Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, April 1, 2009

Perempuan Yang Bengang

salam.

"Prrraaangggggggggggggg.........."
Bergegar isi bumi. Gelap. Seisi keluarga masih dipertengahan solat maghrib.

"On kan balik main switch" ayah memberi arahan selesai solat. Adik terlompat-lompat menaikkan balik switch yang dah turun. Kuat sungguh petir petang itu.

Seperti biasa sebelum melabuhkan tirai malam, aku ke laptop.

"Eh, apasal tak boleh dapat line ni"

"Tak dapat line? Cuba tengok wire tu connect betul ke tak?" suami.

Aku menggodek-godek wayar. Cuba lagi. tak dapat jugak. Cuba lagi sebab tak mahu cepat mengalah. Tapi tak dapat jugak.

"Lampu modem ni tak menyala satu la. Alamak, rosak la ni kena petir tadi" Aku merungut-rungut.

Begitulah ceritanya kenapa aku lama tak update. Semalam suami beli modem tapi tak boleh sambung juga sebab aku buta IT. Suami aku pun. Kami ingat, beli, pasang, terus dapat line.

"Mak, apasal lama tak update blog." Kirin sms petang semalam.

"Rosak kena petir. Ayah dah beli yang baru tapi tak boleh dapat jugak"

"La, mak kena pegi kat web prolink register dulu."

"Mana mak tau"

"Mak ambik nombor dia kat instructions dalam kotak dia tu, pas tu mak enter la"

Dah aku memang tak reti apa-apa. Aku tahu menekan huruf-huruf kat keyboard je. Lepas tu pulak keyboard aku pun dah rosak sebab asek kena tekan je. Kena pakai keyboard lain. Ishh.. leceh betullah. Pergi kedai order keyboard baru. Bila dah sampai dan gantikan keyboard yang rosak ni, masih tak boleh detect juga. Budak tu kata bukan masalah keyboard. Masalah plate dia pulak. Nak betulkan dia kata kena 700 ringgit. Mahalnya. Aku dahlah bengang modem rosak kena petir.

"Mak dah dapat masuk web dia ke belum"

"Dah, tapi nakkan id dan password"

"Mak masukkan id ni. Eh, tapi password lupa lah. Mak cuba-cuba je lah password yang ni..."

Dah la aku bengang. Si Kirin ni buat aku bengang lagi. Cuba tak dapat. Cuba lagi tak dapat jugak. Lama-lama aku giveup.

"Awak balik la besok tolong mak buat ni"

"Kirin besok ada kelas"

Hmmmmmmmmmmm.........

Begitulah ceritanya kenapa aku tak update.

"Aku pakai celcom broadband. Senang." Cakap kawan aku bila aku merungut pasal aku tak boleh main tenet.

"Engkau senanglah cakap macam tu. Engkau je yang pakai. Aku ni satu rumah pakai internet. Kena pakai modem dan router sekali harung"



Itupun tak cukup lagi satu port he..he..

Begitulah ceritanya kenapa aku tak update.

Nasib baik Basyir masih tak lupa password. Petang tadi dia dah connectkan line. Dan pada kesempatan ini, aku pun mengetuk jari-jariku semula.

Salam.

9 comments:

iina said...

kalau nak lagik senang kak guna wireless jek lagik senang kek mano2 keliling umah punleh pakai internet.. nak duduk kek luar umah minum petang smbil layan internet pun leh ;).. selamat berblog yo kak

kakpah said...

ina, dah pakai dah wireless. Tapi memasing komplen selalu putus-putus.

Nizam.Ariff said...

Hidup Kakpah! Hidup kakpah! Hidup Kakpah!.. Merdeka! Merdeka! Merdeka!...

Lepas ni, boleh le cerita panjang-panjang lagi yek. Aku rasa, entry 'Patah Kaki' boleh dipakai untuk 'tak boleh berblog' jugak kut?

Mak Su said...

uuiii, payahnya

ashley said...

Psssst..
agak agaknya SIAPA lah KAWAN nya yang PAKAI CELCOM BROADBAND tu ye???
he he he..
Kita gi Pahang jalan jalan makan angin pun boleh UPDATE BLOG tau..
oh ye..dah azan Maghrib..solat dulu!!

Tijah said...

osah gindu eh nak berkela'i mo k.pah hah....mo start blk!!

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kak pah
lain kali kalau potir dan kilat tu..tarik wayar talipn tu dari moderm tu...arus letrik potir tu ikut wayar tu...

kat rumah saya ni pun macam kodai cc gak aah..tapi idak lak putus putus line dio..akak pakai pakai router cap ayam ko...den punyo cap burung..tu yang dok torbang jo..

kakpah said...

nizam, memang patah kaki akak.

maksu, hehe...

ashley, aku nak pakai celcom broadband gak ar. Pakai sengsorang je.

tijah, memang gindu nak tarik rambut mo kau jah.

ezza, tu la pasal. lupo pulak nak cabut masa ujan tu.

lupekanje said...

sruper mcm port kat umah acik...berselirat biler diorg balik coti...
dulu acik mang asik kejer tukar modem je...tapi sejak guna streamyx ni, belum lagi rosak..memintak idakler rosak...meroyan gak aku nanti cam kpah...hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...