Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, May 17, 2009

ARFAN DA N FARIS

Malam tadi sebelum isya' secara naluri aku menjengah ke muka pintu. Ada kereta berhenti di luar pagar. Dan dua orang kanak-kanak berdiri di depan gate. Suamiku bertanya samada aku ada tusyen. Semalam sabtu. Sabtu aku tak ada tusyen. Suami menyuruh aku memberitahu budak yang datang itu supaya datang hari isnin saja.

Aku perhatikan terus kanak-kanak itu dan baru aku perasan yang ia adalah Arfan anak muridku tahun lepas yang ada aku ceritakan halnya di dalam entry aku sebulan lalu. Aku tekan remote gate dan Arfan masuk tersengih-sengih sambil menghulurkan sejambak bunga yang aku kira dibuatnya sendiri.

"Selamat hari guru ummu" katanya malu-malu.

Aku memeluk dan menciumnya kerana masih mengingati aku dan sanggup merengek ibu bapanya (aku agak) untuk menghantarnya ke rumah aku semata-mata untuk memberi cenderahati itu.


Terima kasih Arfan. Ummu juga sayang Arfan. Jangan lupakan ummu bila sudah menjadi orang yang berjaya. Kek yang Arfan bagi tu sedap. Ibu buat ye...


.........................................

Faris dah makin tembam


Ada yang bertanya bila nak buat kekah faris. Kekah Faris Sabtu 23 mei ni sekali dengan bertunang kakngah. Kawan-kawan yang selalu menjengah di sini kakpah jemput datang memeriahkan majlis. Ada kambing dan ada lembu. Majlis bermula jam 11.30 hari. Makan-makan mula jam 12.00 sampailah lauk habis keh..keh.. Kalau ada yang sudi nak datang, beri confirmation kat ruang komen. Nanti kakpah emailkan alamat. Ni ajak betul betul ni. Bukan ajak-ajak ayam.

17 comments:

lupekanje said...

soooooooo swiiittt Arfan tu... Biasanya, anak2 yg demikian, akan berjaya dalam hidupnya...

Kekah dak Faris??? heheh.. sonok uwan yoo..nnt acik nengok kalendar jap aa...

aNIe said...

Salam Kak Pah...walaupun kak pah tak ngajar Arfan lagi dia masih ingat pada Kak Pah...bertuah kak Pah dpt anak murid yg sedemikian...

Geram tgk pipi Faris...tembam...heheheh...

Majlis kekah...? Hmmm....anie pun nak tgk kalender jap...

Cikgooden said...

baguihnya arfan.....anak sapa la..

ckLah @xiiinam said...

kak Pah...
Aku pun nak peluk cium dari kakpah gak...

Nanti aku datang bawak adiah eikk!!

he..he..

Ummu...gelaran itu pun dah membayangkan seorang cikgu yang penuh kasih keibuan....

ASH said...

InsyaAllah..
Ni kena bawak segala peralatan pisau, chopping board la ni kan?
Lepaih Jumaat kalau aku tak TERLOLAP, aku sampai..
Kalau terlolap alamatnya aku datang SABTU!!

hahaha..

Anonymous said...

Aku selalu datang baca enteri di blog ini. Tapi aku duduk jauh dekat Kola Lepeh, kampung DS Siti Norhaliza.
Maaf le kerana menyebuk.

Tijah said...

nak datang. nak datang. acik tijah bawak porut kosong yo la eh?

Kak Ezza@makcik Blogger said...

boleh datang ke...ingat nak ajak kak nong sekali laa...boleh ke kak?

email saya : az_iz82@yahoo.com

iina said...

Den kim salam dari jauh yolah kak.. kalau dokek insyallah den dtg kalau xdo aral..

semlm berkekah yo kak ;)

ibundo said...

cik, meh lah cik. Tak makan kambing, makan daging lombu.

anie, anie pun meh lah. Bawa keluarga.

Cikgoo, anak raja. Emak dia nama Raja Fazliatun.

cklah, mai lah..

ashley, kau jangan nak buek-buek tidur plak ye..

ibundo said...

alberangque, salam. Takde lah nyibuk. Datanglah selalu.

Tijah, nak datang ko main-main ni. Mehlah. Ajaklah ungku skali.

Ezza, worait. Ajak ong. Nanti kpah emailkan add.

Ina, smalam tu kekah cucu kawan. Kekah Faris 23 mei ni. Kpah hanta bau dah la yo.

Kapten Luffy said...

tahniah cikgu

ASH said...

Kakpah..
tengah tengah Jumaat memang sodap tidur..nak nak pulak time orang baca khutbah kat surau tuu..
Time tu lah ngantuknya Ya Rabbi..

Tak caya tanya Kaum Adam!!
aku numpang dongar jer dari rumah..

Nong said...

Selamat Hari Guru - belated ke? nak buat kenduri Aqiqah cucu ke tu... Kalau nong ada di KL nak jugak pergi makan kenduri...

ibundo said...

kapten, tenkiu

ashley, hmmm.. tu memang dah tau dah. kalau tak takkan ramai yang buat pilihan pegi merayau kat soping komplek. Ngantuk wo dengau kutbah ni.
ong, meh lah datang. Ezza tengah cari kawan tu.

Unknown said...

slm...saya mintak maaf ,,,xdan nak buat rumusan pasal komen2 mengenai hari ibu tu...lagi pun saya dah nk habis praktikal nie,,maklum lah sibuk ckit time cmnie...,,,,insyaAllah skit masa lg saya akan buat rumusan mengenai isu itu...tq

sakurasa 2 said...

KakPah
"Selamat Hari Guru"
woo tembamnya pipi Faris
sayang sakura tak dapat hadir majlis ada program...
kalau dapat datang pasti sakura nak cium pipi tembam tu he he he

salam dari sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...