Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, March 12, 2009

ANTARA YANG BETUL DAN YANG SALAH

Dulu aku tak dapat nak bezakan di antara mangkuk dan cawan. Sebab bila aku ke dapur dengan emak dan bila tiba masa untuk menghidangkan makanan di atas meja, emak selalu menyuruh aku mengambil mangkuk. Aku akan mengambil beberapa biji mangkuk dan meletakkannya di atas meja bersama satu jag air masak.

Bila aku masuk ke sekolah berasrama semasa aku di tingkatan empat, dan bila aku menyebut perkataan mangkuk dengan kawan-kawan, mereka akan tertawa. Aku heran kenapa mereka ketawa terbahak-bahak sebab pada aku biasalah aku menyebut perkataan mangkuk walaupun aku memegang sebiji cawan. Lama-lama baru aku dapat membiasakan diri bahawa mangkuk itu adalah sebenarnya mangkuk dan cawan itu cawan bukannya mangkuk.

Bukan salah asuhan. Memang di kampung aku orang dah terbiasa bercakap demikian. Macam aku selalu kata. Aku dulu budak kampung. Lidah aku pekat dengan loghat negeri. Masa aku mula-mula di JB dulu ada kalanya bila aku mahu menyebut sesuatu aku terkial-kial mencari perkataan itu dalam bahasa bandar yang boleh difaham oleh semua orang. Mula-mula aku berpendapat bahasa orang nogori ini berbeza dari segi sebutannya sahaja. Sebab itu bila aku selsema aku akan memberitahu kawan yang aku kena seleme (orang nogori sebut selemo). Sekali lagi aku kena ketawakan. Bila aku makan terlalu banyak dan perut aku rasa mengah sampai susah nak bernapas aku cakap aku hengas. ( kalau makan banyak kitorang cakap hongeh). Aku diketawakan jugak. Diorang ketawakan aku sampai keluar hingus.

Lama-lama aku pandai juga sampai orang tak tahu yang aku ini asal dari negeri sembilan oleh kerana fasihnya aku berbahasa bandar.

Kalau kawan boleh mentertawakan aku, aku pun boleh juga mentertawakan diorang. Kawan aku satu hari menyuruh aku membelikan roti semasa aku pergi outing. Dia tak pergi sebab sakit perut hari pertama period. Bila balik aku bawakan roti sebungkus dia marah-marah sebab aku salah beli. Aku marah balik sebab betullah yang dia suruh aku beli roti. Selepas dia mengeledah locker kawan satu dorm dia tunjukkan contoh roti yang dia maksudkan. Aku ketawakan dia sebab yang dia tunjukkan pada aku itu adalah sebungkus biskut. Itu belum lagi masuk bab suruh aku beli coklat kat kantin sekolah.

Hmm.. sebenarnya dua tiga hari ni aku teringat pada kawan-kawan aku masa sekolah dulu terutamanya kawan-kawan selama empat tahun di JB. Dah lama aku tak buat lunch date dengan beberapa geng rapat. Yang lain-lain ke mana ye. Olly... aku masih lagi mencari engkau. Ada makcik-makcik blogger yang tersalah masuk ke sini bekas srikandi?

15 comments:

Mak Su said...

waaaakkakakakaka, saya ngan hubby and family hubby gitu ler, salahfahaman.
roti - biskut, mengah - penat, dan lain lain lah. maklumlah, lain-lain negeri katakan.

kakngah said...

hehehe!! kalau kwn kakpah tu suh sy p beli roti, kompem sy beli pad. psl ms sklh dulu kirotg gelar pad - roti.
ofsmate lama, indian guy. pggl biskut - roti. memula pelik gak. lelama biasa dh...

Nizam.Ariff said...

Aku panggil biskut tu roti dan semua jenis gula-gula aku panggil cokelat. Ok je pe?... mula-mula dulu wife serba salah jugak bila aku suruh ambik roti tapi kat rumah tak ada 'roti', tapi sekarang dah paham...

kakpah said...

maksu, haha belajar melalui kesilapan.

kakngah, apasal umah kau tak boleh bukan komen hah..

kakpah said...

nizam, hang oghang utagha la ya. yelah. betul la tu. tapi ada sedikit pelik.

Tijah said...

dulu kok ckp keropai mmg kono golak'an dek kawan.

lupekanje said...

salam kpah..
orang salu gelakkan acik bila acik nk cakap utara..tpi jadik cam cakap anak mami Penang..
camtu gak biler acik cakap kelantan..diorg kata lidah acik tk ckp lembut nk cakap kelantan...yg pasti, diorg tk tau acik ni senornya org mana???? heheh...
sbb acik senornya becakap bahasa baku..haha..

aNIe said...

Hehehe...memang pun kalau lain2 negeri...selalu keliru kan....

Saya ngan cik abang sama negeri Melaka...

iina said...

Kak dulu masa baru kwin ngan pakwe den.. uihh selalu gak dio golakkan den.. yolah bila jumpa wan dio kan.. banyak bonar perkataan yang den tak faham.. sesuka hati dio yo.. pastu masa den duk edinburgh marin.. fullblast ari2 ckp english.. kek umah yo cakap melayu.. dia p bantai cakap beberapa perkataan yg den tak ponah donga.. pastu dia p golakkan den laei.. uwaaa tensen den.. nasiblah skrg dah pandai sikit2..

teringat dulu.. masa kat ukm.. ada org penah tegur.. katanya den ckp melayu slang jawa.. nasib dah tukar.. kalau balik kg.. automatik leh tukar ckp slang jawa ler kak ;)

kakngah said...

kakpah, hrtu tak nyompek2 nk blk kampung, tu yg lupo nk bukak tgkp komen huhuhu!!

kakpah said...

tijah, haha.. keropai. dah nyarih-nyarih lupo pokataan tu.

acik, macamano baku pun kau cakap, lagu linggi tu totap tak ilang haha..

anie, oo orang ulau melingkau tepi pagau yee..

ina, bia cakap melayu slang jawa. okay lagi tu. jangan cakap melayu slang orang asli. wakaka..

kakpah said...

kakngah, ekau kalau nak make up umah kau tu, klick kat thecutestblogonthe block.com. Kek tepi/ateh sobolah kiri umah kpah ni.

chekdenoor said...

Salam,

aha....banyak bahasa yang kita gunakan mempunyai makna yang tersirat dan tersurat...... kalau tak sekepala...sure tak fahamnyer.....

Cam anak jiran chekdee sibuk bising pasal bahasa melayu dia....pichit santan dan perah santan ....dia kata...dia nampak mak dia..selalu jer picit santan keluar dari kotak santan....so...hehehehe...susah tu....

ku tak sempurna said...

biso bonar bahaso nogori yo...

hikhikhik.. semua yg aku sebut tu sy tak pernah dgr...
selemo, hongeh...

kelakar plak bila dgr :D

kakpah said...

chekdee, haha... bahasa, permainan bahasa, mempermainkan bahasa haha.. semua ada.

KTS, hee memang kelakar. sebab itu orang ketawakan aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...