Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, April 2, 2009

Pagi Tadi Di Tadika

Entah apa hanginnya budak sorang ni tetiba je menangis panggil 'mama..mama...'
Masa tu loceng pagi masih belum berbunyi. Masing-masing masih berdendang sayang di luar sambil diperhatikan oleh para cikgu yang kejap-kejap menyelak katalog henbeg. Datang sorang budak yang berbadan agak besar (Ehmm..budak kelas aku pulak tu), berdiri betul-betul depan budak yang tengah 'mama..mama' walaupun suara itu sudah agak tenggelam timbul.

Budak yang berbadan besar yang belajar dalam kelas aku itu bernama Hakim. Sambil bercekak pinggang si Hakim berkata dengan kuat membuatkan cikgu agak-agak terperanjat jugak.

"Ni apa mama..mama ni. Ini tadika lah. Mama mana ada kat sini"

Hakim menunjukkan kebrutalannya. Cikgu semua ketawa mengekek-ngekek. Yang hairannya budak yang menangis tadi terus je senyap. Sebenarnya cikgu budak yang menangis tu dah pujuk dah. Berenti menangis sekejap lepas tu dia sambung balik. Lama-lama dah malas nak pujuk. Asal tak buat benda bahaya, dibiarkan je budak tu melayan perasaan.


Dalam kelas aku.
Tema minggu ni 'House'. Setengah jam sebelum balik aku ajar anak murid aku poem. Tak payahlah aku tuliskan poem tu kat sini tapi memadailah kalau aku bagitahu yang dalam poem tu ada sebut perkataan 'shadow' dan 'no more'. Aku panjangkan perbincangan mengenai shadow dengan mengaitkannya dengan cahaya. Bila sebut cahaya, anak murid aku pandai memberikan contoh-contoh.

"Ummu, no more tu maknanya tak ada ye" tanya Daniel.

"Ei.. salahlah.... no more tu matahari" tingkah Hakim budak berbadan besar yang telah menyergah budak yang menangis awal pagi tadi.

Dia memang suka menyalahkan orang lain seolah-olah dia tahu semua. Anak-anak yang lain menudingkan jari ke arahnya sambil tergelak kuat-kuat. Hakim cuma tersipu-sipu.


"Ummu, orak eneng" kata Sofia. Eh, betul ke telinga aku ni.

"What did you say?" aku tanya balik.

"Orak eneng". Memang sah apa yang aku dengar tadi.

"Kowe wong jowo yo". Haha cikgu nogori sombilan kacukan minang tapi bahasa minang hampeh tak tau ingin menunjukkan taring dalam bahasa jawa pulak. Sofia menganggukkan kepala.

Kesudahannya kami satu kelas membilang jari-jari kami seperti bunyi ini:
"siji, loro , telu , papat , limo , nenem, pitu , wolu , songo , seploh ."
Masing-masing terjerit-jerit mengira dalam bahasa jawa.

Sampai tak sedar ada cikgu yang menjengukkan kepala dalam kelas aku dan bertempik:
"Woi kakpah!..... dah buat kelas bahasa jawa pulak ko. Meriah nampak....."

Aku tersengih-sengih happy. Anak-anak aku happy.

10 comments:

xiiinam said...

errrrrrrr...
Sofia tu anak sapa ya?
nanti aku cek nama anak-anak sedara aku kat sekitar BB Bangi tu jap..
.
.
.
.
.
.




Er...bukan anak sedara akulah...
muehehehe..

Tijah said...

woooo...wali songo tu wali semilan la yo?? isk!

one, rende, mune, naler...

Nizam.Ariff said...

Hah! lepas ni boleh le tulis pusi dalam bahasa Jawe..hehehe

Yunus Badawi said...

bolehlah minta ckLah bagi bahan2 dlm bahasa Jawa utk P&P lain kali hehehe

ashley said...

ei, ek, san, ser, wu, lio, sher, pak, chew, sek...

he he he...
jom ngira..

lupekanje said...

err..dah kono sampuk ngan jawo mano lak kak pah ni...habih bebudak tu di ajar eehh baso jawo...hehehe
dahh dahhh..pi bajar baso minang lak..

kakpah said...

cklah, hehe bukan kaum kerabat la ye.

tijah, tu yang kau slalu sobut tujuh likur tu...... likur tu basa jawa tau tak.

nizam, err.. tu kena amek kursus dengan cklah atau yb dulu.

YB, mintak ngan YB pun boleh gak kan!

Ashley, hehe.. bantaai je la labu...

acik, tak do e kono sampuk do. Monyampuk ado la.
baso minang? yang den tau, wak ang nak kama.. he..he..

julietchun said...

kalo wak indon yg tgh buat rumah tu dgr musti dorang anta anak belajar kat tadika kakpah,kekeke.

kakpah said...

juliet, hehe..bisa aja dong.

iina said...

wakakakah kak.. ngiro dalam bahasa jawa.. kabare kak..

yolah kak sok ngiro dlm bahasa n9 lak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...