Mata sakit
Bila tengok perempuan memakai pakaian menjolok mata. Tambah sakit pula bila yang memakai itu mempunyai pinggang yang terlebih lemak tetapi masih mahu menayangkannya kepada orang ramai. Suami selalu menjuihkan bibir,
"Tengoklah tu ha. Kok cantik pulak tu."
Aku lagi la tak berselera nak tengok sebab mata dah sakit.
Bila kadang-kadang aku naik commuter aku melihat anak-anak muda yang berpasangan ini tidak segan silu bercengkerama. Dah lah aku berdiri tak dapat tempat duduk, mereka pula enak-enak bermesra-mesraan tanpa segan silu. Bila mata aku dah sakit mulut aku dah tak boleh duduk diam.
"Sakitnya mata aku" Aku luahkan fikiranku tetapi budak dua ekor itu buat-buat tak dengar.
"Awak ni orang Melayu kan? Islam ke. Tak malu ke buat perangai tak elok ni depan orang ramai. Kesian kat mak bapak awak tau!!!!!" Aku jerkah je bersahaja. Orang tepi-tepi tu tengok aku tak peduli. Kalau budak tu nak malu pun aku peduli apa. Diorang berpegang-pegang, bercuit-cuit, cium-cium lengan, tak malu ke. Lagi besar malu tu.
Aku tengok yang lelaki merenung aku. Dia ingat aku takut ke. Kurang asam punya budak. Aku tenung dia balik. Aku besar-besarkan biji mata aku. Lama-lama dia tunduk mengalah. Padan muka. Dengan aku pulak nak tunjuk samseng. Lepas tu aku tengok diorang duduk je diam-diam tak bercakap apa-apa dan aktiviti sebelumnya terbantut begitu saja sampaikan henfon dia berdering pun dia tak angkat.
Bila ada jiran yang sengaja melonggokan sampah di tepi pagar berdekatan dengan rumah. Dan sampah itu pula makin lama makin tinggi makin lama makin tinggi. Memanglah ada lori yang datang mengangkat buangan dahan-dahan pokok ni tapi dua tiga bulan baru datang. Sementara nak datang tu mata aku dah sakit yang teramat sangat.
Aduh, nak komplen kang, jiran (ni jiran tadika lah ni). Pokok rambutan dia tu bila berbuah tak de pula nak mengofer kat kita. Bila mencantas dahan-dahan yang tak elok tu, tahu pula nak bagi kat tempat kita. Memanglah sakit mata.
Bila tadi di pekan kuala pilah aku nampak ada seorang budak perempuan yang masih berbaju sekolah berjalan berpegangan tangan dengan seorang budak lelaki. Aku rasa umur mereka masih di dalam awal belasan tahun. Umur baru setahun jagung dah pandai pegang-pegang tangan macam tu.
Sakit mata aku. Daripada mata aku terus sakit, baik aku pergi makan cendol. Petang tadi aku makan cendol asli kuala pilah. Sodaaaappp....
Sakit mata.
Dah dua minggu mata kucing aku si jordan sakit. Pergi kelinik kena cucuk dua jarum tapi masih juga belum sembuh. Kesian pulak aku tengok. Nak letak gambar dia, entah kemana pula dia merayap.
Sekian.
19 comments:
den pun sakit mato kak. sakit mato + sakit ati donga ko makan cendol pilah. osah sodap eh kan??? kosong pun totap mabeles...
ish.. sy pn sakit mato maco eh ni. cubo la kakpah tepek gamba cendol asli pilah tu.... kurang sikit sakit mato ni...
ceh.. ingek an sy yg first... goman eh tijah potong tang kona.. hampeh..
hehehehehe...
aku skt mata bila mkn ayam..
rupanya ko lg byk alergiknye ye kak...
meowww... meowww...
hah.. tu kucing dah balik...
apa lagi, snap la gmbr...
adoiii... glamer kucing :D
jaman skrg ni kak...sakit mata bkn sbb virus je...huhuhu
tijah, hmm.. sodap eh. siap bungkuih bawak balik lai jah oi. slrupp...
kakngah, lupo lak nak amek gamba. kau bayagkan jo lah.
kts, macam-macam aku alergik nih. Tengok gambar ko tu pun aku dah sakit mata gak.
meow..meow.. mana si jordan ni tak balik-balik. pergi mengawan ke apa.
lilies, begitu e nampak nya..
Memang saya pun sakit mata melihat orang2 yang memakai baju j=kurang kain...sendat...dan ada benjolan2 lemak terkeluar...dengan g-string yang terkeluar macam saja nak menayang...
anie, kpah pun tak paham kenapa mesti nak tunjuk-tunjuk. eee....
Kita yang malu...
sedang mereka....
seperti tiada kemaluan....
Ooooopsss!!!
elok tu kak pah:tegur menegur itu membina insan.tegur tegurlah saya kalau tulisan saya menyolok mata,tegur tegurlah saya kalau mesej saya keterlaluan, tegur tegurlah saya kalau saya tersimpang.
Mmg sakit mato tuh kak.. kono pakai spek mato tobal sikit lah kak hehehe ;)
ciklah, hik..hik.. malu lak aku hik..
azani, he.. kpah ni kekadang je berani negur orang ni. Banyak masanya kpah "lantak korang"kan je.
ina, tu la pasal. Tapi takkan asek pakai spek toba yo kan.
ciklah, hik..hik.. malu lak aku hik..
azani, he.. kpah ni kekadang je berani negur orang ni. Banyak masanya kpah "lantak korang"kan je.
ina, tu la pasal. Tapi takkan asek pakai spek toba yo kan.
aduyai...
sakit mata juga kadang2 kalau tengok...-_-"
cendol...nak~
kalo nak tgk mcm2 drama selalu-selalulah naik kenderaan awam.
zara, mintak maap. cendol dah habis geh..ngeh..
juliet, tu yang malas naik komuter tu esp masa time penuh orang. Dah lah tak duduk, mata sakit plak..
Mata sakit takpe, jangan hati sakit. he he...
Nak hilangkan sakit2 tu jom lah join kita orang kat the curve this saturday... Boleh sembang2...
Nong, Saturday ni? Nanti kpah bagitau nak join ke tak.
bagusnya kalau byk org amal tenung2 mcm kak pah wat tuh..br lah budak2 tak berani menggatal suka ati, haduii la dak sekarang..
Post a Comment