Memancing adalah satu hobi. Tapi bukan hobi semua orang. Ada suka mancing. Ada yang menyampah mancing. Kalau dah menyampah memancing, tengok joran pun dia menyampah juga. Ada yang bila tengok joran saja, rasa nak patah-patahkan ia. Sebab apa ye? Hmm.. ni mesti sebab suami dia hantu mancing sampai tak ingat anak bini. Asal hujung minggu, hilang. Nak jejak subuh baru balik. Kalau berbual, topik hangat mesti pasal ikan, kail, mancing, ikan, kail, mancing. Kalau mengigau pun sebut nama ikan. Patut lah bini mengamuk. (Acik, terima kasih sebab bagi kakpah idea buat entry).
Abah aku dulu seorang kaki memancing tapi tidaklah sampai kena sindir-sindir dengan emak. Abah pergi memancing sekali sekala bila sampai seru. Dan abah memancing dua tiga jam sahaja untuk menghilangkan gian.
Abah selalunya memancing di sungai belakang rumah mak tua. Sungai Muar namanya tapi kami orang kampung pangil Temuar. Temuar memang banyak ikan. Dulu lah semasa belum tercemar dengan sisa dari kilang mardec di Gentam. Sekali abah pergi mancing abah akan bawa balik beberapa ekor ikan lampam, ikan putih dan beberapa jenis lagi yang aku sudah tak ingat namanya.
Mula-mula abah guna umpan cacing. Kemudian abah tukar pakai umpan telur kerengga. Lepas itu abah tumbuk biskut campur dengan roti. Aku rasa ikan ikan dalam Temuar itu tidak dapat membezakan rasa di antara ketiga-tiga umpan tersebut. Tapi abah tidak pakai umpan cacing lagi sebab emak geli hendak makan ikan yang dah termakan cacing itu.

Ada juga orang yang suka memancing perhatian. Memancing biarlah pada yang kena. Tidak ada salahnya kalau kita memancing perhatian suami. Jangan tersalah memancing perhatian orang kerana buruk padahnya. Nanti kita juga yang susah.
Memancing undi? Dulu setiap kali menjelang pilihan raya rajin juga aku masuk taman perumahan dan kampung untuk memancing undi. Kita tidak tahu siapa menyokong parti apa. Kami redah saja semua rumah. Kadang-kadang dapat tuan rumah yang ramah. Tak kurang juga yang memaki hamun. Ada juga peristiwa dikejar anjing dan kami susup sasap lari menyelamatkan diri.
Satu pilihan raya kecil akan berlaku tidak lama lagi. Orang Perak dan orang Kedah yang berkenaan tu tak mahu balik kampung mengundi ke? Baliklah dan tunaikan tanggungjawab. Ambil cuti satu dua hari. Sekurang-kurangnya dapat juga melawat ibu bapa dan kaum kerabat di kampung.
Aku? Memancing di pasar sahaja.

19 comments:
yes! fes lagi...
sey paling bonci toman carlos poie kodai pancing...kemain la lamo terbelek2 padahal nak boli batu ladung yo!
jah...ko gilo lot kan...baek ko cukupkan tigo lot..haha..
Kpah..
mancing best aper..
senornya kan kpah..membongak org yg kato mancing nih relis tensen..acik senornya mancing sobab nak carik lauk..nk makan dgn nasik..bilo pancing tk kono...tambah tensen..tk do makno eeh mancing klu balik bawak batang kail yo...hampehh yo dapek.baek gi pasar boli yo ikan teruih..
Mcmana tensen pun, acik totap suker mancingg...hahah..
acik, kok nak best laie kito mancing kek simingpul. anak ikan ensem2 ramai cik...hikhik
hahah...acik bru lopeh nengok anak ikan kat dlm siming pul tdi...
sonot ehh acik brendam..cam badak raso ehh..
kak den baru jek lopas mancing kek dalam tin wakkakah.. lauk sardin pakwe den buek.. ado gak mancing kak.. mancing jawatan.. mancing pangkat.. mancing naik gaji..
Ayah den dulu rajin mancing laut.. sekali bawak balik nahhh ikan pari.. udang.. den gak keno siang ikan.. ;)
Nostalgia teringat arwah Pak Tua - pun kaki memancing. Masih boleh terbayang dia tumbuk biskut marie atau biskut kering buat umpan. Turun ke Temuar sorang2..kak idah dan lisah tak berani ikut takut terjumpo buayo.
kite teman hubby mancing dopan rumah jer. Ada tali air busat. Tapi boring!!!!!
Tapi kalo dpt ikan kita yg ngap dulu. Ahahaha
Akhir tahun 60an sampai awal 70an, ayah memancing untuk sara kami sekeluarga...tak termasuk aku, sebab aku lahir lewat sikit.
Ikan Haruan, sebahagian dijual, sebahagian di buat lauk dengan ubi tumbuk je...isk isk!
hmm.... memancing undi....cam tak best dengar jer..... tapi entahlah.... boring betui dengar kes perak ni.... kampung halaman chekdee tu.......
sy cumo mancing kek pasar mo dlm tin yo. eh.. bkn ko kok jd pemancing undi dapek upah??
kat sungai ikan dah kurang. sbb tu org ske gi mancing kat kolam yg berbyr tuh yer, tapi rasa ikannya tak sdp.
ade org mancing kt kolam bebayo tu... leh menang ribu riban...
tijah, yes, kau fes.
tijah, kau nunggu dio, buek apo. Poi la melencong kodai sobolah.
acik, poi yo lah kodai cik cari ikan. Melangok yo topi tobing tu nuggu ikan tapi tak dapek-dapek. Bazir waktu yo hehe..
tijah, ko mancing sapo kek swiming pul. acik, bantai korang lah..
ina, mancing sadin lagi sonang kan? Kotam makan pancing tak!
lisah, aiseh man. mano dapek address blog alang ni. Idah bagi ko.
KV, ikan apa kat depan rumah tu. Ikan semilang ke..
nizam, alhamdulillah ko tak payah jua ikan haruan lagi. Mesti bapak kau pun dapat tumpang senang kau kan?
chekdee.. hehe.. orang yang aktif berparti tu selalu terlibat dalam benda tu sume. Kpah dulu rajin gak nolong-nolong tapi sekarang ni dah pencen. Dah malas. Tapi mengundi tetap kewajipan kita sebagai rakyat.
kakngah, tu yang sonang e.
juliet, ikan kolam tak sedap. ada rasa lumpur.
tak pernah memancing ikan seumur hidup...
memancing orang biasala...
tapi tak pernahnya nak mengena... hikhikhik... umpan tak power agaknya :D
ada apa2 petua nak memancing org?? mehla kongsi... :D
kts, nak pancing orang? hmmmm... dan hmmmm...
maksu mmg tak memancing, geli kat cacen :)
maksu, skang dah tak pakai cacen lagi dah.. hehe..
k pah, kotam x yah pancing, cucuk yo bilo nampak dior melintes, suluh la dulu tapi kono malam2..siang x doh do... (kak, eden org noghori yo hehe)
Post a Comment