Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, March 17, 2009

Mereka Kecil Kesabaran Tercabar

Di depan Kaabah aku mengangkat tangan berdoa semuga Allah perkenankan permintaanku untuk mendapat anak lelaki. Anak pertama , kedua, ketiga dan keempat semuanya perempuan. Aku ingin merasa mempunyai anak lelaki pula.

Setahun selepas itu aku melahirkan Muhammad Basyir. Setahun setengah selepasnya lahir pula AbddurRahman dan tidak sampai setahun lahir pula Hussein. Aku melahirkan 3 orang anak dalam masa empat tahun. Dan mereka membesar seperti tiga orang anak kembar.

Keletah dan kenakalan mereka amat mencabar. Emak kata, anak 'doa' memang macam tu. Allah sengaja nak test kesabaran kita sebagai ibu bapa. Izzuddin anak yang bongsu lahir 3 tahun lebih selepas Hussein dan dia tidak selasak abang-abangnya yang tiga itu.

"Jang... itu bukan kreto tolak tu doh...." Kata siak masjid kampung Juasseh bila tiga orang anak aku menyorong tabung duit dalam masjid itu ke hulu ke hilir. Aku dan ayah mereka tak kusyuk sembahyang.

"Hello..hello..testing..testing.. "

"Jang.. lotak balik maikropon tu"

Bila semua masuk dalam kereta, aku dan suami pot pet pot pet tapi mereka buat selamba je. Masing-masing tersengih mungkin teramat seronok berkejar dalam masjid.



Suami rajin membawa mereka ke surau. Supaya mereka berjinak-jinak dengan surau. Tapi aku rasa orang surau kalau boleh tak mahu mereka datang. Ini dapat dilihat dari pandangan dan jelingan mereka. Kata suami aku lah. Aku pun tidak boleh nak salahkan mereka. Masa orang sembahyang, mereka panjat tiang. Berlari sana sini. Masa orang sujud ada yang cucuk bontot laki si Ani. Yahya cerita dengan Ani dan Ani cerita balik pada aku. Aku cakap pada suami. Lepas tu, suami jadi imam di rumah saja sampailah diorang tu besar sikit dan faham bila pergi surau atau mesjid kena duduk diam-diam.

Mereka memang banyak tenaga. Tak pernah duduk diam. Kalau diam dan senyap, aku kena cek apa mereka buat. Selalunya ada benda rahsia yang mereka buat sebab tu tak mahu bising-bising.

"Basyir!!!! Man!!!!! masuk sini......... kan bahaya tu...." Hussein hanya tersengih-sengih tepi tingkap melihat kedua abangnya berjalan-jalan atas atap genting rumah aku. Aku yang melihat berdebar-debar takut ada yang tergelincir jatuh ke bawah. Bila mereka dah selamat masuk melalui tingkap, aku mengurut dada.

"Apa yang kamu berdua cari atas atap tu"

"Saja..."

Senangnya jawap. Mereka tak tahu betapa berdebarnya aku bila melihat kelibat mereka berjalan atas atap.




"Jangan main bola dalam rumah. Nanti terkena barang-barang , jatuh, pecah.... Pergi main kat luar tu"

Aku tengok tak bergerak juga. Baru aku nak bercakap lagi sekali,
"Prraannngggggggggggg........"
Pasu aku jatuh berderai. Aku rampas bola di tangan ( bola tu bola getah ), aku bawa ke dapur. Semasa aku ke dapur dengan bola tu, ketiga-tiganya mengikut aku. Agaknya musykil dan tertanya-tanya apa benda aku nak buat dengan bola diorang. Mulut aku terus membebel.

"Oo.. mak cakap jangan main bola dalam rumah, tak dengar ye...."

Aku ambil pisau.

"Ha.. tengok sini"

Dan dengan ganasnya aku tikam bola itu,

"Pisssssssssssssss" keluar angin. Aku korek sikit buat lubang muat-muat untuk aku masukkan dua jari. Aku kopakkan bola itu. Terbelah dua. Hmm.. puas hati aku, bola !
Anak-anak aku terlopong. Terlopong mungkin memikirkan apa nak dibuat dengan bola yang telah terbelah dua itu.

"Ey..ey.. boleh buat topi la........" Basyir mengambil dan menangkupkan sebelah atas kepalanya. Man ambil lagi satu dan menangkupkan di atas kepalanya pula. Sambil menggelekkan punggung mereka menyanyikan lagu raihan. Hussein yang tak dapat mula meminta haknya.

"Usen pulak..usen pulak...."

Aku yang memerhatikan hilang rasa marah. Aku memalingkan muka ke sinki, ketawa diam-diam.




"Pisau mak kat dapur ni sapa ambil hah?.... " aku terjerit setelah puas mencari pisau di dapur. Tak seorang pun mengaku. Semua buat tak tahu. Hah, kena tukar tektik soalan.

"Man, pisau yang man ambik tadi man letak kat mana!!!!!!!"

"Bukan man yang ambik. Bangcik ambik!!!!! "

Haha... bukan susah nak trik budak-budak ni. Rupa-rupanya pisau aku ditinggalkannya kat lot tanah depan yang masih tak berorang tu. Entah apa mereka buat kat tanah kosong tu tak ada la aku nak ambil tahu. Main masak-masak, kot.




Kalau shopping baju raya, lagi kalut. Selalunya kami buat beberapa trip. Trip anak-anak perempuan. Trip anak-anak lelaki. Trip beli baju. Trip beli kasut. Semua tak boleh buat serentak. Boleh pengsan dibuatnya. Kerenah budak lelaki yang tiga orang tu lah. Kalau pergi Jusco, di buatnya macam rumah sendiri. Merayau sana merayau sini sesuka hati. Sebab tu kalau jumpa trolley besar, suami letak je mereka bertiga dalam trolley.



Bila suruh mandi, lagi satu hal. Berbuih suruh masuk bilik air, masing-masing leka bermain. Kadang-kadang dah nak masuk maghrib belum juga nak masuk bilik air.

" Okay....... kamu semua jangan mandi. Tak payah mandi!!!!!!" suara sang emak sudah mula tukar volume.

"Ey.... apa lak tak boleh mandi. Nak mandi..nak mandi..." Barulah berlumba-lumba masuk bilik air.

Nak suruh mandi satu hal. Dah masuk, tak mahu keluar-keluar pulak. Habis sabun satu tabung dikerjakan buat main buih. Dalam satu bulan aku dah hilang perkiraan berapa banyak sabun yang aku kena beli. Agaknya kalau aku beli dari satu kedai saja mungkin toke kedai tu agak kami ni makan sabun.



Bukan tak pernah kena rotan. Sesekali kena juga satu dua das. Bila kena,
"Adih..dih..." sambil meneggosok-gosok punggung. Sakit hanya sekejap. Hilang sakit, projek jalan semula.
Kalau Hussein pulak,
"Tak sakit...tak sakit..." Aku jugak yang sakit hati sudahnya.



Bila adik lahir, Hussein dah nak masuk empat tahun. Aku membesarkan ketiga anak lelaki aku yang nakal itu dalam berbagai-bagai emosi. Memang mereka mencabar peranan aku sebagai seorang ibu. Alhamdulillah, Basyir dan Abdurrahman buat masa ini kedua-duanya mengambil engineering. Hussein pula mahu melangkah ke dunia baru selepas spm yang baru diumumkan. Adik? Masih dalam tingkatan 3.


Kepada semua anak-anak emak, emak sentiasa doakan kesejahteraan , kejayaan, kebahagiaan kamu semua dunia dan akhirat. Ingat pesan emak dan ayah. Solat itu tiang kepada semua kejayaan kamu. Jangan lupakan yang lima itu.

10 comments:

julietchun said...

kalo tebuk 3 lubang kat bola tu bleh wat main bowling,hahahhaha. kekdg kat surau tu budak2 kecik mmg mengganggu, dorang dok berjalan sana sini tem org solat, dorang dok bergusti pun ada.

kakngah said...

"Jang... itu bukan kreto tolak tu doh...."
sy ingek an derang tolak keto mayat... kui!kui!kui!
sy jugak akn merasa apa yg kakpah rasa. tungguuu...!!

lupekanje said...

dasat kpah kan..nguji kesabaran. Anak acik ALhamdulillah...sbb yg lelaki diapit dik 2 pompuan...
yg lelaki tu tk goma maen ngan knkawan lelaki sekampung, sobab tk suka kener buli. kalu kuar maen pun kejap je...belum pkul 6 ptg da balik...smua bebaek je cam ummi dia..hahaha..
cumer..ada la sesekali, takat lumur muka dgn coklat...buat kolah air kat bilik air tu cam simingpul...
pastu memasing kono la belasah...hehe..
sonok senornya masa diorg kekecik tuh.

Nong said...

It’s a challenge to take care of children when they are young, it is more challenging when they are older. When I got married we wish for lots of children, at least 6. But I have problem with my womb and our rezeki is limited to only 3. And 3 years ago I lost my youngest at the age of 20.

There’s sadness in my heart when I read this entry as it brings back sweet memories. We shower them with love and care, seperti menatang minyak yang penuh.

But then, kalau nakal sangat, kena belasah jugak budak2 tu…

kakpah said...

juliet, memang bebudak kat surau buat orang tak kusyuk semayang. anak akak tu bila buat hal kami rentikan bawak pegi surau sampailah dah boleh pikir.

kakngah, haha..pengalaman yang tak boleh dijual beli.

acik, maso diorang kocik marin kan cik, kalau tipun abah kato nak balik kampung yo, abih somo barang-barang e dikomehkan dulu. Lotak tinggi-tinggi ateh almari. Dodak ayam pun kono surukkan.
Kok tak abih sokampit bagi ayam makan.
Ingat-ingat balik cerita lamo, togolak sondiri. Kalau cerita balik kat diorang, diorang pun tak percayo.

nong, our anxiety never ends. Just pray that our children lead the right path and win both worlds.
Sorry for your loss.

Mak Su said...

huhuhu, ganaih kakpah, caiyuk caiyuk.

aNIe said...

Heheh..kak pah...mau gelak guling2 anie membayangkan diorang pakai bola buat topi gelek2 lagu raihan tu...adoiii....anak2 lelaki ni memang mencabar kesabaran....

Tapi alhamdulillah mereka dah besar2 sekarang...orang kata anak2 yang nakal ni otak mereka cerdik...sebab mereka berani cuma kita kene pandai membimbing mereka...

Meriah betul kak pah dengan anak2 yang ramai...

Nizam.Ariff said...

Cocok bontot org tengak sujud? Hahahaha.... aku tak tahan . Kalaulah aku makmum kat sebelah orang yang kena cocok tu, silap-silap boleh batal sembahyang aku... hahaha

iina said...

yolah kan kak.. jarang diorg semuo dokek bonar.. mau yo jadi geng 3 serangkai hehehehe.. tapi kan kak mesti pengalaman tuh semua bantu akak didik anak2 kat taska kan ;)insyallah kak.. berkat kesabaran ;)

kakpah said...

maksu, sesekali kena ganeh haha..

anie, masa mereka kecil memang meriah rumah ni. Bising. Gamat. Sekarang dah senyap sunyi.

nizam, engkau masa kecik-kecik macam tu gak kan..

ina, memang hidup akak ni meriah di kelilingi anak-anak sendiri dan anak -anak orang yang ramai. Pengalaman dengan anak sendiri membantu menjaga anak orang hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...