Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, April 12, 2009

BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN


Alhamdulillah. Sukan tadika selesai dengan okay. Semua berjalan lancar dan cuaca pun amatlah bagus sekali. Namun penat belum hilang dan hitam berjemur pun agak-agak seminggu boleh hilang tak.

Buat sukan bukannya senang walaupun hanya sukan tadika.
"Eleh!.. sukan tadika . Kacang je"
Jangan sangka macam tu. Macam-macam nak difikirkan bermula dengan menetapkan tarikh, menempah stadium, memikirkan acara, membeli hadiah bla..bla.. Kalau sukan sekolah rendah atau sekolah menengah mungkin cikgu-cikgu tak perlu nak fikirkan hadiah untuk yang tidak menang, tapi untuk budak-budak tadika jangan sekali-kali mengabaikan mereka yang tidak memang ini. Mahu meraung golek gelantang satu stadium kalau tak dapat hadiah. Yang kalah pun kena dicarikan hadiah juga sebab mereka dah 'masuk sukan' dan dah dua tiga minggu asek mengigau nak pergi sukan je.

Oleh sebab peserta ramai, kami bahagikan mereka ini kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B dan acara bagi kedua-dua kumpulan berjalan serentak. Selain menjimatkan masa, setiap kumpulan sudah pasti mendapat nombor satu, dua dan tiga. Semua orang dapat trophy. Cuma acara relay, lari pecut dan tarik tali sahaja kumpulan A dan B digabungkan. Di sinilah perlunya hadiah saguhati bagi yang tidak menang.


Gambar dia atas adalah hadiah peserta dan juga hadiah rezki siapa. Hadiah untuk rezki siapa memang cukup banyak. Hamper saja dekat dua puluh belum termasuk hadiah-hadiah lain. Hadiah utama berupa tiga barangan elektrik dan satu cadar english style. Dan seperti yang aku beritahu sebelum ini, sebanyak-banyak nombor yang disebut-sebut itu, tidak satu pun yang menyebut nombor aku. Aku tak paham betul dengan si ashley ni entah jampi serapah apa yang dia pakai. Dia anak-beranak je dapat empat hadiah. Nasib baik suami dia dan anak yang lagi tujuh tu tak masuk padang. Woi ashley, ada pasang ilmu ka.....he..he..

Layan je lah gambar di bawah ye. Penat belum habis ni..



Cuba lihat emak yang memakai baju pink itu. Begitu terujanya dia bila si anak menang dalam perlumbaan itu. Begitu juga dalam gambar di bawah. Lihat si bapa yang sama-sama memberi perangsag kepada anaknya hehe..








Anak-anak Aulad.




Antara gaya johan.


Sekian laporan sukan. Besok tadika Aulad cuti tapi khidmat daycare berjalan seperti biasa.

19 comments:

Tijah said...

sapo dapek periuk tu kak? kak ashley ko? hahahaa...kono la rajin masak laie lopeh nih...

lupekanje said...

meriahnya....camner lak kpah kato cuaco baek? kat putrajaya ujan lobek solobeklobeknyo...sampai acik tekurung dan tepakse kensel nk gi tgk sukan tuh.???...huhu

KTS said...

sapa kata sukan tadika kacang??

susah wooo...
kan kak kan..


klu senang, nape aku tak pernah dpt hadiah...


huhuhuhuhuhuhu

Yunus Badawi said...

kakpah pakai bomoh ke jampi tak hujan kat sana? Tempat saya dari semalam sampai sekarang asyik hujan aje. Nak cat pagar dan cuci kasut sekolah budak2 ni pun susah huhuhu

Tumpang lalu:
kts - ko mana ada bakat sukan. Itu yg tak pernah menang hehehe

ckLah @xiiinam said...

Walaupun anak bongsu ckLah dh drjh 3, tapi ckLah masih dijemput jadi pengacara kalau x tadika dia buat sukan. Cikgu2 yang ada 12 orang tu tak cukup untuk kawal bebudak tu...lebih teruk mengawal mak bapak ...teruja lebih2...anak tak dapat hadiah gaduh...he..he...memang bukan senang le citernye kan kakpah...

ASH said...

Pitenah! Pitenah!
Memandai jer Kakpah kata aku dapat 4 hadiah cubitan bertuah!!

Aku ada 2 buku aturcara jer..
1)HUDA punya sebagai anak AULAD.
2)aku punya sebagai CIKGI AULAD.

memang le dua dua nombor NAIK!!
ha ha ha
alhamdulillah..

tapi idak le sampai 4.
Yang dua lagi tu no kat buku kak TIE..dan buku sorang budak yang mak dia pesan kalau no naik ambikkan...
dia dah tak larat nunggu sebab anak dah letih bebenor.

Si Rahmah tu memang teruja berkejar nak ngambik hadiah..
jadi Kak Tie suruh le dia ambikkan.
Saya, kakTie dan Ina naik nombor mewakili cikgi PERDANA..
kui kui kui..

Tijah, tak dapat periuk la..
dapat hamper BILLION jer..
yang mungkin dibeli dari sumbangan IINA tu..

Buat camnooo..dah REJEKI!

aza ni said...

Mengujakan,
walau zaman tabika kemas saya berlangsung kira kira 39 tahun yang lalu.Zaman saya dulu,pakai seluar pendek kain khaki,baju sailor,pagi pagi buta menenggek kat tangga balairaya kampung,sekolah kat balai.Teringat Cikgu Rahimah, Kg, Jawa Kerling.

ibundo said...

tijah, ontah. yang nyato bukan ashley dan bukan juga tijah.

acik, hujan kek bangi ni dah kono tiupkan ko putrajaya.

kts, awak tu kaki bangku. sebab tu tak dapat hadiah. ko tak meraung ke bila tak dapat hadiah..

yb, haha.. tu la berkat solat hajat. tak yah main bomoh hujan. hujan dah lari tampat yb hehe..

cklah, tau tak per. memang ada parent yang kaki gaduh ni. err.. next time sukan kpah nak panggil cklah jadi pengacara boleh?

ashley, ye ke aku buat pitnah. Ingatkan empat-empat hang punye. Next time aku nak suruh hang pegang buku aku la. mungkin berkat tangan hang rejeki aku naik he..he..

ibundo said...

azani, akak dulu tadika belum ada. memang tak merasalah sukan tadika ni.
Kowe wong jowo ko..

aza ni said...

kak pah
saya paham, saya bukan jawa tulen, ada darah jawa tak reti cajap jawa. Cikgu tadika saya orang Jawa dari Kg Jawa , sebelah kg saya.

iina said...

kak takpo kak sok thn depan den doa akak dapek hadiah bertuah tuh.. sok leh kongsi ngan den yo.. wah kak best tgk bebudak sambut hari sukan.. den tau camno raso ehh den ari tuh pun baru yo lopeh urus pasal hari sukan sekolah malaysia kek sini ;)

chekdenoor said...

Tahniah kepada kak pah dan semua kaki tangan tadika.....chekdee faham bagaimana rasa letih selepas menghadapi satu-satu program...... dan keletihan itu sudah tentu berbalas dengan kejayaan.......

inilah cabaran kita orang berniaga....heheheh

julietchun said...

kalo no kakpah naik musti akak pengsan, sbb tu dorang sesaje naikkan no org lain,kekkeke.

Ungku Nor said...

mak aih dia punya deretan adiah.
macam MSSM..hehehe

salam gindu kak..lamo sey tak ngacau akak kek sini

NJ@Goboklama said...

eh,bukan budak2 je suka hadiah, mak budak pun suka gak!! walau kecik mana & murah mana pun, janji namanya hadiah, freee plak tu, saper tak suker? eheheh.. :p

Mak Su said...

mmg penat ek, kena cari hadiah utk semua anak2...hehehe

ibundo said...

azani,memang ramai orang macam awak ni. kawan-kawan akak kata jawa murtad haha.. jangan marah ye.

ina, kau dah balik bocuti ko. seronok bejalan eh.

chekdee.. ni antara program yang meletihkan. Lepas ni ada trip dan konvo pulak.

juliet, tak per.. nanti beli untuk diri sendiri.

ibundo said...

ungku, haha.. sibuk bona ko kojo . akak pun maleh nak ngacau tengok macam takdo maso yo kau tu skang nih. sibuk kalah montori.

NJ, tau tak per. Tak pasal-pasal je nanti kena marah sebab anak tak dapat hadiah. Tak perlu yang mahal-mahal. janji ada.

maksu, macam-macam tempat kpah serbu termasuklah mydin.

Unknown said...

sonoknye lah tengok gambor sukan dak2 sekolah tadika ni kan, syok tang tengok mak bapak sporting tuh..kagum..

mana senang nak urus majlis cam ni kan, lagi bebudak kecik, hee kena cakap ulang2 kali kat diorang..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...