Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, May 25, 2009

Banyak Cakap ke Cakap Banyak...

Ada telinga, dengar. Ada mata, pandang. Ada mulut, jaga pertuturan.

Dulu aku tak faham kenapa cik konit yang rumahnya sebelah rumah mak tua, tidak bercakap dengan nenek, emak, mak tua, malahan dengan semua kaum keluargaku. Aku kecil waktu tu. Aku juga tidak dibagi bermain dengan anak-anak cucunya.


Pada zaman persekolahan juga sering berlaku pergeseran dengan kawan-kawan. Sekejap-sekejap, tak kawan. Sekejap-sekejap tak kawan. Tapi bergaduh dengan kawan kawan paling lama tiga hari saja. Lepas tu salam, minta maaf, dah berkawan semula.


Di opis juga begitu. Ada-ada saja yang tidak kena. Bila kita meluat dengan perangai seseorang, kita potpet potpet hal dia. Lepas tu bila orang yang kita potpetkan itu mendengar balik apa yang telah kita potpetkan maka terjadilah bermasam-masam muka. Nanti berjalan kalau bersentuh bahu pun buat-buat tak kenal saja.


Di kalangan adik beradik pun begitu juga. Memang betul pepatah yang mengatakan air dicincang takkan putus tapi bila dah luka tu parutnya tetap ada. Aku selalu memberi nasihat pada anak-anak supaya sentiasa menjaga tali persaudaraan. Masing-masing keluar dari perut yang sama, benih yang sama. Keakraban adik beradik itu biarlah sampai ke akhir hayat. Susah senang sama-sama lalui.


Semua akibat mulut. Kita kena berhati-hati bila mengeluarkan perkataan. Dalam keadaan yang memerlukan kita memberi teguran, tegurlah secara berhemah. Jangan menegur secara menyombong diri. Kita juga bukan orang yang sempurna. Kita juga banyak cacat cela. Aku selalu mengingatkan diri sendiri: Kalau aku tak suka orang buat aku begini begini, tentu jugalah orang tak suka aku buat dia begini begini. Semua orang mempunyai perasaan. Tak kiralah dia dari kalangan hartawan, orang biasa macam kita, kuli, bibik dan sebagainya. Selagi dia manusia, selagi itulah dia mempunyai perasaan.


Kalau kita sakit hati dengan seseorang dan tak tahu cara nak memberitahunya secara berhemah, baik senyap saja. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Kalau tak mahu dengar, masukkan ke telinga kira dan keluarkan ke telinga kanan. Buat kerja sendiri. Kita tak ganggu orang, orang pun tak ganggu kita. Jangan sekali-kali sakitkan hati orang.

Sekian bebelan aku pada pagi isnin. (Korang tau tak isnin tu nama bapak mertua aku.)


Masa aku menunggu atuk buat lasik di mid valley tempoh hari aku melihat gelagat hantu dua ekor ini dari dalam klinik. Hantu betina berumur dalam lingkungan 13 tahun. Yang jantan pula dalam 15 tahun. Memang sakit mata memandang. Dalam hati ni memang rasa-rasa nak bagi pelempang sebab buat tak senonoh depan khalayak ramai. Tapi dalam hati jelah......

17 comments:

aza ni said...

kakpah:nasihat yang amat berguna buat saya yang selalu terlupa diri..terimakasih,
budak hantu tu pun satu,tak reti ke nak malu,tak payah lah nak buat wayang...

lupekanje said...

monday blues kak...
acik raso nak domam nih..

nnt kendian2 la acik komen..
tpi bab gamba yg bawah tu...
anak saper lah tu yer.....? (err..gambar tk terang...diorg tgh buat aper?)
sian mak ayah diorang tuh.

Cikgooden said...

dorang tgh buat apa?...gambaq blur...


aku benci org yang suka jaga tepi kain orang..

Tijah said...

kalu sey...sey poie dokek2 dgn diorang tu dan lepaskan gas beracun. misti dioang lari...

julietchun said...

kalo nak tegur buatlah secara berhemah, bak kata pepatah umpama menarik rambut dalam tepung.

kakngah said...

skrg dah tau sapa tu 'isnin'.
tijah lopeh an lopeh an gas beracun??? wakakaka... maun melokek kek tokak bau eh tuh..
akk snap yo terang2an muko hntu tu. lopeh tu sebar an kek tenet..

Ms.Lilies said...

nasihat yg bagus..n saya sedang praktikkan....diam itu lebih baik

Yunus Badawi said...

Terima kasih atas 'bebelan' kakpah tu. Kita ni kena saling ingat mengingati.

Kenapa kakpah tak tegur hantu 2 ekor tu biar mereka berhenti jadi hantu di tempat awam.

tasekM said...

hahahaha... tak senonoh dak tijah. hahaha...

kak, apa ko tak serkup je dgn guni beras kak? hahaha...



.

ASH said...

Nama pun dah hantu kan..
mana gambar nak terang..
samar samar gitu...

yang mana satu betino?
yang mana satu jantan tu ek..
konpius aku ni hah..

Kapten Luffy said...

kata2 lebih tajam dr pedang

er... budak2 tu... baik kawen jer

ibundo said...

Azani, kpah kadang-kadang pun terlupa.

acik, ponek poi pilah bolum ilang ko.
Hmm.. gambar tu memang blur sobab kpah takut-takut amek gambar tu. tak dapek nak fokus botul-botul.


Cekgoo, hantu betina duduk atas pangku hantu jantan. kissing kissing gitu. hampeh tul.

tijah, takut kono polangkung sobab tu tak poi nyorang.

juliet, betul cakap ko tu.

ibundo said...

kakngah, tak borani nak poi dokek. Orang tongah mabuk macam tu bukan dio boleh pikir waras.

lilies, dosa mengumpat pun berkurangan ye tak..

YB, kpah ni kadang-kadang berani, kadang-kadang penakut. Tengok situasi. Bila jadi penakut tu yang main pandang je tu.

Tasek, Mana aku nak cari guni kat midvalley tu. Ko cuba bagi cadagan yang bernas macam tijah tu hik..hik..

ashley.. haha tino tenggek atas jantan.

kapten, nak kawen ke hape. Umo pun belum cukup hehe..

Nizam.Ariff said...

Aku tak nampak yang jantan tu...

Aku syak kepala jantan tu dalam baju pompuan tu kot.. hehehhe

Nizam.Ariff said...

Eh... pompuan tu pakai tudung kan?

ibundo said...

nizam, tu la pasal. perempuan pakai tudung. Pe hal...

Unknown said...

hurmm, kalau sangat diam takut semakin menjadi pulak kak pah..dan pasal banyak diam lah banyak hantu betina ngan jantan selamba polok2 kat sopping kompleks tu...

bab adik badik rasanya tak boleh biar~

my 2 cents

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...