Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, April 5, 2009

SEMALAM DAN HARI INI

Semalam.

Aku ke melaka lagi. Anak buah aku, anak kepada adik ipar aku melangsungkan perkahwinannya. Adik ipar aku ni yang ada iras-iras hema malini (jangan perasan makngah) umurnya lebih tua dua tiga tahun daripada aku tapi oleh sebab aku berkahwin dengan abang longnya, maka jadilah aku kaklong. Dia pula berkahwin dengan orang yang ada iras-iras rajanikanth dan tak hairanlah anak buah aku ini wajahnya macam kajol lebih kurang. Tak percaya? layan gambar.

plus








equals

















Tukang masak dah ditempah. Aku datang melenggang kangkung tak tahu nak buat apa. Jengah kat dapur tengok diorang tengah buat lauk pengantin. Dulu-dulu memanglah aku ada minat juga membuat gubahan lauk pengantin. Aku suka benda-benda yang kreatif. Menggubah lauk pengantin perlukan daya kreativiti. Tapi dah lama dah aku tinggalkan buat kerja tu sebab kerja tadika aku pun aku tak terlayan. Setakat nak tunjuk bakat semula jadi, bolehlah tapi aku tak nak lah menunjuk pandai pulak. Jadi, aku melangok je tengok apa masterpiece yang diorang nak buat.

"Hah..meh sini tolong cucuk udang ni..."

Dari mencangkung aku duduk bersila. Betul-betul depan besen udang yang telah siap digoreng. Diorang kata satu lidi cucuk empat ekor. Aku cucuk. Kalau dalam acara sukan tadika aulad nanti ada acara cucuk manik, aku cucuk udang dengan lidi. Sampaikan jari telunjuk aku pun kena cucuk jugak. Dengan duri udang. Kadang-kadang tercucuk dengan lidi.





"Ala kesiannya....." kata laki aku macam tak ikhlas je bunyiya bila aku menunjukkan jari aku yang dah hampir hancur (hehe..)


"Kak, abang panggil makan" Adik ipar aku Acik datang memanggil aku.

"Err.... berenti jap le ye. Perut dah lapau dah ni. Kite makan dulu le ye...." Sebenaunye jari aku dah pedih dan tengah nak mereka alasan untuk berhenti. Nasib baik kau datang cik.

Lembu tumbang sekor. Daging lembu diorang masak kari dan asam pedas. Aku ambik daging asam pedas. Meleleh air hidung. Kena pulak hari panas dan kipas yang dipasang kat kemah macam tak terasa apa-apa. Angin pulak tak bertiup sikit pun. Panas-panas pun habis nasik sepinggan, tapai sebungkus, kuih bingka seketul.

"Syakira, mana kau ambek karipap tu. Ambikkan maklong satu!!" Ceh.. panas-panas ni selera sedap je. Agaknya usus kembang kot.

Lepas makan aku masuk balik ke dapur. Kerja-kerja kat dapur dah hampir selesai. Nurul merungut sebab buah-buahan tak digubah dengan cantik. Okay.. okay.. ketepi.. maklong kau ni buatkan. Aku keluarkan balik semua buah-buah yang telah dipotong herot berot itu dan menyusunnya ala kadar. Cantiklah juga kalau nak dibandingkan dengan yang memula.

Tapi tengahari tu TNB melaka pulak buat hal. Dah lah panas, tetiba je pulak tak ada letrik. Semua orang dah berpeluh tahap gaban. Panas-panas macam tu terasa nak terjun dalam sungai je la pulak. Aku kesian kat pengantin je. Peluh yang mengalir tak tahu lah banyak mana agaknya tapi aku tengok puas jugalah mak andam tu menghayun kipas.


Agak-agak lepas zohor letrik pulih semula dan tak lama lepas tu pengantin lelaki pun sampai. Aku terlari-lari ambil gambar. Dalam kepala, blog..blog..




Sebelah petangnya, kami ke medan ikan bakar. Kalau dah ke Melaka memang tak sahlah kalau tak makan ikan bakau...........


Pemandangan pada waktu petang di Serkam pantai. Kami di sini sehingga maghrib dan solat di surau yang disediakan. Sampai di bangi semula dalam jam sebelas tapi masih sempat lawat blog kawan.

Hari ini

Pagi-pagi lagi dah bersiap untuk ke stadium seksyen 15. Hari ini ada sukan juga tapi sukan pasti. Aku membantu menyusun-nyusun hadiah dan menjadi photographer tak bertauliah. Meh lah tengok gambar-gambar sukan tadi.




Gambar-di atas adalah di antara acara yang dijalankan. Meriah juga walaupun kami berpeluh-peluh kepanasan. Agak-agak turun lemak-lemak sekilo. Lepas tu makan nasik lemak naik balik sekilo setengah ha..ha..


Gambar bawah ni dua orang makcik blogger sedang berlawan dalam acara petugas.

Siapa menang? Ashley menang nombor satu (Eh..hang tak main tipuuu kan!!!!) dan aku nombor dua he..he..

Dan yang paling tak puas hati, depa anak beranak ni bolot hadiah bukan main banyak. Cabutan 'rezki siapa' semua dapat kat kroni dia je. Aku tak dapat pape pun!!!!

12 comments:

kakngah said...

daging asam podeh.. sodap eh lak aii..
sape ckp kakpah xdpt pape.. dpat bahan blog aper....

ibundo said...

kakngah, sodap kakngah oi...... lombu baru somoleh lagi tu..

lupekanje said...

tgk gaya ashley tu mmg tk tahan...memang gaya untuk membesar bagai johan tuh...hehehhe..
kak pah kener prektis lebih, baru blh menang...
ni asik makan nasik lomak yo...mano tk naek lomak eehh...

Yunus Badawi said...

Selalu betul kakpah pergi ikan bakau Serkam dah ada buku 555 la tu. Lain kali kalau saya ke sana, saya suruh tuan kedai tu cas kat akaun kakpah aje lah ya hehehe

Nizam.Ariff said...

Kenduri kawen tu kat mane? Macam kat felda je...

ibundo said...

acik, botul la cik. makan ikan baka somalam ado nasik lomak. maso sukan tadi pun makan nasi lomak. patutlah tak monang. tapi kpah tengok si ashley tu pun makan nasi lomak gak tadi.

YB, tak mainla buku 3 5. Tapi kalau nak kpah belanja boleh gak. Makan la puas-puas..kpah belanja tapi bayau sendiri ye.

nizam, kenduri tu kat tiang dua. Ulang balik, TIANG DUA, hehe..

ASH said...

ketepi..ketepi..
Ni ape sebut nama aku ni.
Tersedak den tongah makan nasi lomak ni..
sampai ke malam..

oooppss lupo lak den ni orang PERAK...

yeahhh BESAR BAGAI JOHAN...
ha ha ha.
alahai comei pulak gambo aku tu..
(PERASAN)

ibundo said...

ashley. jangan terperasan. engkau tak tau ke aku tengah ngutuk engkau ni he..he..

Tijah said...

capo yg pakai baju cekelet tu? buleh bekonalan?? hikhik

ibundo said...

tijah, hik..hik..hik..

keireen said...

mak..yg terlari2 amik gambo sampai ketiak basah2 tuh bukan kirin ke? kekekekkeke

iina said...

wah kak meriah acara hari sukan tuh.. aksi si tudung coklat tuh bersungguh-sungguh ler ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...