Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, March 17, 2009

DATANG TIDAK DIUNDANG

Petang tadi semasa aku tengah sibuk memasak di dapur, loceng pintu pagar berbunyi. Kedengaran juga orang memberi salam. Suara yang memberi salam itu suara perempuan. Dua tiga kali memberi salam aku mengecilkan api dapur dan keluar menjengah melalui pintu dapur. Dengan sudip masih di tangan aku menjengah-jengah lagi sehingga terlihat kelibat orang yang memberi salam itu.

"Ahh, perempuan ini lagi" hati aku menggetus. Terbantut rancangan awal untuk menyamar sebagai pembantu rumah.

"Assalamualaikum kak. Boleh saya jumpa akak sekejap? Sekejap je" kata perempuan itu. Hati aku mengatakan jangan bukan gate tapi tangan aku sudah menggapai remote. Nanti aku dikata sombong pulak. Aku picit butang remote dan pintu gate terkuak sebelah.

"Masuklah. Tunggu di kerusi luar ye.." Aku cuba buat ramah.

Aku kembali masuk ke dapur.

"Orang sibuk nak siapkan makan petang dia pulak menyibuk..."aku bercakap pada diri sendiri.
"Kau tunggu la kat luar tu. Aku nak siapkan masakan aku" aku bercakap pada diri aku lagi. Bercakap sengsorang sebab bibik aku dua-dua pergi ke kedutaan indonesia. Si Aini perpanjangkan pasport dan siti pula menemankan.



Perempuan itu. Ini masuk kali keempat dia datang ke rumah. Kali pertama dia datang waktu hujan renyai-renyai. Aku lihat kakinya hanya sebelah. Melihat keadaannya, aku jatuh simpati. Sungguh. Aku persilakan dia masuk. Kesian dia berjalan dalam hujan.

Dia bercerita tentang kemalangan yang dialaminya hingga menyebabkan kakinya terpaksa di potong. Lemah lembut suaranya. Sopan santun tutur katanya. Dia bercerita lagi tentang kesusahan hidupnya. Suaminya juga kurang sihat dan tidak dapat berkerja. Anak-anaknya ada dua orang dan bersekolah. Dia memerlukan wang untuk membuat kaki palsu. Besar juga jumlah yang disebut untuk membuat kaki palsu itu.

Aku simpati. Sungguh. Keadaannya dan ceritanya menyentuh perasaan aku. Sebelum dia beredar, aku memberinya sejumlah wang (dan aku pasti dia tidak akan beredar selagi aku tidak memberi wang yang dihajatinya itu). Dengan ucapan terima kasih yang berkali-kali dia berjalan tertempang-tempang. Hujan masih renyai dan aku membekalkan sekaki payung yang baru aku beli di Mydin.

Selang dua bulan dia datang lagi. Kali ini dia datang dengan berkaki palsu. Aku alu-alukan kedatangannya kerana sangkaku dia hanya mahu menunjukkan kaki palsu yang sudah dipakainya itu. Dia bercerita lagi bahawa sekarang dia sudah boleh bergerak ke sana ke mari dengan mudah. Dia juga sudah mempunyai perkerjaan. Walaupun gaji tidak seberapa tetapi sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan harian.
"Tapi kak, kaki palsu saya ini tak ada padding. Bila saya berjalan, peha saya melecet" katanya lembut.
"Saya kena buat padding tapi saya tak ada duit"
Aku bersimpati. Sungguh. Kerana simpati aku hulur lagi sejumlah wang. Dan dia berlalu dengan ucapan terima kasih yang tak sudah-sudah.

Bulan puasa lepas sekali lagi dia datang. Kali ini dia datang bersama dengan seorang wanita yang separuh umur.
"Ah sudah... dia bawak kawan pulak" hatiku berkata. Namun seperti selalu aku jemput dia masuk.

Dia memperkenalkan wanita itu sebagai emaknya. Wanita itu memeluk aku dan aku merenggangkan badan perlahan-lahan. Agak tidak selesa dipeluk oleh orang yang aku tidak kenal. Perempuan dua beranak itu bercerita-bercerita lagi tentang kehidupan mereka. Tentang kesusahan mereka. Tentang sakit si suami. Tentang makan pakai anak-anak.

"Kak, raya dah dekat ni. Satu baju raya pun belum saya belikan untuk anak-anak. Duit tak ada kak nak belikan baju raya untuk budak-budak tu"

Hati aku tersentuh lagi. Perempuan itu cukup pandai saiko aku. Mentang-mentanglah aku ni cukup lemah dengan budak-budak. Macam tahu-tahu saja yang aku ini sayangkan budak-budak. Aku bersimpati bila mendengar anak-anaknya tidak ada baju raya. Sungguh. Aku bayangkan anak-anak aku beraya tanpa baju baru. Petang itu aku memberinya sejumlah wang lagi untuk dia belikan baju raya anak-anaknya. Mereka beredar dengan terima kasih juga yang tak sudah-sudah.


Petang tadi, bila dia datang aku seakan-akan sudah tahu akan hajatnya. Aku buat-buat sibuk di dapur. Berpikir-pikir sama ada aku akan memberinya wang lagi.

"Sapa tu" suami menjenguk aku di dapur.

"Perempuan yang dulu tu. Yang tak ada kaki tu. Abang pegilah tengok. Malaslah nak jumpa dia"

Suami aku keluar. Nasib baik suami dah balik kerja. Kalau tidak, memang aku tak boleh mengelak. Aku siapkan kerjaku di dapur. Mengisi lauk pauk ke dalam bekas dan meletakkannya di atas meja. Sudah hampir enam setengah. Sudah sampai waktu untuk abah makan malam.

Aku lihat suami aku berjalan naik ke atas rumah dan kemudian turun semula dan keluar mendapatan perempuan itu. Tidak lama aku lihat perempuan itu berjalan tertempang-tempang menuju gate. Aku cuma mengintai dari celah pintu.

"Apa dia nak"
"Dia nak enam ratusss....." jawab suami.
"Mak datuk ai. Nak buat apa pulak "
"Dia kata nak bayar sewa rumah dia. Abang kata tak bolehlah bagi enam ratus. Dia cakap kalau tak boleh, bagi separuh pun tak apa." aku mendengar.
"Abang cakap tiga ratus pun tak boleh. Dia mintak dua ratus" Abah yang mendengar pun menggelengkan kepala.
"Abis tu abang bagi berapa'
"Bagi seratus"


Mungkin perempuan itu akan datang lagi di masa akan datang. Sekiranya dia datang lagi aku rasa aku sudah bersedia. Pertama kali, simpati. Kedua kali, simpati. Ketiga kali, simpati. Keempat kali, aku dah naik menyampah.

16 comments:

Tijah said...

tu namo eh dah dibagi botih, nak pa'o tu kak! lenkali sok akak bagi topung yo la seguni. suh dio buek kueh...jual. jgn memintak2 laie!

ashley said...

Orang Bangi ni memang BAIK kakPah.

Padan lah RAMAI bebenor datang minta minta...

Yang datang rumah saya waktu tengahari REMBANG time JUMAAT bawa anak KECIK tu SELALU!

Tapi ye lah..beri kena IKHLAS.

kalau tak, lebih bak jangan BUKA pagar dari mula!
tak pun buat cam TIJAH cakap.
Beli TEPUNG SEGUNI atau kail..suruh dia cari rezeki sendiri.
tak pun, ambik jadi PENGASUH..kerja kat TASKA!
he he he..

lupekanje said...

camtulah, kalu dah mula bagi, dia akan ulang smula, sebab dia tau, tuan rumah ni jer yang layan dia, yg bagi rezki kat dia..
sib la acik bukan jenis camtu...skali org dh bantu, acik malu ler nak mintak tolon lagi..sbb tau, org akan naek menyammm..
dari ikhlas, da jadik ilang iklas...
agak2 eh, dia tk datang dah kot umah kpah...ato pun, dia tunggu jer prof tk de umah, nanti dia datang bagi pahala kat kpah lagi...wakakaka..

moral of the story
tangan yang di atas lebih baik dari yang di bawah.

iina said...

uih kak tuh dah namo e nak ambik peluang tuh kak.. montang2 tuan umah cam akak nie jenis baik hati.. tau2 yo kalau susah dtg jengah.. mano boleh kak camtu.. takkan sewa umah pun dtg mintak kek org.. ishh22 kak.. cam tak cayo yo den..

kakpah said...

tijah, ado oghang ambik kosompatan. Tu yang maleh tu.

ashley, selalunya kpah tengok dulu sapa yang datang meminta-minta nih. Kalau tengok keadaan betul-betul memerlukan, ajak dia masuk. Tapi jaranglah bukak gate. Tindakan tu berdasarkan kesian dan tanggungjawab. Allah bagi rezki lebih sikit kat kita. kakpah takut Dia tarik balik kalau kedekut sangat. Berdasarkan tu, kpah bantu. Tapi macam dah jadi tempat dia melepaskan masalah pulak. Bila dah macam tu, memang dah tak ikhlasss lagi.

acik, wakaka... akak dah cakap dengan bibik. Len kali kalau perempuan yang berkaki palsu tu datang, kata je kpah tak de kat rumah.

kakpah said...

ina, tau tak per.. Ambil kesempatan tu yang buat naik menyampahh tu. Dah tak de simpati den lagi dah..

julietchun said...

kat umah saya ni sampai kita bleh kenal org yg dtg mintak sedekah, dah tetiap minggu dia dtg, mcm kutip duit perlindungan plak, kalo tak bagi bleh dia caci maki kita, dasat sungguh.

kakpah said...

juliet, kpah dah banyak kali gak buat n3 pasal ni. tapi bila hati bengkek tu terpaksa gak la luahkan kat sini.
Masalah orang dtang mintak2 ni tak berkesudahan.

- jinggo - said...

saya menjengah blog ni..
mungkin ada sesuatu yg boleh kita kongsikan.....

xiiinam said...

Salam kak...

Errr...ini pun datang tak diundang ni...


Hari tu masa nak gi rumah adik di Jalan 3 BBB, nampak Tadika Aulad,nak singgah takut tuan rumah dah tak kenal.....
.
.
.
.
.
.
.
.tiba-tiba rasa rindu padak kak Pah...
sebak rasa macam nak menangis....sungguh!!

Nizam.Ariff said...

Ish, org macam tu pun ada...?

kakpah said...

jinggo, jengahlah selalu.

ciklah, salam kembali. rasanya rajuk sudah surut. maklumlah orang tua ni sensitif haha...
.
.
psst..kpah selalu curi-curi masuk rumah ciklah.

nizam, banyak orang banyak ragamnya..

ku tak sempurna said...

mak aiiiihhh...

jgn dibagi muka lg org camni...
beri betis, nak peha...

-tetiba rasa diri ni jahat pula... nak bagi, bagi la kak :P-

Mak Su said...

pelik jugak ya... alamak...tak tahu nak komen apa.

anyway, saya baru tag kakpah :)

http://ceritakosong.blogspot.com/2009/03/letak-gambar-gambar-dan-jawab-tag.html

kakpah said...

kts, sib baik nak peha je kahkah..

maksu, sampai hati bagi kita keje hehe..

nazaTIMsuria said...

mak, lenkali klu nampak die, wat derk je, xyah bagi masuk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...