Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, March 11, 2009

Rezki Yang Terbazir

Kalau anak-anak tidak menghabiskan makanan di dalam pinggan mereka, kita selalu berkata : Orang yang miskin dan susah di dunia ni bukan main ramai. mereka nak cari makan tersangatlah susah. Kamu senang-senang saja membazir makanan.

Realitinya begitulah. Kita senang saja membazir rezki. Cuba perhatikan saja semasa jamuan kenduri kawin. Sekarang ni kenduri kawin semua pakai layan diri. Buffet. (Tak macam dulu-dulu. Lauk pauk dihidang.) Perhatikan mereka yang mengambil makanan. Selagi ada tempat kosong dalam pinggan, diletak diletak diletak lagi sampai penuh. Lepas tu bila makan, tak habis. Terbongkang daging seketul dua. Begitu juga ayam. Sayang.... Tentu tuan rumah rasa sayang tengok makanan untuk menjamu orang terbazir begitu saja.

Sepatutnya bila mengambil makanan tu, ambillah agak-agak boleh habis. Kita mesti habiskan makanan yang ada di dalam pinggan. Kalau makan nasi, setiap butir nasi itu rezki. Kita tidak tahu butir yang mana yang membawa berkat. Masa aku kecil dulu, aku selalu ikut mak dan abah ke surau. Aku selalu perhatikan telatah seorang atuk. Atuk ni kalau selesai makan, dia akan curahkan air minumannya ke dalam pinggan. Dia akan ratakan air itu di sekeliling pinggannya dan kemudian menghirupnya. MasyaAllah. Masa tu bila aku tengok dia buat macam tu aku rasa geli. Agaknya dia yang gelihati tengok jahilnya aku.

Bagiku, slogan kfc 'hingga menjilat jari' tu tersangatlah betul. Jangan bazirkan rezki walaupun yang terlekat di jari jemari.

Satu masa dulu, semasa kakngah belajar di sekolah vokesyenal khas di shah alam, ada satu perjumpaan ibu bapa. Selepas perjumpaan itu, kami dijamu dengan makan tengahari. Selesai mengambil makanan aku dan suami duduk di bawah kemah yang disediakan. Tak lama selepas kami duduk, datang seorang perempuan duduk di sebelah aku. Aku tengok pinggannya sarat dengan lauk pauk sehingga tak nampak nasi. Tengah-tengah aku makan, perempuan itu memasukkan seketul ikan ke dalam pinggan aku.

"ambillah.. saya punya banyak"
Menyirap darah aku. Ini perempuan entah siapa aku tak kenal. Tiba-tiba je nak kongsi makanannya dengan aku. Tapi aku ni orangnya tak pandai marah. Aku kuiskan je ke tepi pinggan. Tapi dengan suami aku jangan buat main. Kalau dia tak suka dia cakap terus.

"Ni apehal pulak masukkan makanan dalam pinggan orang? " Agak keras juga lah suara suami aku tu. Perempuan tadi dengan selamba mengambil balik ikan dari dalam pinggan aku. Aku tak tengok rupa dia macamana. Mungkin merah padam atau muka tak reti bahasa. Aku tak tau. Tapi selesai je makan, dia cepat-cepat blah. Makanan dia masih melambak dalam pinggan.

Aku ada tengok seorang ustaz makan. Kalau ada butir-butir nasi jatuh di atas meja semasa dia makan, dia akan kutip dan masukkan semula ke dalam pinggannya. Selesai makan, dia akan memasukkan jarinya satu-satu ke dalam mulut untuk menelan saki baki makanan yang melekat di jari jemari. Orang yang tidak biasa memang rasa jijik dan geli. Tetapi apa pula yang nak dijijik dan digelikan?

Kita patut bersyukur dengan rezki yang melimpah ruah. Jangan membazir rezki itu. Kalau kita rasa kita tak boleh makan banyak, ambillah sekadar yang boleh kita habiskan. Jangan sampai sifat tamak menguasai kita. Kenangkanlah mereka yang makan nasi berlaukkan air dan garam. Kenangkanlah mereka yang mungkin tak merasa makan nasi pun tetapi hanya makan ubi kayu sahaja. Kenangkanlah juga anak-anak afrika yang tinggal kulit dan tulang berperut buncit kerana tak cukup makanan dan zat. Bak kata Nabil, lu pike la sendiri...................

12 comments:

Nizam.Ariff said...

Aku dulu masa kecik-kecik, balik sekolah tengah panas. Mak selalu masak 'jangan bening kangkung'. Aku selalu 'timba' kuah dia ke pinggan aku banyak-banyak sampai tenggelam nasi. Aku taruk kicap Tamin banyak2. Lepas tu,aku patahkan batang kangkung, aku buat macam straw, aku sedut kuah tu. Kalau ada sotong pulak, aku jolok kat jari, buat macam cincin. Bila suap nasi, aku sedut kuah pakai batang kangkung dan aku gigit sikit sotong cincin tadi...

kakpah said...

nizam, engkau budak yang kreatif. Orang yang kreatif boleh hidup senang lenang. Cuma applikasikan dalam hidup. Akak rasa engkau dah senang lenang sekarang ni.

julietchun said...

Kita yg hidup sng mmg tak rasa bersalah bile buang rezeki camtu je.Kalo tgk kat Afrika, Palestin,berderai airmata, nasi yg dah2-3ari pun masih jd rebutan.

Mak Su said...

saya pun mkn gitu gaks, penyayang kepada makanan. kalau ada yg terjatuh2, saya akan kutip. errr, mungkin orang tengok akan kata saya kebulur atau pelahap, nak buat macamana, dah penyayang gitu.

kalau di rumah, saya jilat gaks jari, tak jilat secara berleluasa ler, sopan2 kaedahnya. menikmati kelazatan makanan.

ada orang ngata saya, tu lah kau, jadi gemuk sebab tu lah, makan beria-ia sangat. :(

ku tak sempurna said...

eeeee....
ada gak org yg tak kenal begitu 'mesra'... smpi suh kita abiskan dia punya baki...


eeee.... sapa suruh ambik banyak sgt... tamak..
lain kali, biar tak cukup... pastu boleh tambah...
bila berlebih tu yg syaitan suka... pembaziran...

aNIe said...

Larrr...ade jugak orang camtu ye...

Saya selalu nasihatkan anak2...makan ambil sikit2...kalau rasa nak tambah ambil lagi...jgn ambil terlalu banyak hingga terbazir...sayang makanan tu...

Selalu juga ckp pada mereka...orang yg miskin nak makan pun susah...

Arwah atok dulu kalau makan pinggannya sampai bersih licin

kakpah said...

juliet, orang yang pernah merasa susah yang dapat menilai.

maksu. tak per la kalau orang nak cakap apa pun. Janji kita buat yang betul.

KTS, tau tak per. tu la tamak sangat.

anie, ada orang rasa malu kalau makan sampai licin pinggan.

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kak Pah,saya blog hop dari blog kak nong....

Salam dari klang...
masa kecik dulu mak selalu pesan,ambik makanan sikit sikit,kalau nak makan lagi baru tambah..jangan bazir nasik tu nanti nasi tu menangis...tapi sekarang lain pulak..bila kita habis kan nasi mereka kata kita ni kuat makan...mereka yang terlebih cerdik tu makan tak habis..membazir saja..kalau pergi majlis kawin tentu banyak yang berperangai begitu..ambil banyak2 lepas tu tinggal kan saja...sayang sekali..tak terfikir ke perasaan tuan rumah ...

iina said...

kak teringin bilo bulan poso kan kak.. ahhh masa tuh kalau boli lauk n makanan sampai tak ingat dunio kan.. peh tu makan yoo adolah seketul dua yo.. ;)

kakpah said...

Ezza, salam. banyak perangai macam tu. kita berdoa supaya kita dan keluarga dijauhi sifat membazir.

ina, bulan poso lambek lai.(betul ke lambat lagi?). memangla bulan poso tu bulan nafsu. nafsu makan. beli makanan macam tak makan sebulan wakaka...

Yunus Badawi said...

Sungguh indahnya Islam ini. Sampai ke bab makanpun Nabi ada ajar kita. Cuma kita nak ambil tahu dan nak ikut tak ikut aje. Ustaz yg kakpah cakapkan itu telah menunjukkan contoh yg baik.
Tidak akan sesat org yg mengikut Nabi saw.

kakpah said...

YB sepatutnya kita ikut contoh yang terbaik. cuma kita je yang tak tau memilih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...