Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, May 28, 2009

D KOPAYO

Masa kecik dulu nenek akan terjerit-jerit kalau aku nak panjat pokok kopayo.

"Ekau jangan ngengado nak manjek pokok kopayo tu. Ambek pongolan tu ha. Kait". Itu jerit nenek.

Aku suka makan buah kopayo. Manis. Pucuknya juga sedap dibuat ulam. Ada sebatang dulu tumbuh belakang rumah aku ni. Pokok tu jadi bantut sebab pucuknya asek dibuat ulam. Cecah dengan sambal belacan atau sambal gesek, pergh sedap.

Buah kopayo juga elok dimakan untuk menyelesaikan masalah pembuangan, hik..hik.. Kalau makan sebiji gerenti berkejar ke bilik air.

Semalam abah memberi cadangan.
"Dah lamo bona tak makan rondang kopayo. Kok jumpo kopayo boli sobijik buek rondang"
Maka aku pun belolah pergi kedai mencari buah kopayo yang masih mengkal. Dapat sebijik. Tapi bila nak masak pada sebelah petangnya, kopayo yang mengkal tadi dah berubah warna pula kemerah-merahan. Tapi masih worait lah.

Sebenarnya entry kali ni aku nak perturunkan ilmu membuat rendang kopayo.

bahan-bahan:
sebiji buah kopayo yang mengkal
cili api secukup pedas.
(Siapa yang kuat makan cili api, bubuhlah agak semangkuk he..he. Siapa yang tak tahan pedas, ambil agak 10 biji. Tapi kalau tak pedas mana nak kow)
santan pekat dari sebiji kelapa
2 batang serai
segenggam ikan bilis
kunyit
garam

cara:
Racik buah kopayo seperti gambar di bawah.


Masukkan santan, kunyit, cili api yang dah ditumbuk, ikan bilis dan serai yang sudah dititik ke dalam kuali. Dalam bahan di atas tak ada bawang, Jangan memandai nak taruk bawang pula. Bila sudah mendidih dan kuah agak pekat, masukkan kopayo yang telah dihiris tadi.


Masak sehingga kuah pekat dan hampir kering.

Hasilnya:


Inilah rendang kopayo. Siapa yang belum pernah buat, cubalah. Sedap. Tapi cari yang mengkal ye. Akak punya kopayo ni dah macam nak masak je. Tapi sodap. Abah makan sampai keluar selemo errr.. hingus sebab terlebih cili api hehe..

.
.
.
.
.
.
.
Apa? Korang tak tahu buah kopayo tu apa? La.. ingatkan tahu. D kopayo is d betik lah. Akak kecik-kecik dulu mana tahu cakap betik ni. Kita orang kampung cakap kopayo.

Sekian, selamat mencuba.

23 comments:

Tijah said...

kopayo dalam kopai?

bunyi dokek nak samo tapi lain maksud eh kan?

osah sodap eh tu. sazah rajin la buek sbb mmg feveret aji usop tu. judu'an lak mo sopat masin ko kan? pergh!!! mencieh2 poluh...

*patut la kau kuruih kak. asik belolahhhhh yo kojo kan? hikhik

lupekanje said...

acik suko kopayo masak lomak lado itam.....lagi sodap...!!

ckLah @xiiinam said...

...sey tak boleh makan kopayo....nanti jatuh susuk sey...he..he..he....



*teringat ngamuk masa mengandung sebab suami tk beli kopayo...bukan nak makan sangat pun...tapi geram jawapan dia, tak ngaku terlupa, dia kata "Tak ada orang jual pepaya kat pekan!". mana tak hangen....masa tulah kita nak uji dia ponggg...hi..hi..

Nizam.Ariff said...

Aku suka ambik bunga betik jantan buat ulam. Kena celur sekejap, baru cicah sambal belacan...

Ms.Lilies said...

lom pernah makan lg masak ni....kot jeruk slalula hehehe

KTS said...

errr... first time dgr buah kopayo.. indahnya bunyi... :D

first time dgr rondang kopayo..

first time scan resipi rondang kopayo..

scan dlm otak yo laa... bueknyo, ontah bilo...

hik hik hik..






psssttt : kuar selemo tu yg tak sanggup.. nak2 dopan montuo.. malu eh..

ASH said...

aku makan buah kopalo..
apekemende..kopayo..
aper payoh no sebut nyer..

papaya ni aku makan yang masak sahaja..
rendang rendang tak biaser..
1st time le dengar nih

esei kalau makan masak lomak cili padi nogori mau TERJELIR lidah sesambil dok kat sinki..bukan mencieh poluh..
tapi BERTALI AYARK LIOG...
ha ha ha..
tak tahan aku!!

ni pulak masak papaya rendang ..macam mana lah ghuponya lak..
mahu aku berendam jadi badak air laie..

aza ni said...

kakpah;mula mula ingatkan buah hutan mana la,betik pepaya rupanya,orang kata kalau nak lembutkan ayam pencen supaya boleh boleh lembut dimakan, masukkan betik muda masa menggulai, tapi jangan lak di kacau, nanti bersepai ayam tu, betul ke ?

ADAMSYAQ said...

kakpah... petamo kali donga rondang kepayo. kok gondang cuk paku ko, cuk maman ko... beso la...
kepayo mongka gulai lomak putih pun ngences gak....
blk kmpung minggu dopan kok ado kepayo mongka, kompem kono gondang ni....

kakngah said...

hahha.. kak.. sowey la.. teguno ID anak lak... hiks!! tlg hapuskan kak...

iina said...

wah kak nie 1st time den donga.. tak ponah lak mak mertuo den buek.. wah kak.. best2 tapi kan kak.. kopayo kek sini maha gilo.. takleh ler den buek rondang kopayo tuh.. dedulu ado kawan den budak sarawak selalu buat asam kopayo guno asam jawa ngan gula sikit ngan cili api sikit.. uihh sodap gilo kak..

sakurasa 2 said...

kakpah
mulo aden ingatkan apo bondonya ek
kopayo tu...
rupo2nya batik.



kak pah jaditak sakura cakap orang N9 ni, jangan marah ya kalau tak betul he he he

MrsMama said...

kopayo? Saya panggil kepaye. Hehehe sama ler tu. Len kali nak try kopayo@kepaye buat macam rendang tu. Bunganya pahit tapi bagus untuk kesihatan.Penah makan rendang pucuk ubi? Sedap ker?

Normi Hj Mat Yusof said...

tu la puas saya pikir apa la pulak "kopayo" ni. hehehe. lama dok kat sabah ni baru saya tahu betik kat sini dipanggil "kepayas".....

julietchun said...

ingatnya buah kopayo ni kaum kerabat mangga,hehhee.

Buleh buat rendang kopayo ni, tak sangka ya. Kalo jual kat Kl ni mesti laris.

Mak Su said...

se makan kopayo cicah garam, sonang nak hadam brg2 kat usus ni ha

AuntieYan said...

Salam Cik Pah,

.
.
.
.
.
.
.
.

:-)
:-)
:-)

He!...he!...memang dah agak buah betik...betul pun...bunyanya macam Papaya....kan??
setelah di "nogori"kan jadi
kopayo!!
Hemmm...nanti nak cuba buatlah...tapi.....mak datuk, santan sampai dua biji kelapa??..pekat tu...
Tak kisah le janji sedap kan... :-)

Tirana said...

ni first time dengar kopayo...adeehhhh..ingatkan apa la tadi rupanya betik..hehehe

ibundo said...

tijah, masakan orang lamo. uwan kakpah goma buek lauk ni.

acik, iyo ko cik. tak ponah cubo plak.

cklah, wakakah.. susuk apa tu. Susuk kopayo? kahkah..

nizam, pergh...

ibundo said...

lilies, belum pernah tu la nak cuba.

kts, kak tau la ko memang malas nak masak.

ashley, ko terai la dulu baru tau sodap ke tak sodap. Taruk cili api banyak2 sampai menjejeh ayaq lioq. Kalau tak berasap telinga tak tau le....

ibundo said...

azani, betul lah kot.orang cakap nenas pun boleh gak untuk lembutkan daging.

kakngah, haha.. ko takdo buek fertigasi kopayo ni ko.

ina, first time donga yo. Cubo lah.

sakura, hehe.. jadi. Jadi macam bunyi orang asli haha..

mas, rendang pucuk ubi? Lum terai. Kalau yang diracik halus halus campur dengan bermacam jenis daun lagi dan taruk tempoyak, ha... yang tu ponah lah. Rasanye pun pergh... jugak.

ibundo said...

normi, haha.. ada bau-bau bacang lah tu

juliet, kalau ko yang jual belum tentu laku hehe..

maksu, cicah kicap taruk cili api dan gula sikit, sedapp..

yan, kpah cakap dua bijik ke? hikhik.. sebijik je.

tirana, hehe.. papaya yang telah dinogorikan

Ms Haslina said...

alahai kak..sodappppp amek rendang kopayo ni kan....

salam singgah..saya link akak yea...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...