Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, May 19, 2009

LASIK

Abah tak percaya bila aku kata aku kena pakai cermin mata. Masa tu aku di remove class. Dulu kalau dari sekolah rendah nak masuk menengah aliran Inggeris, kena masuk remove class dulu selama satu tahun. Lepas tu baru naik tingkatan satu. Kalau ikut umur memang rugi satu tahun. Aku tak rugi sebab aku masuk darjah satu semasa aku berumur lima tahun.

Masa tu kalau budak pakai cermin mata orang kaitkan sebagai budak cerdik dan kaki buku. Bila ada orang yang kata begitu, hidung aku kembang kempis jugalah. Tapi realitinya, aku cuma biasa-biasa saja.

Sejak itu aku dan cermin mata tidak dapat dipisahkan. Semasa zaman sekolah sahaja, cermin mata aku tidak terkira banyaknya. Bila pecah, ganti. Bila patah, ganti. Bila power dah kurang, ganti.

Bila aku bersekolah di Johor Bharu, aku seolah-olah menyalahgunakan fungsi cermin mata aku. Terlalu banyak sangat godaan dari kawan-kawan. Tengok kawan pakai frame bulat, aku perkenan. Tulis surat pada abah minta duit sebab nak tukar cermin mata. Tengok kawan pakai frame empat segi, aku perkenan. Tulis surat lagi pada abah lagi mintak duit nak tukar cermin mata. Pada tahun 70han dulu frame semua besar gedabak. Bila pakai, tertutup hampir separuh muka. Tapi masa tu kira fesyen lah.

Aku dan kawan-kawan selalu buat cermin mata di bazar tepi sungai Seget. Masa tu Johor Bharu belum membangun macam sekarang. Air sungai Seget ketika itu hitam legam dan baunya meloyakan. Tidak tahulah bagaimana rupanya sekarang ini sebab aku dah bertahun-tahun tak turun ke JB.

Dipendekkan cerita, aku bercermin mata dari aku budak berumur sebelas tahun sehinggalah aku dah tua macam ni. Bila terlalu lama, memang merimaskan. Terutamanya bila tersalah letak cermin mata ketika mengambil wudhu ataupun mandi ataupun tidur. Berkelintau mencari satu rumah. Habis anak kena kerah mencari cermin mata yang terlupa letak di mana. Pernah sekali aku memarahkan diri sendiri kerana terlupa letak. Aku turun naik turun naik mencari. Masa tu yang ada di rumah cuma bibik. Bila dia bertanya apa yang aku cari, aku beritahulah yang aku sedang mencari cermin mata aku. Bibik mengekek-gekek ketawa, 'tu yang atas kepala ibuk tu apa!!'

Oleh kerana boring, bosan, rimas sebab berpuluh tahun pakai cermin mata sampaikan aku dah tak tahu frame pesen apa yang aku nak pakai, aku ambil keputusan untuk buat lasik. Keputusan itu aku ambil hampir tiga tahun yang lepas. Dan sejak itu aku lepas bebas dari cermin mata.



Petang tadi aku ke ExcelView lagi di Mid Valley. Kali ini aku datang ke klinik itu sebagai pengiring kepada suami aku yang juga akhirnya mengambil keputusan untuk membuat lasik. Prosesnya cepat dan tidak menyakitkan.

27 comments:

aNIe said...

Kak Pah...lasik tu untuk rabun dekat boleh tak?...Sebab anie ni cuma nak membaca aje kena pakai cermin...

Lepas tu anie dpt tau...dia cuma boleh dilakukan untuk orang dewasa aje kan? Anak2 macam anak saya yang 8 tahun masih tak boleh kan..? Dia sibuk kata nak lasik mata dia...heheheh

iina said...

mesti senang sikit dah takdo pakai cermin mato.. teringat maso memulo nak ambik course computer science kek ukm dulu.. atok den khabar ambik kos tuh sok2 kono pakai cermin mato sobab tgk computer lelamo.. tapi kan kak.. sampai skrg den tak pakai lagik cermin mato walaupun dah berbelas tahun ngadap pc hehehe.. agak2 sok tuo2 kot den buek ler lasik tuh ;) leh gitu kak

ASH said...

Aku ni tengah garu kepala..

'lasik' tu menatang apa?
ha ha ha..
'contact lense' ke??
kalau contact lense, aku tahu le..
LASIK?? bunyi cam LASTIK jer..
ape ke hal pakai LASTIK!!

kah kah kah..
okay okay okay aku mengaku..
BM aku tah aper aper..

ibundo said...

Anie, rasanya tak bole. Tekno akan datang tak tau lah sebab skang ni dia correctkan untuk pandag jauh je. untuk baca kena pakai reading glass.

ina, mato kau okay, alhamdulillah. Mintak mintak sampai tuo lah takyah pakai.

ashley, hehe lasik tu nama penuhnya laser-assisted in situ keratomileusis. Eye operation guna laser.

lupekanje said...

oooo...acik baru nak tanya amender nye lasik tuh...
heheh..canggih la...skg rabun dah tk yah pakai spek...
kpah..setelah lebih seploh tawon acik ngadap PC...bru skrg acik dah mula klabu mata....errr..semenjak join blog nih...blh tk salahkan blog? hehehe...
tapi masih blh bertahan..nampak lagi la klu selisih ngan kpah kat tesco tuh..heeheh

Anonymous said...

K Pah

betul ke tak sakit??hmmm. saya ni penakut sikit. Saya mcm teringin nak buat dari dulu, tapi, perasaan takut tu tak pernah hilang..

Berapa kos?...

p/s JB tak macam dulu dah...Segget pun dah tutup..mana ada nampak air hitam lagi...heheh

Yunus Badawi said...

kalau tak aku pun nak tanya mcm si ashley tu tapi kak pah dah terangkan oklah.

Kalau dulu tidur kena buka spek (mimpi kabur tak kalau tak pakai spek?) sekarang dah senanglah. Mimpi mesti clear hehehe

Cikgooden said...

dah ulang baca dua kali..
lASIK tu apa kak?..

(aku tak tahu, haih.)

Mak Su said...

lasik tu apa? tali yang gantungkan cermin tu ker?

kakngah said...

wah.. cam menarik jek utk org2 yg rabun. first time sy tau psl lasik ni. mahal tak kos eh kakpah.. lopeh tu.. kok nk buek kek no?? kek kodai comen mato beso tu buleh ko??? atau kono jumpo pakar mato?? lopeh tu lg.. sakit tak??? mengerikan jugak nk kono laser ank mato...

tasekM said...

baru nk tanya lasik tu apa. ha ha.

kak, aku pakai spek sbb tgk tv banyak. ha ha.




.

julietchun said...

skang ni dah jadi trend pakai cermin mata penuh muka tu.

pB said...

LASIK???

first time dengor ...

berkelintau , itu pun pertama kali dengarrr @ baca

KTS said...

lama gak tahan LASIK ni ya..

dah 3 tahun... ok lagi ke??

ASH said...

AKU INGAT AKU SORANG JE BINGUNGGG..
ha ha ha
GHUPONYA GHAMAI gak...
KITA SERURUMPUN lah kalau gitu..

cikgooden,
hang pakai spek! patut hang kena tau la bab bab rabun ni!!
aku nak baca baru taruh mata lagi dua tuuuu..
time lelain aku rimas..

ibundo said...

Hahaha.. rupanya ramai yang tak tau apa bendaalah lasik ni. Ingat ashley je yang tak tau. Tak malu lah ko ashley hehe..

acik, orang cakap tengok komputer lamo-lamo pun buleh rabun.

aryani, air seget tak nampak lagi? Uishh.. bau ada lagi tak.
Kalau nak buat lasik jumpa dokotr mata dulu. Kos? sebelah mata dua ribu. Tapi takkan nak buat sebelah je kan..

YB, dulu kakpah mimpi asek kelabu je. Sejak dah lasik ni baru nampak clear.

cikgoo, kau baca jawapan komen kpah untuk ashley yang kat atas tu. Senang cerita, operation mata guna laser untuk pulihkan kerabunan.

Maksu, baca komen kat atas haha..

kakngah, kau poi jumpo pakar mato dulu. Kalau serius kau nak buek kakpah rekomenkan doktor yang buek mato kpah ni. Dapek la kpah komisen sikit wakaka.. Kos e maha gak lah. Lam ompek ribu.

tasik, akak pakai spek pun dulu sebab tengok tv dekat-dekat.

juliet, dah trend balik ke..

Pb haha.. berkelintau tu cakap orang kampung akak. Maknanya kesana kemari kehulu kehilir mencari.....

kts, still okay. Terang benderang.

Ashley.. haha..

lupekanje said...

kpah....mata acik sebelum ni excellentt....tu yg tk nak amek tau pasal pengubatan mata nih...skrg ni kener la bajar2 smua jenis pengubatan mata ni....hehe

AuntieYan said...

Salam Pah,

Auntie pun macam Pah jugak...pakai cermin mata sejak zamak budak kecik lagi...sampai sekarang masih bercermin...
Kawan Auntie dah buat Lasik ni kalau tak silapnya dah lama...mungkin 7, 8 tahun yang lalu...masa tu mahal yang amat reganya. Auntie berangan jugak nak buat, tapi bila dengo reganya terussss tak jadi!

Sekarang gamaknya dah murah sikit kot?...

p/s : Auntie: pembaca senyap (your silent reader)

ibundo said...

acik, acik kok nak tau banyak, acik tanyo jo ngan abang google tu.

auntie yan, salam. Sekarang ni pun harga lebih kurang 4 ribu gak lah. Tapi rasaya berbaloi. Tak payah lagi tercari-cari mana letak cermin mata.

aza ni said...

kakpah:bau sungai seget masih mual, tapi ada merlin walk macam bintang walk, banyak dah berubah kakpah, saya pernah datang jb tahun 83an pun nampak bezanya.Tentang lasik tu kalau orang yang ada kencing manis,its a no no, bukan pasal luka melarat tapi cataract, ini info dari kawan saya yang ada diabetes dan buat lasik.Masa dia buat kos 6000, tahun sudah, sekarang tak tahulah.

Ungku Nor said...

dulu penah tanya rega dia tapi bila orang tu cakap sampai giban-giban..adeihss..

tak mampu la nak buat kak..hehehe

ckLah @xiiinam said...

..terkenang ckLah kena paksa pakai cermin mata pelastik gedabak...percuma sekolah bagi masa darjah 5 dulu...hi..hi....





sekarang nak pakai macam Sarah palin punya...he...he...
Walaupun muka macam Sarah Jawa...

Nizam.Ariff said...

Lassi aku tau le..
yang minum-minum tu.

joegrimjow said...

guru tadika ku comey!!

ibundo said...

Azani, haah, tak semua orang boleh buat. Dr kena cek dulu.

ungku, kau pakai cormin mato ko.

Cklah, sarah jawa pun cun apa..

nizam, haha.. lawak lah kau.

joe, ye ye.. aku memang come, hehe..

Kapten Luffy said...

susah ker penjagaan lasik tu?

umi_e said...

salam... singgah jap ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...