Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, April 3, 2009

LAWAK DI HARI JUMAAT

Satu masa satu ketika.

Krrringggggggggggggg.....

Telefon di rumahku berbunyi. Bibik pembantu rumah merangkap pembantu tadika merangkap tukang kebun merangkap operator, berlari mendapatkan telefon. Kedengaran suaranya bertanya itu ini (terlupa pula yang bibik juga merangkap penyiasat persendirian).

"Bukkkkkkkkk! Ada telpon dari Indon" jeritnya.

Aku bergegas mendapatkan telefon takut nanti kalau lambat-lambat banyak pula orang yang memanggil tu kena bayar bil. Maklumlah bukan dekat-dekat. Bibik memberikan gagang kepadaku.

"Assalamualaikum, ya.. mahu bicara sama siapa?" (Tolong baca dengan bahasa Indonesia ye!). Kenalah cakap stail diorang sebab diorang tu bukannya faham sangat bahasa dan lagu kita ni. Kalau aku cakap "ye, nak cakap same sape?" gerenti dia tak faham.

"Woi kakpah!!!!.. apo kau cakap skema bona ni. Aku lah ni. Endon." Suara di sebelah sana gagang menjerit masuk menusuk ke dalam telinga aku. Kurang asam punya bibik. Dia ni mengenakan aku atau aku yang silap paham ni.

"Bibik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Aku memanggil bibik untuk meminta penjelasan sebaik aku meletakkan gagang.

"Siapa yang telefon tadi bik!.."

"Tak tau. Katanya dari Indon. "

Memang sahlah. Bukan telinga aku yang silap.

18 comments:

Tijah said...

hahahhaa...osah la. sebona eh bibik tu dah gindu bona mo kampung halaman eh tu !!

Nizam.Ariff said...

Ntah...aku dah syak sape pulak dari Indon yang tepon, sampai akak terkejar-kejar nak jawab... mula tadi aku syak ada KG.. hehehe

lupekanje said...

hahahaha.......

julietchun said...

agak2 kalo bibik tu cakap ade telipon dari India camner ko nak cakap kakpah? kekkekee

ku tak sempurna said...

muahahahahaha...

lawak betul bibik tu...

kak pah pun beria ckp ikut slang indon... muahahahaa

Mak Su said...

aiyyoooo, kah kah kah

Ezza Aziz said...

hahahahahah
ini betul betul lawak!...hahahahah
hilang penat den memasak lauk kenduri ni ha...

Ezza Aziz said...

hahahahahah
ini betul betul lawak!...hahahahah
hilang penat den memasak lauk kenduri ni ha...

iina said...

Betul lah tuh kak.. agaknya dia salah tangkap nama org endon dia ingat indonesia wakakakah..

nasib bukan cakap jowo.. sure akak ckp jowo kan ;)

kakpah said...

tijah, bukan.. ado sistem yang dah slek haha..

nizam, apo bondo pulak KG tu nizam oi.

acik, hahaha..

juliet, kpah akan cakap engge porengge...

kakpah said...

kts, hehe.. akak memang ada darah indon dahulu kala

maksu, gelak-gelak hari jumaat

ezza, ekau buek catering ko.

ina,tu la pasal. Kawan kpah tu memang nama dia endon. Dia ingatkan dari indon sobab kobotulan kpah baru balik dari jakarta ha..ha..

kakpah said...
This comment has been removed by the author.
kakngah said...

juliet... kot kol dr india.. tijah la yg jwp... wakakaka!!

chekdenoor said...

Ade ker kawan kakpah namanyer endon...... kalau endo..paklah...dia dah dialam barzah..... heheheh

F A R Y N said...

kak,bibikmu itu mmg ngak bersalah....
hahahahahaa

kakpah said...

kakngah, betul..betul..

chedee, haah.. memang kawan kpah tu nama endon sebijik macam arwah bini paklah.

faryn, he..he..

xiiinam said...

Kih..kih...memang lawak lah kak Pah...


Nama nenek saya Hajah Hendon Bt Affandi Nasution....
Kami panggil dia Embah Endon.....Saja nak beritau kakPah..muehehe...

kakpah said...

Cklah, nama moyang tu klasik lah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...