Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, March 1, 2009

PEMINTA

Seorang staf merungut-rungut perihal jaga yang menjaga kawasan perumahannya sering datang ke rumah meminjam wang. Bukan sekali tetapi beberapa kali. Sering pula kedatangannya itu secara biadab. Sekiranya pintu pagar tidak berkunci dia akan terus masuk ke perkarangan rumah dan mengetuk pintu damdumdamdum.

Memang ada orang yang jenisnya suka meminta wang. Bila memerlukan wang, jalan mudah yang dapat dilihatnya ialah dengan memintanya dari orang lain. Orang seperti ini tidak nampak kepayahan orang lain mencari wang dan juga keperluan orang itu terhadap wang yang dia ada.

Pernah seseorang datang ke pejabat suamiku. Seorang saudaranya juga. Dengan sedih dan menangis-nangis saudara ini mengatakan yang dia sangat-sangat memerlukan wang. Dia tidak pula menceritakan wang itu untuk apa tetapi rayuannya mencairkan perasaan suami aku. Secara kebetulan pula suami baru menerima bayaran daripada satu source tertentu. Jumlahnya cukup-cukup dengan jumlah yang diminta oleh saudaranya itu. Maka 2K bertukar tangan dengan janji untuk membayarnya kembali. Telah lebih sepuluh tahun berlalu, satu ringgit pun tak nampak. Walaupun beberapa kali bertembung semasa hari raya, dia membuat muka selamba orang tidak bersalah.

Rumah kita juga sering didatangi orang yang meminta-minta ini. Kadang-kadang dengan surat di tangan. Kadang-kadang kosong. Kita tidak tahu apakah benar seperti yang didakwa bahawa wang itu untuk keperluan rumah anak yatim atau untuk membina masjid. Entah-entah untuk menambah simpanan mereka di bank. Tapi setiap kali mereka datang, kita merasa kasihan dan kita beri jugalah apa yang termampu. Dah nama pun pemberian ikhlas. Namun ada juga yang tak berterima kasih dengan pemberian kita. Sekiranya kita beri sedikit, dia akan berlalu dengan muka masam sambil bersungut-sungut. Ada juga yang kurang ajar memaki hamun.

Pernah dua orang yang berpakaian seperti orang afghans datang ke rumah meminta wang. Kononnya untuk dihantar balik ke kampung halaman mereka buat membena entah apa. Aku pun dah lupa. Tapi bila dihulur sepuluh ringgit, dia menolak. Dia menunjukkan tangan menandakan tidak cukup sambil berkata dengan bahasa yang tidak difahami. Aku tinggalkan sahaja. Sebulan selepas itu dia datang lagi. Dan aku malas melayannya.

Orang yang meminta-minta ini ada di mana-mana. Ada yang bersikap agresif. Mengejar kita dan merayu-rayu. Ada yang hanya duduk diam di tepi tabung mereka sambil memberikan senyuman semanis mungkin kepada orang yang lalu lalang. Kita tidak tahu yang mana betul yang mana tidak. Tapi kita beri juga walaupun tidak seberapa. Kan namanya pemberian ikhlas.

Ini mengingatkan aku kepada peminta-peminta yang begitu ramai di sekitar Masjidil Haram. Di sana memang orang hendak memberi. Dan aku kira pendapatan mereka sehari adalah lumayan.

13 comments:

Tijah said...

paling x suka org yg gunakan alasan bina masjid la, bina skolah agama la...malas nak bising kekadang bagi gak. lantak la...betul tak betul tu urusan dia dgn tuhan...

Tijah said...

ehh!! org fes ke tadi tu? wakakakaaa....sukerrrrr....

Tijah said...

nak amek tempat ke-3 plak la...den kan tamak!

lupekanje said...

aiiikk...tijah sorang sampai 3 lot dia amek...
tak leh jadik ni Kpah..

komen tentang tajuk kali ni..
rezeki diorg la tu kpah.. kita sedekah, kita dpt pahala...(tupun klu ikhlas...acik salu tk ikhlas...huhu..) sbb acik salu mikir...misti pndapatan dia lebih dari aku...
acik cuma berharap, mereka yang meminta2 ni, biler dah dpt sedekah agak2 utk kepeluan hari tu...renti kan lah..pi balik umah... sok dtg lagi mintak sedekah..utk guna hari tu pulak..
acik rasakan...elok yg mintak sedekah ni jadikkan satu jawatan pekerjaan..ada syarat2 kelayakan, ada had2 pendapatan sehari yg dia blh dpt...hahaha...keji acik kan..
dengki ngan org mintak sedekah la ni...
sedara yg salu minta2..pehtu tak hengatpun nk bayo balik...tu pekara biasa kpah.
Manusia bila da dpt duit...ada hingat ke nk kasik clear utang..? jarang-jarang...baek dia enjoy dulu....
acik paling takut hutang...mehla jadi sedara acik...mesti acik tk kan pinjam duit ngkorang, ...hahah..(err..klu tk silap, acik ada utang dgn mak n anak acik...huhu..)

ASH said...

Ada orang memang memerlukan..

DOK BANGI ni nampak cam orang KAYO ja..Cube pergi DOK kat BALING TU..atap rumah pun kadang tak dak. Dinding pun berlubang..daun pintu pun tak boleh beli..SIAN..tapi kadang diorag ni tak minat nak minta minta ni...

YANG MINTO MINTO ni banyak dari LUAR..MUNGKIN dah terbiasaa kat tempat diaorang susah.tak dak kerja..Minta minta..

Sekarang ni patut buat syarat, kalau rasa tak IKHLAS...

"Sebelum den bagi ekau sepuh hinggit, ekau sapu laman den ni dulu. Cuci longkang bagi putih melepak..tak do lumut..hah dah siap den bagi sepoh hinggit..."

he he he..suh dia buat KERJA. ada gak pekdahnya..

err buat surat akujanji tampal dinding lain kali kalau nak bagi PINJAM UANG!
BIAR semua orang tahu sket!!

Nizam.Ariff said...

Aku bab org mintak-mintak ni cuak sikit... nak bagi karang silap org, tak bagi karang, mana le tahu kalau-kalau malaikat rahmat saja tuhan suruh test kebakhilan kita...

selalunya, bila didatangi oleh org macam ni, aku ingat gerak hati yg pertama, beberapa saat yg pertama, sekilas hati nak kasi, aku kasi... kalau perasaan macam nak terajang, aku minta sedekah balik kat dia .. hahaha

ibundo said...

tijah, tijah dan tijah, memang la kau okap.
Tau tak per. bagi je la. ada masanya rasa tak ikhlas lak.

acik, sokong cik. Mosti ujudkan satu jawatan sebagai peminta sedekah. Nak mintak sedekah, tunjuk kad dulu. Takde kad, tak leh bagi.

ashley, kalau yang betul-betul memerlukan kita tak ralat nak bagi. Memang kita bersedia nak bagi. Yang tak tahan, yang tipu-tipu ni. Kita tak leh nak bezakan mana satu yang betul-betul memerlukan.
Ada satu lagi yang kpah tak tahan tengok. kat warta dan shoping kompleks selalu ada budak-budak minta derma sambil jual kelender ke, balm ke... Kesian budak-budak tu. Mak bapak hantar sekolah asrama, ustad ajak kutip derma. jauh pulak tu datangnya. Dari kedah nun... Kpah bagi juga lah tapi lecture dulu budak tu.
Apa ustad depa ni takdak akai ka..Nanti apa-apa berlaku tengah jalan nak salahkan siapa. Pernah dulu budak-budak yang kutip derma ni van diorang eksiden. mati lagi. Laa.. bagaimana la perasaan mak bapak diorang.

ibundo said...

nizam, betulla kata kau tu. Ikut gerak hati. Akak kalau orang datang ke rumah, akak bagi la banyak mana terasa nak bagi. Kalau jumpa masa jalan-jalan tu, nasib-nasib. kalau rasa nak bagi, bagi. rasa buat dono, buat dono je la.(takde la sampai aku nak mintak sedekah pulak kat dia kah..kah..)

Ungku Nor said...

ada sedara-mara yg mengata rumah saya ni macam rumah cina..asek berkunci mangga je pagar dgn gril.

saya tak kisah kak.
nanti kalo papehal orang pecah masuk rumah..bukan rumah dorang.
rumah sayaaaaa jugak.

iina said...

Tulah kak.. mmg ado manusia gini kan kak.. selalu gak jumpa.. tapi den selalu kalau peminta sedekah nie.. kalau sekali tuh den bagilah.. tapi kalau 2 3 kali takdo doh.. tringat semasa kat cordoba (den baru balik cuti nieh).. ado pakcik tu siap tolong bagi signal kitaorg nak parking keto.. awal2 den dah sound kwn den.. peh nie kau kena bagi duit nie cayalah cakap akak.. sekali tuh betul.. wakakkaah.. peh tuh jumpo lak pompuan minta duit rayu2 lak.. isteri kwn den tuh bria2 marah laki dio sobab duit.. :)

ibundo said...

ungku, elok la tu berhati-hati. Bia de apo oghang cakap. podulik an yo.

iina, baru balik cuti eh. seronok nye dapat jalan sana sini. obersi lagi tu... tak cam kitorang ni, balik balik pusing kolumpo je. hehe..
Kat sana pun ada gak ye yang mintak-mintak ni. nampaknya penyakit seantero dunia la ni.

jane said...

salam kakpah,

saya link blog kak pah bulih ?

kakngah said...

kat ofs sy slalu gak ado 2 org ala2pak arab dtg mintak2 ni. org yg samo. bau eeehh... cam tungkik wlaupun jubah suci murni keputihan eh. xpandai ckp malay @ inglish. speking arab. utk afganistan kato eh. ofismate pernah bg 2 hengget pastu mintak la resit, bongih pulak pak arab tu. sy mmg tak ponah bg psl mmg x cayo. ontah2 siang berserban bagai... mlm2 bertandak tunjuk langit...
bab bebudak sklh jual kalender la.. sticker la.. kat R&R plus hiway melambak. mmg sian la tgk muko bdk2 ni. lotih 1 hal la.. nak nahan air muko laei. yo la.. bkn sumo org nk boli. silap2 kono maki. ontah mkn onth tdk bebudak tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...