Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, April 6, 2009

Tidak Adakah Penyesalan?

Petang itu aku diberitahu yang dia (biarlah aku namakannya ujang) dimasukkan ke hospital dan anak-anaknya tengah menguruskan pemindahannya ke hospital universiti. Aku menerima khabar itu dengan rasa agak simpati. Maknanya bukan bersimpati sepenuhnya kerana dalam hati ini masih ada perasaan mahu 'memadankan mukanya'.


Ujang sudah berumur 64 tahun tetapi entah apa dosanya dia sering disalah anggap sebagai anak kepada bapanya sendiri. Bertubuh kurus, berkulit hitam, berambut dan berjanggut sejemput yang kesemuanya sudah bertukar putih, menjadikan rupanya seolah-olah seorang datuk yang sudah kerepot. Realitinya memang dia seorang datuk. Datuk kepada beberapa orang cucu yang diberikan oleh anak-anaknya.


Semasa ujang dimasukkan ke hospital dia bersendirian. Tidak ada isteri yang meneman dan tidak juga ada anak-anak yang menguruskan. Kebetulan pula dia hanya ke pusat kesihatan kecil kerana masalah pernafasan dan dari situ dia dikejarkan ke hospital daerah dengan menaiki ambulan kerana masalah pernafasan yang agak kronik. Anak yang satu-satunya tinggal di kampung menghantar sms kepada isteri dan anak-anak yang lain di kl. Nasib baik mereka mahu juga balik menguruskannya.


Isterinya di kl, tinggal bersama anak perempuannya. Aku tidak menyalahkan isterinya kenapa sudah berbulan-bulan tidak mahu tinggal bersamanya di kampung. Hanya sesekali sahaja balik menjengah. Ada juga sesekali aku meluahkan rasa bahawa seorang isteri sepatutnya sentiasa berada di samping suami baik semasa senang ataupun susah. Tetapi seperti yang aku katakan, aku tak dapat nak menyalahkan isterinya seratus peratus kerana salah silap datang dari ujang sendiri. Banyak salahnya. Banyak silapnya.


Dulu ujang seorang askar. Selepas berhenti jadi askar dia balik ke kampung. Dia tidak pula mencari perkerjaan. Kerjanya hanyalah makan tidur makan tidur. Isterinyalah yang berhempas pulas mencari pendapatan untuk membesarkan anak-anak. Bapa ujang memberi modal untuk berniaga. Isterinya jugalah yang berhempas pulas menjalankan perniagaan. Ujang hanya makan tidur makan tidur. Lama-lama perniagaan pun lingkup. Maka terkapai-kapailah isteri dan anak-anaknya mencari duit untuk terus hidup. Nasib baik jugalah ada tempat untuk mengadu. Bapa ujang seorang yang pemurah dan sering memberi wang bila mereka dalam kesempitan. Mungkin ini jugalah yang membuat ujang menjadi mua.


Dipendekkan cerita, ujang tidak berkerja setelah dia berhenti menjadi askar walaupun semasa dia berhenti itu umurnya baru tiga puluhan. Untuk membesarkan anak-anak isterinya terpaksalah berkerja di restoren sebagai tukang masak dan juga berkerja di kantin sekolah. Dapatlah menampung keluarga, membayar bil-bil yang sering tertunggak. Bayaran bulanan rumah yang didudukinya (rumah murah itupun bapanya yang beri) dibiarkan tidak berbayar sehingga tertunggak berbulan-bulan padahal bayarannya tidak sampai seratus ringgit sebulan. Bila datang surat notis berwarna merah dia akan mengadu pada bapanya atau kepada adiknya mengatakan dia tak ada duit untuk membayar hutang tertunggak itu. Bapanya yang kesian akan memberinya wang. Adiknya yang kesihan juga aka memberinya wang. Mungkin sebab itulah dia mua. Tapi kalau tidak diberi, mereka kasihankan anak-anak dan isterinya yang tak bersalah itu.


Perangai buruknya bukan setakat itu sahaja. Orang selalu nampak ujang di kedai nombor ekor. Buat apa di kedai itu tidaklah aku ketahui tetapi bila sudah berada di situ tentulah orang boleh membuat tekaan dan spekulasi. Aku tidaklah berani menuduh kerana aku tidak nampak dengan mata kepala aku sendiri. Aku cuma mendengar kata-kata orang dan antara orang yang berkata itu ialah anaknya sendiri.


Jadi, aku tidaklah menyalahkan isterinya kenapa dia membawa diri ke kuala lumpur di rumah anaknya. Sudah puas dia menanggung biawak hidup sehinggakan badannya pun sakit-sakit kerana sering sangat mengangkat periuk besar yang berat-berat. Kali terakhir aku berjumpa dengannya dia mengadu perutnya sering mengeras. Aku kata pergilah jumpa dengan doktor. Dia memberitahu sudah membuat xray bagai tapi doktor mengatakan tidak ada apa-apa masalah.


Satu perkara yang membuatkan aku mahu 'memadankan muka' ujang ialah hal dia tidak memperdulikan emaknya semasa emaknya masih hidup. Emaknya sakit berbelas tahun dan boleh dikira dengan jari berapa kali saja ujang datang menjenguk. Emaknya sering menyebut-nyebut nama ujang. Maklumlah anak. Walau macamana degil dan jahatnya seorang anak, emak tetap akan tidak melupakannya terutama apabila mengingatkan kembali detik-detik emak itu meneran untuk mengeluarkan anak dari rahimnya. Dia langsung tidak menghiraukan emaknya padahal rumahnya dengan rumah emaknya hanyalah sepuluh minit naik motosikal.


Semasa emaknya di hospital, tidak sekali dia datang menjenguk. Anak apakah itu? Adiknya memerlinya beberapa kali. Mahu dimarah, dia masih terikat dengan rasa hormat kepada seorang abang. Dan seperti biasa ujang akan memberi hujahnya sepertilah dia seorang alim yang maha mengetahui. Lama kelamaan adiknya pun naik bosan dan 'menggasakkannya' saja.


Dikesempatan pada petang itu, aku melawatnya di hospital universiti. Aku melihatnya begitu fragile sekali. Hidungnya diserkup dengan topeng oksigen. Aku lihat dia bernapas dengan susah payah. Dadanya berombak-ombak mencari oksigen. Aku melihatnya dengan mata simpati. Aku teringat akan emak aku yang di akhir-akhir hayatnya terpaksa bergantung kepada bantuan seperti itu. Aku teringat pada pandangan dari mata emak yang merenung aku seolah-olah dia tahu yang waktunya utuk kembali sudah kian hampir. Aku teringat pandangan mata emak yang seolah-olah berkata kenapa anaknya yang seorang itu tidak datang-datang menjenguknya.


Di mata ujang, aku tidak nampak apa-apa.

13 comments:

Tijah said...

what goes around comes around ujang!

julietchun said...

Sebenarnya ramai lagi org yg seperti Ujang di luar sana.

Ms.Lilies said...

tu dia..1 lg kisah benar....skrg semua Tuhan bayar cash...jgnla kita buat tak baik pd org keliling kita kan kak

Kak Ezza@makcik Blogger said...

Hmmm
semoga ada keinsafan dalam diri ujang sebelum mata tertutup rapat...

lupekanje said...

moga Tuhan ampunkan dosa arwah...
segala apa yang berlaku,kita jadikan sempadan agar tidak kita atau keturunan kita ulangi...

iina said...

Setiap perbuatan ada balasannya kan kak.. buruk atau baik.. semoga dia sempat bertaubat harap..

ibundo said...

tijah, well!....

juliet, begitulah nampaknya.

lilies, kita ni takut juga. takut kita terbuat benda yang tak betul. Harap-harap tak lah.

ezza. didoakan begitulah.

acik, acik ni mengelamun lobeh bona. Ceria-ceria cik. ujang tu belum arwah lagi doh.

ina, akak mengharapkan begitu jugak.

ckLah @xiiinam said...

Aku pun rasa nak memadankan muka ujang nih....


kakpah...aku pernah menghadapi isteri yang tinggalkan suami begini. Setelah suami (65 tahun), isteri (58), baru isteri ni berani nekad tinggalkan suaminya....tapi bukan sebab suaminya kaki judi, sebaliknya, sebab suaminya sakit dan tak mampu melayan dia sejak bertahun-tahun....sedang isteri masih bekuasa kuda...5 bulan, barulah aku berjaya membuatkan siisteri ni balik ke rumah si suami. Tapi baru-baru ni dengar, dah berantakan lagi. Lantak koranglah....tak hengen aku nak mengaunseling makcik ni lagi. Macamle ada orang yang nak kat dia...

Nong said...

Harus beringat supaya kita tidak menjadi seperti ujang itu.

Bila usia meningkat, dan badan mula tidak bermaya, ingin juga jika ada orang tersayang yang dapat menemani...

KTS said...

bertambah ramai spesis ujang skrg ni... geruuunnnn

ibundo said...

cklah, haha. nak ketawa lak. spesis bini berkuasa kuda pun ada gak eh..

nong, bila dah tua-tua ni suami isteri saling perlu memerlukan.

kts, aku lagi la geruunn...

lupekanje said...

hahah...nanti dia kan jadik arwah gak kan...muahahaha...jahat acik kan.
komfem acik lalok.....

aNIe said...

Kak Pah...orang kata kehidupan kita umpama roda...hari ni hari orang...hari lain hari kita...hari ini kita buat orang...nanti ALLAH akan memberi balasan pada kita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...