Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, April 13, 2009

BERBALOIKAH !!!!!!!!

"Kletak kletuk kletak kletuk"

Beberapa pasang biji mata menoleh ke arah bunyi. Dan beberapa pasang mata itu terus terpaku mengikut gerak hayun bunyi tersebut.

"Kletak kletuk kletak kletuk"

Aku juga terpaku melihat liak lentok tubuhnya. Kakinya terus mengatur langkah ala-ala catwalk dengan punggung terlentik ke belakang dan berbuai ke kiri ke kanan mengikut hayunan kaki. Aku pasti mata-mata nakal tidak lekang daripada terus memandang.

"Opocot mak kau"

Telingaku menangkap hilaian mata-mata nakal tadi. Ada yang berderai kuat dan ada yang ditahan-tahan. Aku sendiri tidak dapat menahan diri daripada ketawa halus apabila dengan tidak disangka-sangka langkah perempuan ayu yang berkasut tumit tinggi itu tiba-tiba sumbang dan dia jatuh terjelepok di atas tar. Perempuan itu bingkas bangun dan berlalu dengan gaya yang telah berubah menjadi elephantwalk.


Itu adalah adegan yang aku petik dari memori aku lama dulu.



Semasa aku balik ke kampung beberapa bulan lepas aku terjumpa dengan sepasang kasut tumit tinggi yang pernah aku pakai semasa zaman sebelum aku kahwin. Tinggi. Runcing tapaknya. Mungkin tingginya dalam dua inci setengah. Aku terpikir-pikir malah kurang percaya bahawa aku pada satu masa dahulu berupaya memakai kasut seperti itu. Kurang percaya juga bahawa aku rela menyakitkan diriku sendiri dengan menyarungkan kaki aku ke dalamnya. Bukankah wanita ini rela merasa sakit untuk kelihatan cantik? (ini adalah satu statement umum. Kalau anda bukan jenisnya, jangan terasa).


Berkasut tumit tinggi kalau kena gayanya, seorang wanita itu kelihatan cukup anggun. Yang rendah akan kelihatan tinggi dan yang telah sedia tinggi akan kelihatan lampai. Kalau dikenakan dengan pakaian yang kena gaya dan aksesori yang secocok, memang tidak menjemukan mata yang memandang.


Tapi berhati-hatilah bila mengenakan kasut bertumit tinggi ini kerana kekerapan memakainya mungkin akan merosakkan struktur kaki. Bukan itu sahaja, kaki akan berasa sakit, betis lenguh-lenguh dan kemungkinan juga sakit tulang belakang. Itu belum masuk lagi risiko terpelecok bila tersalah langkah.



Aku? Dalam usia sebegini aku lebih selesa berkasut leper. Dalam berhati-hati itu pun aku selalu meminta-minta pada bibik,
"Aini, malam ni urut ibuk....."
Apatah lagi kalau aku masih bertumit tinggi. Alahai.....

16 comments:

ckLah @xiiinam said...

ckLah paling tinggi badan boleh terima ...1.5 inci je...Tu pun terpaksa control langkah kalau tak mau jatuh tergolek...takpelah pakai kasut rendah,ckLah memang tinggi orangnye...


Tak boleh lupa peristiwa seorang rakan bertumit tinggi...tumit tersangkut pada jejaring penutup longkang dan tercabut di tengah-tengah rakyat jelata...muehehe

KTS said...

berbaloi mmg berbaloi...

muehehehehe...

kletak kletuk kletak kletuk... gi kerja mmg kasut tumit tinggi..
rasa mcm model u.. :D

tp dlm opis pki selipar je.. klapak klepik klepak klepik bunyinya...
bg rileks kaki...

:D

Ms.Lilies said...

hehehe...saya mmg pakai flat tp kadang2 time dating ngan husbd pakai gak heels

Tijah said...

aku sker tumit tinggi kak. sbb nati nampak cam diva sket. hahaha...

Kak Ezza@makcik Blogger said...

masa da dulu pakai lah jugak kasut tumit tinggi ni..tapi bila dah berkembang ni..pakai je lah schol atau bata...sarung jer

kakngah said...

bln lopeh ado la boli selipar tumit tak berapo tinggi. yo la.. tgk org pakai cam lawa. tergedik nak pakai gak. rembat la spsg. bilo pakai.. mak ai.. gayat ghaso eh. nampak bona kekok eh. itu lun laei tumit boto2 tinggi. las2 rak kasut yg pakai. selipar leper gak yg seleso.

ibundo said...

cklah, takper cklah pakai tinggi pun asal boleh kontrol tak jadi macam kawan cklah tu hik..hik

kts, akak tau lah kau mesti tak boleh lari dari yang dua inci punye. hati-hati je la supaya kletak kletuk tak jadi bedepek bedepuk tersungkam atas jalan raya muehehe..

ibundo said...

lilies, ikut keselesaan dan keadaan.

tijah, kau memang..

ezza, tu yang senang tu bia pakai sarung je tak payah tejengket-jengket.

kakngah, kalau dah biaso pakai yang leper tu pakai yo lah. Tu yang orang cakap bopijak di alam nyato he..he..

sakurasa 2 said...

kletak kletuk kletak kletuk... sakura mmg kasut tumit tinggi..
he he he

julietchun said...

kalo gi keje terpaksa pakai tumit tinggi. Tapi kat dlm opis saya berselipar jepun je, puas ati nak lari memana pun cepat.

ibundo said...

sakura, gaya anggun gitu muehehe..

juliet, sama lak ko ngan kts ye.

Pu3 said...

perempuan dan kecantikan tak dapat dipisahkan.

Kerana diriku begitu berharga.

hee.

salam kak pah.
=D

Nizam.Ariff said...

Kasut tumit tinggi boleh digunakan sebagai senjata yang ampuh lagi mapan. Lebih tajam, lebih berbisa.

Kalau tumit tu cukup tajam, boleh buat tempuling ikan kat lombong...

ibundo said...

Pu3, kamu begitu puitis dan benarlah katamu itu he..he.

nizam, boleh juga dibuat untuk memukul dahimu yang jendul sebab memberi idea yang bukan-bukan.

Mak Su said...

maksu skearang pakai flat shoes, dulu2 pakai sikitler yang ada tumit, takat 1 inci, 1.5 inci jer.

org kata buruk dan tak reti bergaya, tapi apa den peduli, kaki den duit den, kan kakpah

ibundo said...

Maksu, ye ye. Orang lain pedulik hape. Yang leper tu yang senang nak pakai dan sunggguhhh selesa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...