Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, April 25, 2009

BUKAN TAK PANDAI, KURANG JE SIKIT.......

Di tadika aku ada satu budak namanya Amir (bukan nama sebenar). Amir dah berumur enam tahun. Dah sepatutnya pandai membaca dan mengira tetapi dia masih terkial-kial dalam hal-hal itu. Budaknya lasak dan selalu nak mengerjakan orang saja. Kasut atau selipar budak-budak lain selalu saja hilang. Bila ditanya siapa sorokkan kasut si anu budak-budak lain akan sepakat suara menuding kepada Amir. Amir hanya akan tersengih-sengih apabila ditanya. Bila digertak, barulah dia tunjukkan di mana kasut itu disorokkannya. Selalunya dibuang di dalam semak di luar pagar belakang tadika. Terpaksalah aku memanggil bibik untuk mengambil kasut yang telah dibuang itu.


Amir berbadan agak tinggi tetapi tidaklah besar sangat. Dia datang ke tadika dengan memakai selipar jepun. Seliparnya jauh lebih besar daripada kakinya dan apabila berjalan maka berbunyilah kelepek.. kelepek. Budak-budak akan mentertawakan dia.


Amir suka meletakkan seliparnya sesuka hati apabila masuk ke kelas. Mula-mula dulu aku tidak tahu selipar siapakah yang selalu terlepak di muka pintu. Bila aku nampak selipar jepun itu tidak bersusun di atas rak, aku laung dari kelas ke kelas 'siapa punya selipar jepun gedabak depan muka pintu tidak disusun'. Budak-budak lain sebulat suara berkata "Amir punya!...." Femes betul Amir. Glemer betul Amir. Sampaikan selipar dia pun orang kenal.


Amir bukannya budak baru. Sudah bertahun-tahun dia di Aulad. Sejak baby lagi. Masa dia baby dulu, dia di taska saja. Bila dah masuk empat tahun, Amir masuk ke tadika pula. Bayangkan, Amir dah belajar dua tahun lebih di tadika tetapi masih belum berapa pandai. Aku tak boleh nak salahkan cikgu. Mak bapak dia pun tak boleh nak salahkan cikgu sebab cikgu-cikgu ajar budak-budak lain boleh pula pandai. Tapi Amir ni bukanlah tak pandai langsung. Cuma pandai sikit-sikit saja.


Dulu dia ada dua orang abang yang belajar di Aulad. Abang-abang diapun lebih kurang macam dia juga. Semasa abang-abang dia belajar di tadika, Amir masih baby lagi. Dulu mereka tiga beradik ini duduk di taska sampai petang. Apabila siabang masuk darjah satu, dia dah tak duduk taska lagi. So, tinggal dua orang yang duduk taska. Bila abang yang lagi satu masuk darjah satu, dia juga dah tak duduk taska lagi. Tinggallah Amir sorang-sorang.


Semasa ketiga-tiga beradik ini duduk di taska, cikgu taska selalu komplen. Tak bawa baju lah. Tak ada towel lah. Baju kotor yang semalam masih lagi ada di dalam beg lah. Satu hari (kebetulan pada waktu itu aku ada di taska) berlaku satu kejadian di luar dugaan yang menyebabkan aku dan cikgu taska terbahak-bahak terguling-guling. Ceritanya, mereka ni baru lepas mandi petang. Cari-cari baju dalam beg terjumpa satu spenda. Bila dikeluarkan, punyalah besar spenda tu. Bila ditanya pada abang si Amir ni siapa punya spenda besar gedabak ni. Dia cakap ayah saya punya. HAHAHA.... Dah dalam beg tu pula ada baju selai saja. Takkanlah pulak nak pakai baju dengan spenda bapak dia yang bila disarung sampai ke ketiak tu. Agaknya mak bapak dia terlalu sibuk dengan kerja hinggakan tak sempat untuk membuat persiapan yang rapi untuk anak-anak.


Berbalik cerita Amir. Satu hari cikgu dia bercerita.
"Aku tengah tulis kat whitewoard membelakangkan budak-budak. Bila budak-budak dah mula bising, aku suruh diorang senyap jangan bercakap. Semua senyap. Bila aku dah selesai menulis, aku paling pada budak-budak semula. Aku tengok Amir tak ada. Diorang kata Amir keluar."


Cikgu dia dah mula nak tergelak-gelak tapi dia sambung;
"Tak lama lepas tu Amir masuk balik. Aku tanya dia pergi mana. Dia jawab pergi dapur, minum. Aku kata kenapa tak cakap dengan cikgu. Engkau tau dia cakap apa?"

"Hah, apa dia cakap"

"Dia cakap kan tadi cikgu suruh jangan bercakap" Cikgu dia mengekek-ngekek ketawa. Aku pun ketawa gak.


Aku pun dah tak tau nak buat apa dengan budak ni. Mintak-mitak sampai hujung tahun dia dah boleh membaca dengan baik. Tak mahulah nanti dia masuk kelas pemulihan semasa darjah satu.

22 comments:

Nizam.Ariff said...

Harap masa depannya lebih cerah.

Einstein pun dulu bengap-bengap jugak orangnya, tapi sebenarnya otak dia lebih cenderung ke satu sudut. Bila fokus kat sudut tu lama-lama, terserlahlah kelebihannya, walau pun bahagian yang lain ada kekurangan. Harap Amir dapat cari kelebihannya...

Nizam.Ariff said...

Yay!
Aku first...

Monkey D Luffy said...

aku suka amir ;)

Yunus Badawi said...

mmg ada budak yg lambat belajar. tentu kakpah lebih arif perkara ini. Anak kawan saya pun menghadapi masalah yg serupa.

ku tak sempurna said...

bijak.. bijak...

bijak Amir ni sebenarnya..

hik hik hik :)

iina said...

yang kurang itu kdg2 kita tak tahu kan kak.. mana tau sok2 dia gak yang lebih ;)

xiiinam said...
This comment has been removed by the author.
xiiinam said...

Bertuah si Amir..
dapat cikgu sesabar kakPah....






kalau dapat kat ckLah agaknya dah lama....kena kutil diam-diam balik pintu...he..he..he...

kakpah said...

nizam, haah..mintak-mintak macam tu lah. budak lelaki selalu warm up lambat tetapi dia catch up balik masa dah sekolah.

kapten, dia memang ada kelebihan.

YB, kalau setakat anak je yang bermasalah , boleh tahan lagi. Hehe...

kts, nanti aku kenalkan ko dengannya. tapi ehmm.. abang dia baru tingkatan tiga ahaks..

ina, harap-harap gitulah.

ciklah, sebenaunye hati ni menggetik juga nak kutil hik..hik..

ashley said...

Rata ratanya saya tengok perkembangan otak kanak kanak lelaki terlewat sikit ngan kanak kanak pompuan. Tapi once masuk sekolah menengah, bila diorang BELAJAR bersungguh walaupun sikit jer..boleh laju dari budak pompuan.
Ajaib..

Satu lagi, kreativiti budak lelaki ni memang cukup berbeza dari kreativiti budak pompuan.

Dia akan lebih cenderung mengexplore mende yang luar dari bilik darjah..

saya suka kalau mereka dapat aktif di luar, di taman, di anak anak sungai..di hutan hutan kecil..dan sebagainya..

nampak keterujaan mereka..

kejar rama rama..tangkap berudu..main selut..tengok paku pakis..tengok sarang burung..
cari ulat ulat kecil..ataupun bertembung ngan ULAU..
he he he..dapat cekenit..tungau etc he he..

inilah kelebihan yang ada pada budak budak yang tinggal di kampung.

kalau dok bandar...hmmm asyik dok kat taska jer...
kesian demer.

kena pula mak ayah asik sebok memanjang..sian bebudak

kuIna LadyInRed said...

budak tu bijak cm tak cukup perhatian & dorongan...

jane said...

kak pah,

seronok tau begelumang ngan budak tadika nih!!!

saya kenkadang teringin nak kembali ke arena prasekolah. x tau lah mungkin dapat mungkin tidak.

kakpah said...

ashley, kat kampung lebih banyak benda yang nak diteroka. Masa anak kpah kecik dulu, yang boys ni memang banyak benda pelik diorang buat. Atuk mesti sorokkan dedak ayam kalau budak-budak tu ada. Kalau tak, terbongkang ayam-ayam tu kekenyangan.

kat bangi ni ada apa ek. duk lam rumah je main game.

kakpah said...

kuina, tau tak per. Perkara tu lah yang slalu kami bincangkan kat sekolah.

jane,memang seronok dan mengujakan. tu yang buat kpah bertahan berbelas thun tu.

lupekanje said...

didikla bebaik anak seperti amir itu..
tpi bukan senang kan...
dia perlukan perhatian...kener ada owang yang sanggup habiskan masa dengan dia...barulah dia tk menakal dan lambat blaja centuh.
agaknya la...

err..acik bukan cikgu...
cumer seorang ibu...
yg juga kurang ilmu
gi seklah dah lama duluu..
masa kat sekolah duk merapuu...
biler cikgu tanya, asik tk tahu..
last last cikgu bambuuu...
balik umah ingatkan nangis mengugu-nguguuu...
rupernya acik gi merayau kat kedai veluu...
hehehhe...

aNIe said...

Anak2 memang banyak ragam mereka...tapi mereka bukan tak pandai...macam kata kak pah...cuma kurang sikit..hehehe...

Semoga amir akan berjaya dlm hidupnya...

kakpah said...

acik, amvoi amvoi.. melagu-lagu plak komen acik eh. iyola cik. lain bebudak lain caro nak menanganinya (bukan nak melempanginye ye cik!..) Semuo e nak menguji kesabaran. Mendidik anak kito pun nak kono saba gak kan?

anie, budak yang nakal-nakal ni selalunya bijak2.

kakpah said...
This comment has been removed by the author.
tasikmerah said...

hahahaha... budak laki kak pah... mmg gitu. macam ank aku lah... alahai... pengsan!



.

Mas said...

kak pah...saya ada sorang sepupu cenggitu. Dia punya kecenderungan kat lukisan dan baiki alat letrik. Pastu dia keje jadi pembantu doktor kat spital melaka...so dia perhati apa doktor buat. One day, ayah dia ada jerawat cam kutil kat idung...ayah dia p jumpa doctor dan doctor tu cam jerawat tu tak mebahayakan kalu nak remove. kena rm600. Heheh jadi my cousin beli apa yang ada kat farmasi dan buat sendiri kat ayah dia.

Mak Su said...

bagus amir ni :D

tapi parents nyer hebat gaks ek, skrg dah tak dak spenda dah kot

kakpah said...

tasik, budak lelaki ni memang banyak mencabar kita.

mas, jimat kos ye tak. kalau tau buat takper. jangan jadi mat ghabu. tahu baraikan je nak betulkan balik tak tau. he..he..

maksu, skang dah tak bawak spenda bapak lagi dah.. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...