada dengan kata-kata kita kepada anak-anak. Kerana kata-kata itu adalah doa.

10 comments:

Tijah said...

mmm...tu pasal mak2 kito x bagi bangang2'an anak. kok jahat na pun kono koba dio keramat, betuah, apo2 yo la yg elok2 yo tak? untung2 dah bosa sok berubah la deh!

lupekanje said...

kak pah...anak-anakku adalah anak2 yg soleh dan solehah....

sakurasa 2 said...

Kakpah
seorang ibu mesti berkata yang indah2 untuk anaknya

julietchun said...

tapi bebudak skang ni nakal bkn main.makpak kena byk bersabar dan besarkan anak2,cabarannya lebih hebat berbanding dulu.

Nizam.Ariff said...

Ada otai kat sini pernah pesan kat aku, kalau nak tegur / marah anak kena guna perkataan yang baik-baik. Contoh:
'Bertuah punya anak!'
'Kurang cerdik la kamu ni!'

Ada betulnya...

ibundo said...

tijah, bilo maghah kadang-kadang tak porasan tokoluar pokataan yang bukan-bukan. Omak-omak ni kono pandai kontrol pokataan.

acik, mudah-mudahan.

sakura, tak susah nak kata yang elok-elok walau jahat macamana pun.

juliet, dalam setandan pisang pun kadang-kadang ada sebiji yang busuk. mak bapak kena banyak besabar nak besarkan anak yang kurang disiplin. tmbahan pula sekarang ni macam-macam cabaaran ada....

nizam, betul la tu.

KTS said...

masa marah susah betul nak doakan yg elok2... sbb marah tu bersama syaitan...

bhy mulut ibu...

iina said...

Betul tuh kan kak.. jangan doakan yang tak baik n cakap itukan doa..

Peh nie kaum2 ibu kena kurangkan masin ya.. dan tambah gula bagi manis lak hehehehe

ibundo said...

kts, kita kena pandai mengawal amarah. kalau tak, syaitan take over.

ina, banyak makan masin kena darah tinggi. banyak gula, kang kena kencing manis lak, hehe..

tasekM said...

kadang2 bila tgh marah malas nk cakap apa2.


.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...