Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, April 27, 2009

Alasan Lagi

Tengahari tadi tengah main-main dengan Faris, loceng gate berbunyi tingtong tingtong. Jam lagi lima minit ke pukul dua. Bila aku menjengah nak tahu siapa yang picit loceng aku tengok anak aku adik tersengeh-sengeh luar gate.

"Ni apasal balik ni. Tak ada kelas tambahan ke" aku dah tembak dengan peluru potpet semasa dia menanggalkan kasut. Adik hanya tersengeh-sengeh. Biasalah dia tu. Bila orang tanya, tersengeh dulu sebelum menjawab.

"Ada...tapi.." dia tersengeh lagi.

"Hah..monteng la tu" kaklong mencelah dari dalam.

"Adik tengok hari nak hujan lah mak.." dia jawab sambil tersengeh-sengeh juga.

Bila dia melangkah ke kaki lima rumah tanpa menyusun kasut, aku menyuruhnya berundur semula ambil kasut sekolah tu dan simpan di atas rak. Pantang nenek moyang ayah dia kalau kasut dibiarkan bersepah-sepah. Nenek moyang aku tak ada pulak pantang macam tu tapi aku tak suka jugalah kalau tanggal kasut lepas tu biarkan je kasut tu terlepak depan muka pintu.

Anak ku Imah sedang buat internship di Rahmah & co dan kebetulan dia pulang untuk makan tengahari. Bila dia mendengar jawaban adik, cepat-cepat dijerkahnya.

"Adik... apalah adik punya alasan nih. Tak logik betul. Kalau hujan kan kat luar yang hujan." Adik buat derk saja.

"Entahnya. Cikgu buat kelas tengah padang ke." Aku pulak sambung. Adik terus je meluru ke meja makan dan membuka tudung saji.

Adik sekarang ni dalam tingkatan tiga. Tahun ni PMR. Aku kagum dengan usaha guru-guru sekolahnya yang sentiasa mahu membantu murid mencapai gred yang baik. Selalunya adik tak pernah monteng. Cuma harini pulak dia malas nak pergi.

Alasan. Aku selalu cakap yang manusia ini suka memberi alasan. Alasan yang diberi kadang-kadang logik dan kadang-kadang tidak logik langsung. Kita memberi alasan untuk melepaskan diri, untuk membenarkan perbuatan kita.

Ada sekali haritu aku ke warta, dan bila aku mahu membuat bayaran di kaunter aku lihat cashier di kaunter itu mempunyai kuku jari kelingking yang panjang. Teramat panjang. Dalam hati aku berkata ; ni kalau basuh berak mahu tercicir taik dalam kuku ni. Aku mahu menegur tetapi berat pulak mulut aku ketika itu. Tetapi alasan yang selalu diberi oleh orang yang suka menyimpan kuku panjang ini ialah senang nak garu kulit kepala yang gatal. Ataupun tak ada ketip kuku (ishh..). Ataupun dah memang trend.



"Jom ikut mak pergi kedai"

"Malas lah"

"Apasal"

"Baju tak bergosok"

Kalau baju tak bergosok kan boleh je gosok sekejap. Kan alasan je tu. Sebab sebenarnya tak nak ikut. Taknak temankan emak. Dulu-dulu masa kecik-kecik tak payah ajak pun. Nampak je emak ayah bersiap diaorang yang dulu masuk kereta.



"Meh sini tolong mak masak"

"Ala.. orang banyak homework ni" Aku lah tu. Antara alasan yang aku bagi bila emak ajak aku masuk ke dapur. Sebenarnya malas.





Gambar ni saja je tempel. Pagi tadi aku lambat sikit ke tadika. Bila anak murid tanya kenapa ummu lambat sampai aku cakap aku ada baby kat rumah. Alasan. Anak murid aku tu pegang-pegang perut aku.



Manusia selalu sahaja mencipta alasan. Kalau tak orang, kita. Bila memberi alasan tu, fikir-fikirkan lah sama ada ia boleh diterima atau pun tidak. Logik ke tidak. Bila kita tak update entry kita akan bagi alasan juga kan?


25 comments:

Hamirdin b Ithnin said...

itu tanda dah koring aidio nak buek posting.

kakpah said...

Atuk, amboi..amboi.. pandai je nak ngutuk orang ye.

Miss Syara said...

haha. klaka jer la adik 2. mmg alasan saje 2. hehe.

kakpah said...

miss syara, iyo laa miss syara oi.. engkau pun banyak alasan gak kan

julietchun said...

apa kakpah rasa tem bebudak tu pegang perut? kekekek, goli den,kakakaka,

Mas said...

tengok baby cam rasa best je nak ada sorang lagi. Tpi takut!!

ashley said...

'PENAT JER AKU BELI TEMPAT LETAK KASUT!! SEMUO NYA TAK RETI NAK MENYUSUN KASUT ATAS TEMPAT KASUT!!!' leter seorang datuk..KEPADA PEGAWAI PEGAWAINYA yang tak pegi sekolah tediker..

ha ha ha..

'Dulu kito semua ni tak tediker..teruih sekolah rendah jer. Jadi tak do belajo ler nyusun nyusun kasut ni'

ALASAAAANNNN...

ngeh ngeh ngeh..

Tijah said...

uwan mo atok kono la bekelaie kek senia lak kan? nak berkelaie kek umah kang...tak elok la cucu tengok.

wakakakakak!!!!

lupekanje said...

kpah..
faris tu cam roper nenek ehhh...hehehe..

Alasan berasal dari kelemahan,kesalahan atau kekurangan.
Tanpa alasan..hidup ini ibarat rumput tanpa lembu.....bosannnnn...heheh..
merapu je..

iina said...

alasan.. biasalah kak.. idup kalau takdo alasan camno lak hidup tuh kan.. tak best akk.. asyik yes.. yes.. ok.. no problem yo..

JahRera said...

salam kak pah,

molek-molek budak kocik-kocik dlm gambar tu.
kak pah ni guru tadika ko?

Kito dah kona-kona (kenal-lagi pekat kan?)nie, bolehlah jongok-jongok selalu.

TQ lah kak pah ye.

Kak Ezza@makcik Blogger said...

puas sudah ku tenung tenung,,,ku belek belek..hati ini jatuh hati kat cucu kap pah ni...

Pinjam bawak balik rumah boleh tak kak pah! boleh laaaa

AZANI said...

kakpah:tepat dan jitu alasan tu: ada baby,budak budak innocen, periksa perut gurunya.

dcrysz said...

yer arr.... kenkadang alasan lg byk daripada bulu kaki...kekekeke

Monkey D Luffy said...

mesti ada kerja sekolah x siap tu

tu pasal ponteng

huhu

Nizam.Ariff said...

Manusia mencari alasan untuk mencari jalan untuk mencapai maksud...

kakpah said...

juliet, rasa geli hati plak.

ashley, aku pun slalu kena letiaq.

tijah, ahaks... tak baik kmolai dopan cucu.

acik, cantik la ko punyo ibarat tu kahkah

ina, yo ina. kau kok tak dapek datang umah akak kau jangan bagi alasan tak munasabah hehe

kakpah said...

jahrera, iyo jah.. kpah ni guru tadika. maghi la selalu. nanti kpah gi mah jah ye. siapkan kopi secawan.

ezza, pandai ko merenung. Meh la sini. pegang boleh dibawa jangan hehe..

azani, tu yang kpah geli hati tu.

kakpah said...

dcrysz, entah le.. tak pernah plak kira bulu kaki brapa elai hiks..

kapten, uhuhu...

nizam. adalah teramat benar kata-kata ko tu.

arsaili said...

salam...budak2 ni kalau beralasan menunjukan dia budak yg pintar..ahahaha

kakngah said...

wah.... atuk & uwan bergurau sondo kek senia...

kakpah said...

arsaili, memang. yang pintar tu selalu panjang akal.

kakngah, hahaha...

yginsaf.com said...

ammvoiii..

Eazyshop2u said...

Hi. Come and visit us at http://eazyshop2u.blogspot.com for a good quality, branded and affordable children clothing. New stock arrived!! OshKosh, Mothercare, Carter's, Oilily...Grab yours while stock last!!

TQ

Miss Syara said...

ner de la. kte nie seorang yang baek budi pekerti tau. haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...