Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, April 25, 2009

Perasan Dah Betul

Pagi tadi pergi dengar ceramah haji di masjid Hasanah. Mana tahu tahun ni nama naik. Bila ustaz tu menyentuh tentang miqat aku teringat pada Masjid Jaaranah.

Sekarang masjid Jaaranah sudah berubah rupa. Sudah dibesarkan dan cantik. Tandas dan tempat mengambil wudhu' juga sudah berderet. Jauh berbeza daripada sebelumnya.

Dulu semasa pertama kali aku menjejakkan kaki ke tanah suci bersama emak dan abah, di masjid itu masih ada perigi. Para jemaah sering mengambil air dari perigi ini samaada untuk dibuat minum ataupun untuk tujuan lain. Ada juga aku dengar bahawa air perigi di masjid Jaaranah boleh menyembuhkan penyakit ataupun menerangkan hati-hati yang gelap.

Betul atau tidak, pikir-pikirlah sendiri tetapi ada papantanda di situ mengatakan yang air perigi itu tidak ada bezanya dengan air di tempat lain.

Lebih kurang tiga empat tahun dulu, papan tanda ini masih terpacak di tepi masjid Jaaranah tetapi diturunkan bila masjid diubahsuai.

Kami ketawa berdekah-dekah apabila membaca tulisan di papantanda ini. Nasib baik sempat mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Mungkin ada di antara anda yang sempat melihatnya semasa berkunjung ke sana. Mungkin ada juga yang tidak sempat melihatnya.


Walau apa-apapun, bacalah sebagai hiburan pada sabtu ini.........
Pak-pak Arab ni main bantai je bila menulis. Tak ada yang nak mengedit. Perasan dah cukup betul dah tu...

9 comments:

julietchun said...

Nasib baik tulisannya cantik,kekekke.

lupekanje said...

janji paham kan....?? tk per..niat pak arab tu dah betul...segi komunikasi dah betul...info dari sumber kepada audiens...difahami..da dpt pahala kat diorg tu sbb niat mahu mengingatkan....heheh
cucu sihat arini? kim salam kat cucu ye..

ASH said...

Yang membacanya pandai ketawa jer..
KENAPA la tak dibetulkan GRAMMARnyer??

make the water face up little bit laaa..he he he

Ms.Lilies said...

hahaha....janji msg sampai ye dak

ibundo said...

juliet, cantik ke. tak perasan plak.

acik, haah, info sampai. cuma nak tegelak je

ibundo said...

ashley, bia bebenau. tak pasal-pasal je kena pelempang arab.

lilies, kira okay la ye tak

Nizam.Ariff said...

Bila la agak nya aku nak jejak ke sana...

Kalau nak kata tak sampai seru lagi, Nabi Ibrahim dah seru lama dah...

aNIe said...

Heheheh...kalau tak baca apa yang kak Pah tulis...memang le tak paham apa yang diorang tulis...

Memang dah perasan betul dah tu...

ibundo said...

nizam, niat tu penting. pasang iat yag kau akan ke sana. insyaallah Dia akan lorongkan jalan.

Anie, tu lah pasal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...