Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, April 18, 2009

MAIN MASAK-MASAK

Aku anak gadis yang tak pandai masak. Betul aku cakap. Alasan aku ialah aku sibuk dengan kerja sekolah, aktiviti sekolah. Bila emak ajak masak di dapur, aku cakap aku nak buat homework ataupun aku nak study untuk periksa. Emak pula tak pernah merungut. Ala.. apa sangatlah nak dimasak untuk tiga orang. Itulah yang selalu aku katakan dalam hati.

Pertama kali aku tanak nasi semasa aku ditingkatan satu, nasi itu mentah. Emak membebel mengatakan aku masak nasi pun tak reti. Dah tingkatan satu tak tahu masak nasi. Orang dah nak duduk makan tapi nasi tak boleh pakai. Kenalah emak masak nasi yang lain. Masa tu mana ada periuk letrik. Tak usahkan nak guna periuk letrik, letrik pun belum masuk ke kampung aku.

Emak kata, dulu-dulu budak sebaya aku dah jadi bini orang. Ni macamana nak kawin kalau masak nasi pun tak tahu. Aku sengeh-sengeh saja bila emak cakap macam tu. Kawin? Belum lagi masuk dalam kamus hidup aku.

Emak ajar aku masak nasi guna ukuran jari. Mak kata, masukkan jari hantu untuk mengukur paras beras dan tandakan paras beras di jari hantu itu dengan meletakkan jari ibu. Lepas itu untuk mengukur paras air, letakkan jari hantu tadi di atas paras beras. Paras air dari paras beras tadi mestilah sama. Aku gunakan ajaran emak untuk masak nasi dan selepas itu nasi aku tak pernah mentah lagi.

Aku memang malas ke dapur. Aku tahu makan saja. Lepas makan tolong kemas-kemas. Tapi mak masak masakan yang sama saja tiap-tiap hari. Masak lemak cili api. Ikan masak lemak cili api. Ayam masak lemak cili api. Daging masak lemak cili api. Keladi masak lemak cili api. Jangan haraplah nak makan chicken chop ke tomyam ke. Masa tu makanan yang ganjil-ganjil memang aku tak tahu pun. Malah tak pernah dengar.

Malas aku menjadi-jadi bila aku masuk sekolah di Johor Bharu. Lagi lah aku banyak alasan untuk tak masak. Bila balik bercuti aku kata nak relek sebab dah penat belajar. Banyaklah aku punya alasan. Nasib baiklah emak aku tak bagi pelempang.

Bila aku kahwin, baru aku tahu apa pentingnya masak ni. Barulah aku menggelabah tanya emak itu ini. Masa tu emak pun memulangkan paku buah keras. Dulu mak suruh belajar masak kau taknak belajar. Sekarang baru nak terhegeh-hegeh tanya mak macam-macam, begitulah antara bebelan emak. Aku tersengeh-sengeh juga sambil mengurut-ngurut lengan emak.

Antara masakan yang aku tidak lupa hingga sekarang ialah daging goreng. Dulu dah ada aku cerita pasal ni tapi aku nak ulang lagi sekali. Suami aku menyuruh aku menggoreng daging. Aku hiris-hiris daging tu dan aku sepuh dengan garam dan kunyit. Aku goreng macam aku goreng ikan. Sampai daging tu kering dan garing. Bila suami aku makan aku lihat dia menyeringai menggigit daging tak putus-putus. Dia tak boleh nak salahkan aku sebab arahannya, goreng daging. Manalah aku nak tahu kena taruk bawang, air bagai.

Lepas dua tiga minggu kawin aku dan suami ke US. Di sanalah aku pandai membawa diri. Aku belajar masak dari kengkawan, dari buku-buku resipi. Walaupun belum cukup pandai, tetapi dah bolehlah aku membanggakan diri. Suami pun tak malu-malu lagi mengajak kawan-kawannya datang makan di rumah.

Sekarang? Jangan tanya pasal sekarang. Kalau nak suruh jadi chef pun dah boleh walaupun tak ada sijil, wakaka... Tengahari tadi aku masak macam-macam. Tengok nih..


Pucuk paku masak lomak cili api campur dengan terung telunjuk, udang dan petai dikikis kulit.



Ayam organik masak kari. Siapa yang tak boleh makan ayam, tolong tutup mata.


Kerabu jantung pisang.


Tengahari tadi kami anak beranak makan sampai berpeluh-peluh.




25 comments:

ku tak sempurna said...

tak nampak... tak nampak...
aku tutup mata ni.. muehehehe

tapi aku nampak kerabu jantung pisang... nyum nyum nyum... sedapnya..

boleh ke aku rajin cam ko ni...
memang maleh nak ke dapur...
haaiiiihhh... apo nak jadi :D

Tijah said...

dah ku agak. kts misti laju ke sini bila nampak ayam tu. hahahaaa

sodap ehhhhh!!! kok la ado sambal bilih mo joreng tu. lagi powerrrr!!!

ku tak sempurna said...

tumpang lalu tuan umah,

tijah,
apa? apa?
ada ayam ker??
tak nmpk pun..

muehehehehe

kakpah said...

kts, ko pun malas masak ke. Jangan memain. Dapat laki yang banyak komplen baru ko tau. Aku ni nasib baik le laki aku sebelum kawin tau makan sambal otomatik je keh..keh..

jah, Joreng dah lamo tak jumpo. Sambal ikan bilih tak buek sobab bibik aku dongan tak payah disuruh-suruh dah buek samba bolacan dulu..

kts, sahlah ko ni buto ayam.

Tirana said...

Huaaa..kak pah...kak pah sama macam saya...dulu2 tak tahu masak. Mak ajak masuk dapur, bagi alasan yang bukan-bukan.. Lepas tu jodoh cepat pulak datang..tak habis belajar lagi dah kawin..hehehe..Terkial-kial bila suami nak makan nasi ayam padahal nasi ayam tu kan senang aje nak masak. Dapat suami pulak yang pandai makan..hari2 dia atur menu..mentang2 dia tahu saya tak pandai masak..hahaha...saja dia nak dera saya.. Bila suami dah nak makan macam2..terpaksalah belajar..ikut resepi..tanya ibu..tanya kawan2..sekarang ni...agak2nya kalah chef wan..hehehe.. Boleh la setakat suami nak jemput sepuluh dua puluh orang kawan2 dia datang makan kat rumah.. Memasak ni sebenarnya skill yang kena praktis selalu..macam gak skill2 lain..

kakngah said...

potai kikih tu yg xbuleh tahan.
ngencesssss.....
sy pn samo cam kakpah. mmg xghoti msk bebaghu kawen. ghoti mkn yo. first time buek kipap, sekilo topong msk tong. tp, Abem ckp "tkpo.. abg boli laei skilo"

kakpah said...

tirana, rupanya taklah aku keseorangan diduniya ini hehe..
skang ni memasing dah tahu yang masak ni sebenarnya tak payah tengok resepi pun. Dia macam art juga, campur kaler macam-macam, cantik lah. Masak yang main campak-campak tu yang sedap..

kakngah, part yang buang tong sampah tu yang tak tahan tu. Akak buek kue kolopung (buah molako) tak jadi, akak sumbek dalam tong sampah nun jauh-jauh kek bawah. takut laki jumpo he..he..

kakpah said...

tirana, rupanya taklah aku keseorangan diduniya ini hehe..
skang ni memasing dah tahu yang masak ni sebenarnya tak payah tengok resepi pun. Dia macam art juga, campur kaler macam-macam, cantik lah. Masak yang main campak-campak tu yang sedap..

kakngah, part yang buang tong sampah tu yang tak tahan tu. Akak buek kue kolopung (buah molako) tak jadi, akak sumbek dalam tong sampah nun jauh-jauh kek bawah. takut laki jumpo he..he..

lupekanje said...
This comment has been removed by the author.
lupekanje said...

kpah...biler akak masak sesedap camni, tk der ke tegerak ati tu nak panggey acik makan sama...bukan jauh bona Bangi tu... sepelaung yo...
sampai ati ko kpah...
acik tgk ni..sambil menitik2 nitik nitikkk air liur nih hahh...tpaksa tadah ni....
kejam ko kpah... huuhuuu..

jangan la sobut kuih kolopung...kang belari acik poie boli topung pulut ngan gulo melako
kat Mydin tu ha..nak gentel teruih buek kolopung...heheh

AZANI said...

sluurrk(bunyi telan air liur)
kakpah, tengokpun dah kecur lior, apalagi bau masakan tu,hai kalau saya dekat kat rumah tu, tak segan dsegan bawa mangkuk kosong minta isikan sikit.

dcrysz said...

alaaaaaa syeeeddaaaappppnnnyyyyeeerrrrrrr!!!

kakpah said...

Acik, pueh kpah pangge acik sampai sorak sogho ni ha. Acik tak kodongaan ko. hehe.. poi boli gulo anau copek. buek kue kolopung tu.

azani, weh no problemo. tapi bawak tempe banyak-banyak.

dcrysz, hehe..

dilaOHdila said...

pergh kak pah!!!!
menu kak pah mengengat nih!!!!!!

**kak Pah
kami urang ikut kursus yang outdoor punya. Nanti kalau kak pah minat nak joint sama dilla pm erk kak

ashley said...

Korang semua tak yah tanya ngan kakpah..
aku NI JIRAN TERDOKAT YANG SEPATUTNYA LAYAK dibaginye pun tak MERASA..

sengaja tayang.
...masuk BLOG pulak tu!

KODOKUT binti Bakhil namanya tuuuu..

kah kah kah..

kakpah said...

dilla, worait. nanti inform le. kot-kot bole join.

ashley. hang kan takde pegi londang. aku dah nak hantar dah tadi semangkuk tapi kensel.

iina said...

Sobab tulah kan kak.. ado kato pepatah berbunyi.. setinggi2 langit kerja n belajar org perempuan akhirnya ke dapur juga.. teringat maso den kono testing masak ngan pakwe den maso memula dating dulu.. tensen.. nasib lopeh ngan cemerlang terbilang.. wakakakah.. den tak kisah kak.. sobab pakwe den leh masak.. agak2 maso maleh nk masak.. den order jek.. pizza ko.. mee goreng ko.. nasi goreng ko.. cuma siap2 kan bahan yo.. ok kak.. sok den balik.. den nak makan mee kari kak tau.. den tuntut nie ahh

jane said...

sedapnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!

Monkey D Luffy said...

semua boleh belahar

Ungku Nor said...

kak, pagi tadi saya masak mihun goreng untuk sarapan..
tengahari karang nak kena masak ikan bawal sweet sour..huhuhu

sape kata masak ni tak penat, kan kak?

kakpah said...

ina, perempuan dan dapur taak dapaat dipisahkan. macamlah jugak macam irama dan lagu he..he..
worait.. mee kari satuu!!

jane, bruppp.....

kapten, bole//bole.. problemo.

ungku, ponek.. mano boleh tak ponek. Makan pun ponek gak. Ponek ngunyah..

yuyee cap limau said...

kak pah sodep eh..paberet kita masak lomak la..xkira lomak apa pon..badan pon dah berlemak nie..huhu

Yunus Badawi said...

kakpah takkan nak panggil acik aje. Den ni jomput le sekali.

kalau masak ayam pastikan panggil kts sekali sbb dia tak makan ayam. Dia boleh tolong basuh pinggan hehehe

kakpah said...

yuyee, memang tak leh amalkan makan bolomak bayak-banyak. badan naik lomak.

YB, nko pun kakpah panggil jugak tapi nko tak denga kot he..he..

F A R Y N said...

kak...aku pemalas nak masak...nanti nak kawen..nak cari laki pandai masak la...hahahahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...