Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, May 16, 2009

Potong Kambing

Tengahari tadi ke Taman sri gombak, kenduri aqiqah anak cucu kawan. Dia potong kambing sekor dan dimasak kari. Aku tengok suami makan bukan main beriya. Aku tak makan daging kambing.

Semasa makan, kami sempat berbual-bual dengan bapa kepada kawan aku tadi. Orangnya hampir sebaya dengan abah. Kelakar dan gurau sendanya seperti dulu juga. Memang tak kekok kalau berbual dengannya dan memang tak kering gusi juga dibuatnya. Ada-ada saja bualnya yang membuatkan kami ketawa.

"Kencing manis macamana pakcik", tanya suami.

"Okay, kontrol. 6.5 je" jawabnya.




Teringat kami pada pertemuan yang lalu, entah beberapa tahun yang lalu. Dia bercerita.

"Haritu pakcik pergi buat checkup kat hospital. Doktor nak test air kencing" dia menjeling jeling isterinya di sebelah.

"Pakcik takut kena masuk sepital. "sambungnya.

"Pakcik kau tu memang penakut" sampuk isteri.

"Sebab takut kan, pakcik tukar air kencing pakcik degan air kencing makcik kau". Mengekek dia tergelak. Kami pun ikut sama tergelak.

"Nasib baik makcik kau tak pregnant. Kok tak, susah pakcik" Kami tergelak lagi bersambung-sambung.




Kami balik dari kenduri tadi dengan membawa empat beg 'berkat'. Antara isiya: daging kambing dan rendang. Ingat malam ni tak payah masak tapi balik-balik je kena serbu dengan anak-anak. Dah habis licin. Err.. apa nak masak malam ni ? Ape kate kite makan kat luau je tuk!!


11 comments:

lupekanje said...

heheh..pekena kambingggg....uwaaaahh..
acik pun dah tk boleh makan daging kambenn...fenin kapla..

apa getinyer tu..???

dah nak bepenyakit la kannn..

Tijah said...

sodap eh kari kambennn samo robung
uwan tu bilo lak nak kekah cucu? hikhik

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kambing ni sodap buek bbq... jer..tak yah potong2..sonang nak tanam tulang nya kalau nak buat aqiqah..kan uwan..

Atuk..makan kek luar la tok..ambik angin sekali sekalo....

arsaili said...

salam....terlupa akan kakpah as teacher juga..selamat hari guru....teringat kat guru tadika..Cikgu Margeret...she's very caring dan suka sgt dengar dia bercerita...kekadang bila Cikgu Margeret MC, we all separuh kena ke kelas B separuh ke kelas C, masa tu rasa nak nangis sebab Cikgu Hajijah (kelas B) tu garang dan begitu gak cikgu Rashidah (Kelas C)..ahahaha

Nizam.Ariff said...

Wuiihhh.. sedap tu..
Daging selangka dia. peegh! Sekali makan, malam berkirap!

ku tak sempurna said...

ekekekeke..
klakar la pakcik tu..
air kencing boleh tukar2...

.
.
.
.

tak pernah cuba daging kambing.. tak lalu :)

AZANI said...

kambing,hamis hamis dia kalau kena gaya masak, sedap.

ashley said...

Ayokkk tak tak tayokkk..
Tijah dah tanyerrrr
Ayooookkkk bila nak jempuuutttt..

Kakpah,
nanti panggang jer kambing Aqiqah Faris tu. Baru sodap!!Portion kakpah, saya tolong makan..he he he..

kakpah said...

acik, kpah tak makan kambing sobab memang tak goma. Lagipun sobab nak kontol ponyakit la tu..

tijah, ekau dah tanyo ni, kalau kpah ajak kau nak datang ko hik..hik..

ezza, tang mano sodap e kambing tu, tak tau la. Cumo orang yang goma makan yo yang tau.

arsaili, hehe.. bila dah wish untuk semua tu, termasuklah kpah sekali. tq

kakpah said...

nizam, laki aku dah berkipas dah tu sebab banyak sangat makan kambing.

kts, kpah rasa masa budak-budak dulu kpah ada baca cerita lawak pasal tukar air kencing ni. Agaknya pakcik tu dapat inspirasi dari situ kot haha..

azani, sebab hamis le aku tak makan..

ashley, ayok.. tak tau. Nak cakap ke tak nak. nak cakap ke tak nak ha..ha..ha..
Weh, jangan lupa lepas jumaat.

iina said...

kak kek sini daging fav den.. sobab takdo bau.. cam kambing kek mesia.. agak2 den lah sobab sojuk dio ari2 mandi kot hehehe.. kak bilo lak nak buek aqiqah kak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...