Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, April 16, 2009

Sila Dengar Baik-Baik.

"Oi pak Aji, betulkan pagar ke!!"

"Ha? Sapa yang kena langgar. Kat mana. Teruk ke!!"

Lain yang orang cakap lain pula yang dia dengar. Kalau ada adegan pekak badak seperti ini di kaca tv mesti ada orang yang mengekek-ngekek ketawa. Kesian dia. Dahlah pekak, dibadakkan pula.


Di alam realiti berapa kerapkah anda bertemu dengan orang seperti ini. Mungkin selalu. Mungkin kadang-kadang. Mungkin tak pernah langsung.


Untuk orang yang ada sound problem ini, kita mempunyai perasaan yang berbeda-beda terhadap mereka. Ada kalanya kita rasa simpati. Ada kalanya kita rasa lucu dan menjadikannya satu bahan ketawa. Ada kalanya pula kira rasa geram kerana orang yang kita lawan bercakap itu tidak dapat mendengar dengan betul apa yang kita katakan.


Satu tengahari aku memberitahu bibik.

"Siti, petang ni tak payah masak nasi. Aku nak buat meehun sup"

"Ya buk!!"

Tentu ramai yang berkata beruntungnya kakpah dapat bibik yang "ya buk.. ya buk.." gitu.
Bila aku masuk ke dapur selepas asar aku lihat ada periuk tengah terjerang di atas tungku. Aku jengah isinya.

"La.. apasal masak bubur pulak ni!!"

"Kan tadi ibu yang suruh masak bubur"

pek..pek..pek.. aku menepuk dahi. Bila masa pulak aku suruh masak bubur. Aku rasa aku cakap yang aku nak masak meehun sup. Aduh.... ni kes sound problem ke kes IQ problem ni. Tolong bagi habaq sat.

20 comments:

kakngah said...

meehun sup translet ke base endon = bubur
ya bukkkkkk......

kak ina kl said...

salam..seronok baca celoteh kamu..dulu akak pernah jugak mengajar tabika perpaduan..seronok ada...geram ada..penat pun ada...

xiiinam said...

Errrr...dia masak bubur bihun?

Eh...Apasal aku pulak yabng badak ni...Muehehehe



Kesiaaaaaaaaaaaaan badak, jadi mangasa. Ha..ha..

AZANI said...

kakpah cakap laju kot, bik...sup, jadi bubur...kah kah kah.

Hamirdin b Ithnin said...

pek...pek...pek...

ingatkan berak.....

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kak pah
lain cakap omputih je la...payah nak bercakap ngan orang macam ni..anak saya kalau tak faham apa saya cakap..saya bantai cakap minang jer...terpinga pinga diorang!

jane said...

salam kakpah,

haha...aritu dia salah dengar jugak masa angkat phone kan ? pekak lah kut, kak!!!!

julietchun said...

mihunsup tu bila masuk dlm periuk dia bertukar jadi bubur,kekkeeke.

dcrysz said...

kak... resepi baru kot....
mee hun + bubur sup...kekekeke

Ms.Lilies said...

adoi....nak marah pun piuk dah tenggek ye kak

ashley said...

Kalau aku, aku bedal jer..
bihun sup ker..
bubur lambuk ker..
bubur nasi ke..
BUBUR BIHUN SUP ke..

janji KONYANG!..tak kebulur..
he he he

kakpah said...

kakngah, sabau je la aku ni.

ina kl, salam jugak. hehe.. seronok bergaul dengan bebudak ni. macam-macam ilmu kita dapat. Bukan kita je yang bagi ilmu kat diorang.

cklah, apakata kata kita tukar jadi pekak sumbu Agak-agak cikgu BM boleh terima tak..ngeh..ngeh..

azani, akak cakap slow je.. macam siput jalan.

kakpah said...

ezza, kakpah cakap omputih lagi la tak jalan.......

jane, hahaha... memang dia ada pekak sikit. Kadang-kadang panggil dua tiga kali baru dia menyahut.

juliet, eee memandai la ko. Tak rela aku nak makan.

dcrysz, eh.. sedap ke cam tu. Lupa pulak nak cuba masuk mihun ekeke..

Lilies, Haritu memang tak buat mihun pun. Sebab dah tenggek bubur, kpah masak je lah sup buat kuahnya. Makanlah bubur sup. Sedap gak, tabur dengan ayam racik-racik, daun sup, bawang goreng, telur asin sikit dan sambal belacan. Liciiinnn....

Ashley, memang kitorang bedal. Takkan nak bazir lak keh..keh..

aNIe said...

Hehehe...teruk betul pekaknya tu...kalau dibuatnya lebih kurang aje dengan bunyi yang kita suruh takpe...di jauh panggang dari api...bihun sup dengan bubur...jauh tu...

Yunus Badawi said...

Apakata kakpah hantar dia buat pemeriksaan pendengaranlah kalau nak tahu.

Monkey D Luffy said...

layan ajalah bubur tu buk! ;p

kakpah said...

anie, hehe.. tu yang tak boleh tahan tu.

YB, pekak dia dia ni ada masa-masa. Kalau tengah ada problem kat kampung masa tu memang dia selalu pekak. Agaknya terlebih mengelamaun..

monkey d luffy,memang la aku terpaksa layan ngeh.ngeh

lupekanje said...

kpah..gi antar dia kusus bahasa ye kpahhh...tak pun kpah lah gi kursus bahasa dia....hahahaha..
klu dalam bidang komunikasi, perkara sedemikian dinamakan komunikasi silang budaya...
Ianya berlaku dik kerana miscommunication kerana berlainan budaya.

Dalam konteks antara budaya, komunikasi dipengaruhi oleh faktor antara perseorangan dan budaya. Komunikasi berkesan adalah proses mengurangkan salah faham. Selain dari itu dalam konteks antara budaya, komunikasi menggunakan skrip tidak berkesan. Kita perlu mendengar perbincangan bagi meramal dan menerangkan perlakuan.- -Dr. Narimah Ismail

Ok..acik quote tuh utk tambahan info tentang permasalahan berbahasa dengan seorang yang datang dari budaya yang berlainan.
Huraiannya..
makanyaa..ibuk perlu memberi arahan yang terang dan jelas gituk...kalu mahu ianya tepat...wajarnya ada pertentangan mata ketika memberikan arahan...jangan hanya dijeritkan dari kejauhan! Tatap wajahnya, untuk pastikan bahawa dia bener2 fahammm..airmukanya mungkin meyatakan bahawa dia seolah2 faham...tetapi hasilnya, belum tentu ya bukk...apa kata kalu ibuk tunjukkan gambar mee sop itu sekali ketika mengarahkan beliau mengerjakannya....okeh...
hehehe...

Sekian.

Mak Su said...

kah kah kah.....sabo jer lah. sedap gaks tu.

kakpah said...

acik, wah panjang leba komen kau cik. Yo lah, len kali nak kono cakap eye to eye lah ni mo dio. Hmm alahai.. nak kono carik gamba mo bagai lak yo. ishh.. susah-susah, masak yo lah bubur tu wakaka...

maksu, dah sabo la ni..hiks..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...