Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, April 14, 2009

MASIH ADAKAH SINAR MENTARI



Aku keluar dari lif yang berasak-asak dengan manusia. Menoleh ke kiri dan terus menuju ke ruang legar yang betul-betul berhadapan dengan kaunter. Aku teragak-agak samaada mahu mengikut ke kanan atau ke kiri sambil juga memerhatikan nombor-nombor yang terpapar di dinding.

"Dik, tumpang tanya. Bilik nombor lapan mana?"

Dia baru dipindahan ke tingkat enam. Baru petang semalam.

"Akak jalan depan sana, bilik sebelah kanan. Ada nombor di luar pintu bilik"

Aku mengikut arah yang ditunjukkan, melangkah melintasi bilik-bilik yang tidak tertutup. Mataku sempat melingas memerhatikan keadaan penghuni penghuni di bilik-bilik tidak tertutup itu. Jelas terbayang kebosanan, keperitan, kepayahan dan kesakitan di wajah-wajah mereka.

Aku memasuki bilik nombor lapan. Aku perhatikan abangku sedang menikmati makan tengahari walaupun ia nampaknya tidak berapa nikmat dengan makanan tersebut. Nasi di pinggannya dikuis-kuis dengan sudu.

"Salamalekom" kataku sambil menghulurkan tangan menjabat salam.
"Kenapa tak makan"

"Tak ada selera nak makan. Nasi keras, tak sedap"

Aku menjeling memandang nasi di pinggannya. Memang nampak keras macam ditanak tidak cukup air.

"Lauk sedap hah, kari ayam" aku hidu-hidu aroma dari kari ayam di mangkuk. Ternyata bau hanyir di bilik itu lebih menguasai deria bauku.

"Kalau nak, makan lah. Ambong dah sudah dah." Katanya sambil menolak sedikit dulang di atas meja ke arahku. Aku menggelengkan kepala menolak pelawaannya. Bau di bilik itu membantutkan selera sesiapa saja malah yang sedang lapar kebuluran pun.

"Tak pe lah. Dah makan dah tadi"

"Duduklah kat kerusi tu ha", katanya menjuihkan mulut ke arah kerusi di sisi katil. Mataku beralih ke kerusi. Aku lihat di atas kerusi itu ada sebiji mangkuk yang sudah separuh penuh dengan kahak. Lendir yang bercampur darah bergenang-genang di dalam mangkuk itu. Patutlah bilik berbau. Hanyir darah dan lendir kahak dibiarkan tidak di apa-apakan. Di mana perginya nurse yang bertugas? Beginikah caranya melayan pesakit yang memang sudah tentunya sakit.

Aku meletakkan punggung di hujung katil. Aku berfikir-fikir yang aku akan menggunakan baju yang aku pakai itu nanti untuk solat zohor. Aku tak rela duduk dikerusi yang aku tidak was-was lagi memang tercemar itu.

Aku perhatikan abangku dari hujung rambut hingga ke kaki walaupun kakinya bertutup dengan gebar. Aku lihat wayar yang berselirat semasa dia berada di CICU sudah tidak ada lagi. Yang tinggal cuma satu tube yang masih melekat di bahagian badannya, untuk mengeluarkan darah kotor dari bekas bedahan. Tidak ada juga lagi serkup oksigen yang menutup hampir keseluruhan mukanya yang kecil dan keding. Yang ada cuba tiub kecil yang dimasukkan di kedua lubang hidung. Tiub itu juga boleh ditanggal-tanggalkan mengikut keselesaannya.

"Dah boleh benapas sendiri ke"

"Dah boleh sikit-sikit" Katanya terbatuk-batuk kecil sambil menekan-nekan dada. Sakit agaknya. Maklumlah baru saja menjalani pembedahan membuang nanah di paru-paru. Katanya separuh daripada paru-parunya yang rosak itu juga dibuang. Itulah bahananya menjadi penghisap rokok tegar. Berpuluh tahun toksik yang dihisap itu terkumpul di paru-paru. Dulu orang cakap tak percaya. Macam-macam helah untuk membenarkan perbuatan. Sekarang siapa yang menanggung. Benarlah kata orang, belajar daripada pengalaman sendiri itu teramatlah perit.


"Petang semalam ijal datang" Katanya merujuk kepada anak lelakinya.
"Dia cakap lepas keluar hospital ni nak ajak ambong duduk kat rumah dia" Katanya lagi berdehem-dehem untuk melekangkan kahak yang melekat di kerongkong.
"Terkurung ambong duk dalam flat tingkat enam tu. Kang dia pergi keje. Bini dia pun pergi kerja. Akak kau takkan ada nak jaga ambong de" Sambungnya.
"Masa kat sepital ni pun ada tiga kali je akak kau datang"

Aku tunduk memintal gebar di hujung katil. Pikiranku terarah kepada isterinya yang macam endah tak endah untuk menjaganya yang sedang terlantar sakit. Dia lebih merisaukan cucunya yang katanya tidak ada orang yang nak menjaga.

"Ambong rasa ambong nak numpang rumah kau jelah sampai ambong sembuh betul. Boleh ke!"
Patah-patah perkataan yang keluar dari mulutnya terasa sayu. Mungkin dia terasa seperti orang yang terabai. Tidak sampai hati aku untuk menempelak perbuatannya yang lalu-lalu. Aku berdoa semuga Allah memberinya peluang untuk membetulkan apa saja kesilapan yang pernah dilakukan. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih.

"Kalau ambong nak duduk Bangi tak ada apa masalah. Ambong bincanglah dulu dengan akak dan budak-budak. Kalau akak nak duduk Bangi jaga ambong pun lagi bagus", jawabku.


Sebelum aku beredar pulang aku sempat turun membelikannya sedozen air milo kotak. Aku belikan juga pau berinti kacang merah yang masih panas dan aku lihat dia memakannya dengan sungguh berselera.

20 comments:

iina said...

kak.. bertambah meriahlah umah akak kali ini.. takpelah kak.. air dicincang takkan putuskan kak.. baik ke buruk ke.. bukan org lain kan kak..

semoga allah murahkan rezeki akak sekeluarga insyallah ;)

ckLah @xiiinam said...

Assalamualaikum kak.....



Kak Pah...
'salamelekom' tu ape?
Tak baik tawwwwwwww....
Nanti ustat marah.....


muehehehe.....

Tijah said...

buek baik dibaleh baik kak. tu pasti tu.

Ms.Lilies said...

apa2 pun dia tetap darah daging kan kak...meriah umah akak nnt

Nizam.Ariff said...

Rokok??? Huh!
Iklan anti rokok tak cukup berkesan...

ibundo said...

iina, darah daging sendiri, tak boleh dipisahkan. Tk

ciklah, muehehe... ingat tak de sape naka komen pasal salam tu. Orang tua-tua kampung kpah slalu bg salam tak cukup sifat macam tu. Eee.. janganlah ngadu ngan ustad cklah.... nanti aku kena marah..

tijah, mudah-mudahan.

lilies, begitulah nampaknya.

nizam, iklan anti rokok tu tak guna. Lagi berebut-rebut orang nak beli. Betul macam cakap kau dulu. Sepatutnya bg iklan yang menakutkan: mandul ke, ape ke...

Kak Ezza@makcik Blogger said...

sapa hisap rokok boleh mandul! kak..laki saya kak ketawa guling guling kak....nampak na pembohong nya...hahaha..sebab dia ni penghisap tegar..udah 8 anak anak dia keluar..sihat sihat lak tu....bagi lah alasan lain lak....hahahah

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

salam kenal kak pah...
Aulad centre memang dah sinonim namanya
salam perkenalan.....

ibundo said...

ezza, haha.. kpah pun nak tegelak sama nih. Kena buat alasan lain la tuh.

Dila, salam. Nak belajar amek foto cantik-cantik boleh ke hehe..

Anonymous said...

Salah satu kisah kehidupan yg sering terjadi sekarag.

Dan pada kita-kita, cuba ambil iktibar. Esok2, Nasib Kita ni pun blm tentu kan...?Kesian kat dia ...Nasib baik ada org mcm akak...

aza ni said...

kakpah:
semoga beroleh kebaikan dan kemuliaan, natijah dari keihlasan pertolongan.

ibundo said...

aryani, bukankah kehidupan ini satu pentas drama? TKasih kerana sudi datang melawat.

Azani, mudah-mudahan. Yang baik kita pohon dan yang sebaliknya kita minta jauhan.

Pnut said...

Salam kenal kak Pah,
kawan saya ada hntar anak dia kat tadika aulad, seksyen 3 bangi, katanya ok bagus... ermm tanak bukak branch kat desa pinggiran putra ke? sedih beno kat sini semua tadika biasa-biasa je...

julietchun said...

saya mmg takleh mkn atau minum kalo gi spital. Maaf yer saya cakap ,tambah lagi kalo spital kerajaan. Org yg sakit mmg akan jadi bertambah sakit dgn keadaan persekitaran walaupun tak sumer spital gitu.

chekdenoor said...

kak pah...bila kita melihat orang sakit....sure kita rasa bersyukur kerana ALLAH maseh beri kita kesihatan yang baik.....

chekdee pernah demam dan terasa badan takberdaya...... then bila sihat....chekdee rasa bersyukur sangat sebab dah sihat dan badan segar kembali bagi meneruskan kelangsungan kehidupan ini.

Kekadang perlu juga kita rasa sikit sakit-sakit tu kan..supaya kita bersyukur bila badan sihat dan melawat dan merawat orang sakit juga dapat memberikan kita keinsafan yang mendalam.

Unknown said...

sedih baca nih, hidup ni memang macam drama, hidup sendiri yang dilalui..baik kak pah, alhamdulillah.

KTS said...

mencegal lebih baik dari mengubati..

kena jg pemakanan... taaaaakuuutt..

fobia skit ngan hospital ni..

ibundo said...

Pnut, ehemm... tak larat dah tuo-tuo ni. Nanti-nanti kalau kpah nak oder cupcakes boleh ke..

juliet, sebab mentaliti kot. hospital kerajaan free. sebab tu servis pun ala ala kadar je. agak nye lah.

chekdee, bila Allah sayang kita Dia uji kita dengan sakit dan macam-macam. Supaya kita mengingatiNya.

siera, kita sendiri pun tidak tahu apa kesudahan hidup kita ni. Mudah-mudahan senang dan tenang.

KTS, tu la pasal. Jaga makan tu. Jangan main balun je he..he..

aNIe said...

Kak pah...saya selalu berharap suami akan berhenti merokok...tapi alhamdulillah sekarang jumlah rokok yang dihisap dah berkurang...

Semoga abang kak pah akan beroleh ketenangan dan semoga isterinya akan dpt memaafkan andai ada kesilapan yang dilakukan...

BerBaKaT said...

haha
mak mak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...