Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, April 23, 2009

APA APA SAJA LAH

Ada orang panggil opah. Ada orang panggil nenek. Ada orang panggil mamatok. Ada orang panggil uwan. Ada orang panggil nekwan. Walau apapun panggilannya, ia menjurus kepada yang satu : seorang perempuan yang telah bercucu.


Semasa kaklong berkahwin, ipar duai menyakat "tak lama lagi jadi nenek le awak".
Aku melawak, tak main la nenek nenek ni. Aku nak kena panggil datin. Dan kami tergelak berderai-derai.


Dalam masa tiga tahun berkahwin kaklong mengalami keguguran sebanyak dua kali. Jelas terbayang kekecewaan mereka suami isteri diatas dua kehilangan itu. Aku cuma dapat memberi kata pujuk bahawa Allah belum mahu memberi rezeki lagi. Bersabar saja kerana Allah sentiasa bersama orang yang sabar.


Memang perit bila tidak mempunyai anak. Orang akan sentiasa bertanya. Pasangan halal mana yang tidak mahukan anak tetapi bukan pilihan kita manusia ini untuk menentukan. Kita tidak ada kuasa untuk itu. Yang mampu kita lakukan hanya berdoa sahaja. Semuga Allah mendengar doa dan rintihan kita.


Semasa aku mengerjakan umrah hampir setahun yang lalu, kaklong meminta aku mendoakanya. Dan di depan kaabah itu aku meminta sungguh-sungguh serta membuat nazar sekiranya doaku dimakbulkan. Mungkin ayahnya juga bersama-sama mendoakan dan alhamdulillah akhirnya kaklong disahkan mengandung dua bulan selepas itu. Bayangkan kegembiraan kami sekeluarga setelah dia mencuba untuk mendapatkan zuriat setelah hampir lima tahun berkahwin.
(kaklong bernikah pada hari konvokesyennya di UKM. Pagi pergi konvo, balik kelamkabut untuk majlis pernikahan pula)


Kawan aku pula bertanya, "nanti cucu nak panggil kakpah apa"

"Panggil grandmother" aku melawak lagi.

Di kampung aku, kebanyakan cucu-cucu memanggil nenek mereka dengan panggilan uwe. Aku tidak tahu dari mana asal usulnya perkataan itu. Mungkin berasal daripada perkataan uwan yang telah di bahasa-kelantankan. Tetapi apabila aku bertemu dengan sepupuku yang berdarah minang asli, mereka memanggil nenek mereka uwo. Dari situ aku buat konklusi sendiri bahawa uwe itu sebenarnya berasal daripada uwo. Mungkin kerana banyak sangat cucu-cucu di kampung aku yang pelat, maka perkataan itu terus bertukar menjadi uwe dan berterusan disebut begitu.


Aku memanggil nenek aku uwe. Anak-anak aku memanggil emak aku uwe.

Kirin anak aku di MMU berkata pada kawannya;
"Aku panggil nenek aku uwe"
"Kurang ajar kau", kata kawannya.
"Apasal pulak!!!!! "
"Ada ke engkau panggil nenek kau wey!!! " kata kawannya lagi. Maksudnya panggil nenek di wey weykan gitu.

Aku pun tergelak besar mendengar lawak yang tak lawak sikit pun itu.


Datin Pah? gelaran tu dah kena reject.



17 comments:

the ol' rascal said...

uwe pun uwe lah kak pah...kekal kan identiti tu..tapi saya panggil nenek saya nenek je..pada hal dia asal indon tu...tak kisah apa panggilan nya asal kan ianya melambang kan penghormatan buat kita yang bercucu,(opps! saya belum lagi)

Nong said...

Tahniah! Wah dah jadi datin...

Kak nong pun excited nak terima cucu. Tengah dalam dilema ni. Tak sure nak bahasa kan diri bila dah ada cucu nanti. Sebelah kak nong panggil tok mak, belah hubby panggil nenek.

Panggil grandma ok kot.. he he..

ashley said...

Cakap! cakap! Siapa yang berani mereject title 'datin pah' itu..???

(sesambil sinsing lengan baju..ala ala nak gaduh gitu...errr ni sebab jangkit dari anak murid)

cam merajuk jer bunyi entry ni kakpah...

iina said...

uwe pah.. kak oklah tuh kan kak.. sodap yo den donga e.. tapi pakwe den tetap pggl uwan gak.. nak2 lagik adik beradik uwan pun masih ado.. uwan cik lah.. uwan alang.. uwan cu..

Takpo kak.. den totap panggil datin pah.. ;)

lupekanje said...

panggey la apo pun.. yg pasti dalam buku, kalu cerita, mesti kata;
saya ada seorang nenek. Nenek saya bernama Datin Pah.
Tapi saya panggil nenek saya itu 'uwe' sebab dia suruh saya panggil seperti itu.
kpah..naper ni...berdilemma selepas naik pangkat ...heheh

kakpah said...

the ol rascal, panggil uwe kekalkan kesinambungan. kalau tak nanti hilang camtu je.

Nong, hehe.. sebenarnya nenek yang mengada-ngada. Panggil ape-ape pun nenek tetap nenek, he..he..

ashley, heh.. tak delah. Bunyi merajuk ke. Aku cuma nak relatekan yang panggilan tu ada bermacam-macam. Lain tempat lain panggilannya.

ina, kpah teringat kat uwan kakpah. Nenek sebelah abah. Kecil comel orangnya. Dia meninggal semasa kpah diUS. Uhuu..
Takyah la ko pangge akak datin doh. Akak memain yo tu hi..hik..

Acik, kpah baco entry kpah ni macam biaso-biaso jo sambil nyolitkan unsur lawak sikit. Korang baco macam kpah berdilema yo. Hikk..hikk tak do lah. Cucu panggil uwan, uwe atau uwo. Antaro tigo tu lah. Uwan tu dah biaso. Uwe dan uwo tu bunyik macam luar biaso sikit.

Mas said...

good day to u kak pah, saya panggil arwah nenek saya.....nek we. Apa kata suoh dia panggil Granny We. Ada sorang budak kecik ni...panggil nenek dia Nenei.Haha...jangan marah.

tasikmerah said...

kak pah... pernah tak dengar org panggil emak dgn panggilan encik...?

aku mula2 dengar rasa nk tergelak tapi mmg ada.... sampai sekarang aku dok fikir kenapa encik...? he he.



.

julietchun said...

kalo tak kekalkan panggilan lama tu nanti hilang gitu jer. Kakpah tgh pening kepala ler ni pikirkan panggilan apa yg sesuai yer,kekekkeke.

Kak Ezza@makcik Blogger said...

oppps! kak pah..ol rascal tusebenar nya den ni kak..terpakai account hb

cokolat said...

tok pah la..
ala2 sharifah aini.. :)

Tijah said...

apo susah2...
uwan yo...
kito kan org pilah...

hikhik

AZANI said...

Datin Kakpah:Tahniah,Alhamdulillah, di atas kelahiran cucu.

chekdenoor said...

kak pah......walaupun ada yang takut dengan title nenek tu ....tapi chekdee looking forward gak .....heheheheheh .... tapi anak chekde study lagi...so....tak tahulah bila akan berumahtanggah..... jodoh pertemuan urusan ALLAH.... kita doa aje

kakpah said...

Mas, haha.. nenei. lawak pulak bunyi tu.

tasik, orang melaka selalu panggil nama tu. Mak saudara suami pun panggil mak dia encik. Mula-mula dengar memang pelik.

juliet, sebenaunye aku tak pening. hehe.. cuma nak create situasi je..he..he..

ezza, haha.. memang la you little rascal.

cokolat, tak leh..tak leh.. nanti terkonpius ngan atuk dia plak, hikhik

tijah, iyo botul la cakap kau tu jah oi. Dah pannge uwan pun.

azani, tenkiu.

chekdee, dah lama dah menunggu sebenarnya. Masa chekdee pun akan sampai insyaallah.

kak ina kl said...

salam..tahniah dah jadi grandmother..

kakngah said...

sy pggl nenek sy.. makwe AKA maktua.

kpah.. lopeh ni buleh buek kontes.. vote gelaran utk kpah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...