Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, April 24, 2009

PENING PENING LALAT

Pening. Satu perkataan yang pendek tetapi mempunyai makna yang pelbagai.


"Kepala aku ni tetiba pulak pening" sambil memicit-micit dahi.
"Makan je panadol" kawan kita memberi saranan.

Pening tersebut menunjukkan sakit kepala yang mungkin disebabkan oleh cuaca panas, ketegangan, terlalu banyak berfikir dan sebagainya. Selalunya ia akan beransur pulih bila kita makan panadol ataupun berehat seketika.




"Pening aku tengok perangai kau ni lah"

Pening ini pula lebih kepada fikiran yang berserabut terutamanya apabila melihat sesuatu yang tidak disukai atau yang tidak kita perkenan. Bila kita tengok di atas meja kita melambak dengan fail-fail yang mesti kita siapkan, kita pening juga. Pening yang ini tak perlulah makan panadol. Membazir saja.





"Kau tengoklah budak tu. Pening ke hapa" kita tujukan percakapan ini untuk seseorang sambil memutar-mutarkan jari telunjuk di sisi kepala kita.

Pening yang ini pula merujuk kepada orang yang tidak berapa benar atau tidak berapa cukup. Istilah lain, ada skru yang longgar di kepala orang itu. Pening yang ini juga tidak perlukan panadol.





Pening.
Apasal anda ingat aku tengah pening. Aku tak pening. Pening lalat pun tidak. Anda pandai je nak speku kan. Aku siap pergi tesco lagi tadi. Beli barang tiga trolley lagi tu. Seperti biasa trolley tu yang berjalan senget macam ketam dan menyusahkan aku memegang stereng. Mungkin betul jugak cakap acik haritu. Mungkin akulah penyebab trolley tu semua jalan senget macam tu sebab terlebih muatan ha..ha..


Taklah. Aku tak pening. Aku tengah bergembira sekarang ni. Gembira sebab aku mendapat satu anugerah yang tidak ternilai. Muhammad Faris Hafizin, uwan sayang kamu.

24 comments:

NouroulSuhaimi said...

haa.. ingatkan nandong tadi.
naseb baca sampai abes... :)

ibundo said...

cok, weh.. jaga sikit mulut tu kalau taknak kena cili api..hikhik...

NouroulSuhaimi said...

ampon kak...
ampon....

julietchun said...

Uwan pening kepala bila bayar rega brg utk 3 trolly. Walaupun trolly tu jln btl tapi uwan rasa senget jek,kekekeke.

ASH said...

Uwe rela dan tak pening membawa 3 troley penuh dengan DIAPERS ini...duhai Faris, cucu UWE..
he he he

ibundo said...

juliet, tak poning kopalo uwan do

ibundo said...

ashley, diapers makbapak beli sendiri, hehe..

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kak pah..
tiap tiap minggu pergi Tesco beli sampai 3 troley...mk oii..banyak tu..apo ko boli bebanyak tu kak..ramai ke yang datang kek umah tu..ni baru poning den ni..panadol active 2 bijik bak sini aar..

kuIna said...

sy tak penin baca en3 nie
tp sy tgh sakit kepala..
uwa...

iina said...

Datin uwan Pah.. ecehh cam glemer jek panggil gitu.. okay kak.. cian akak yo tiap kali poei tesco yo musti senget troli.. keno ajak bodyguard kot kak tolg tolak troli.. tesco belum ada shopping online lagik kan.. idak leh yo akak shopping online teus dia htr kek umah lagik sonang tak yah poning2 doh.. kek sini selalu kami buat camtu yo.. pilih2 brg online pehtu tau2 smpi yo kek umah.. by jelah harga delivery dia.. samo yo kalau p sendiri.. tmbg gik nk angkut brg berat2 gik.. lagik payah ;)

Yunus Badawi said...

sampai 3 trolley? Muat ke kat bonet kereta?

Mak Su said...

oh... kerana cucu :)

biarlah pening, asalkan ada cucu buat penghibur hati uwan :)

lupekanje said...

ammmmmmvooiii...tk habih2 lagi sonok dia dapat cucu..
buat org jeles je..

iskk...biler la pulak acik nak dpt cucu...

tingin gakkk..ado cucu cam kpahhhh...

ibundo said...

ezza, kau tak tau, tesco tu kayo sobab kakpah customer totap. haha.. boli bertrolley sobab anak-anak ramai. bukan anak dan cucu sondiri tapi anak-anak orang he..he..

kulna, bik amek panadol dua bijik.

ina, tesco takdo on line. Kok ado kan sonang. takyah poi tiap-tiap minggu.

YB, Empat lima trolley pun boleh muat. Unser beb...

Maksu, sokarang ni tak poning lah maksu. Tak tau la setaun duo lagi.

acik, eeee.... sonok e cik. Acik tunggu jo lah. mehlah datang umah kakpah cik.

aNIe said...

Heheheh..ingatkan pening ada apa2 ke...huhuhuh...rupa2nya org tgh bergembira dpt cucu...

Anonymous said...

Saya pun teringin nak bercucu gak...Ahaks...

Amik cucu angkat boleh ke??Bukan apa, Nak merasa bawak 3 troly...heheheh

ibundo said...

anie, jangan sangka pening yang bukan-bukan. Dah tutup kedai dah ni.

aryani, kat tadika kpah banyak yang rela hati untuk diangkat-angkat.

Normi Hj Mat Yusof said...

salam kenal kak pah....suka bc blog akak, lawak....buat saya senyum.saya add link dlm blog saya ya. jemput dtg ; keranakitahambanya.blogspot.com
tadika aulad tu akak punya ke? saya pun minat nak buka taska.

Tijah said...

kak pah. jgn teragak2 lagi kak. cili jer molot cok tu. tak cukup? meh sey ado stok dah siap blend lagi nih...

*sila baca dgn nada menghasut. wakakkakak!!!!

ibundo said...

normi, salam. insyaallah..nanti kakpah datang.

tijah, haha.. kau donga tu cok. tjah nak tambah lagi cili tu sebab dia banyak stok.
Ceret kau dah elok ko...

Kapten Luffy said...

aku plak yg pening ;p

ibundo said...

kapten. haha..

aza ni said...

kakpah:
Selamat menyambut cucu yang terbaru,

alah busyuk masyam masyin, meh sini wan timang,ag gak gak gak aummchak , aummchak.

ibundo said...

azani, tq. pandai ko ngagah budak ye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...