Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, May 20, 2009

You are english, I am melayu

Harini nak tukar stail menulis. Atuk tak suka kalau akak tulis macam ni. Dia kata macam budak-budak. Tapi tak kesahlah kan sebab atuk tu nak mantau akak sekarang ni tak boleh. Dia tengah edjas mata dia lepas buat lasik ni.

Sebenarnya kan, akak ni tertanya-tanya gak kat diri sendiri. Blog ni kan blog tadika ke blog kakpah. Agaknya siapa yang masuk sini mesti terkonpius. Tapi tak kesahlah kan. Akak ni memang suka bercakap. Kang cakap pasal tadika je kang korang boring pulak. Akak cakaplah pasal macam-macam @ rojak. Nantilah. Anak akak tengah buat satu web untuk tadika je. Nanti bila dah siap, tadika pindah situ. Akak tinggal kat sini.

Pandang belakang jap. Kang atuk ngintai pulak apa yang akak tulis ni. Hah, dia dah lolap tu. Siap tutup dengan bantal lagi mata dia. Silau. Mintak mintak dia tak bacalah entry ni hik..hik..

Kakpah nak cerita pasal satu kegemaran orang perempuan. Orang perempuan ni suka sangaaaat kalau rumah dia cantik kan. Akak taulah, ramai antara korang ni yang suka beli impiana ke atau anjung seri. Akak memang tak mis beli majalah ni. Suka belek dekorasi rumah orang yang cantik-cantik. Lepas tu berangan nak buat kat rumah sendiri. Selalunya berangan je lah. Nak buat tak menjadi.

Dulu akak cukup minat kat stail bali ni. Kalau beli apa-apa mesti nak kaitkan dengan bali. Masa raya lepas, ada pulak kawan ni yang beriya-iya mengajak akak pergi tengok kedai Kay. Kawan akak cakap kat kedai dia ni banyak perabot english style. Akak cakap akak tak heranlah english english ni. Akak ni peminat bali totok. Tapi oleh sebab tak nak menghampakan ajakan kawan (cewah...) akak pun ikut jugak lah.

Sampai sampai je kat kedai dia, umang ai.. kelabu bijik mata. Cantik cantik banget. Terus bertukar 360 darjah ketotokan akak. Sempat rembat dua rak yang sangkut kat dinding tu. balik-balik je rumah haritu atuk belum balik opis lagi. Akak sorok rak tu dalam setor. Lepas makan malam tu barulah akak urut-urut belakang atuk.

"bang, dah muak lah dengan bali ni. Tahun ni nak tukar tema lah. Nak tukar english pulak"
Lebih kurang macam tu lah akak cakap.

Atuk kalau jawab, senang je. 'hmmm'. Maknanya oraitlah tu. Akak pun apa lagi, belolah masuk setor keluarkan rak yang akak beli tu. Weekend tu atuk dengan abah akak bertungkus lumus memasang rak tu kat dinding.

Mulai hari tu bermulalah projek akak. Korang kalau pergi kedai kay ni kan, mesti terpesona. Betul akak cakap. Kalau tak caya, cuba layan gambar-gambar ni.









Tu baru sikit je tu. Kalau minat korang pegilah masuk kedai kay .

Kay, berapa persen kau nak bagi aku ni hehe.. Diorang ni tanya berapa kali bayar kau boleh bagi.

Ha, don wori lah. kalau sapa minat nak beli lemari ke, rak ke, rojer ajelah kat akak ni. Apa macam Jah (wink..wink..) poso dah tak lamo lagi. Rayo dah dokek.

Ehmm.. apasal lah akak rasa akak dah tukar profesyen nih.

29 comments:

ku tak sempurna said...

sajo yo akak ni!!
nak bagi jeles org2 pompuan la ni..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
berapo persen kay bagi??
hikhikhik




lawalah..
tunggu sy berumah dan bertangga dulu..
skrg ni menumpang rumah mak pak je.. :)

lupekanje said...

kPah...
pandai sungguh ilmu urut ngurut akak nih...turunkan la kat anak2 daro acik yo...hehehe...

acik tk minat pabut aperpun...pecayer lahh...acik mmg membosankan...heheh

Nong said...

my bidara house, furniture dah 25 tahun tak pernah bertukar. Boleh consider antique tu.

Kat apartment ni pulak furniture contemporary, simple and modern...

Selagi boleh pakai, ok lah tu...

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kaK,

ko menggugat keimanan saya la kak...

Ms.Lilies said...

apa cara urut2 yg kak pah buat tu...mcm menarik je nak dipraktikkan ni hehehe

Nizam.Ariff said...

Ini time-out untuk pompuan je ke? Org laki boleh join komen ke tak nih?

xiiinam said...

Sejak mula tanda tangan perjanjian beli rumah dulu, cklah dah mula gila beli Anjung Seri, Impiana, Homes... bagai.

Dah dapat rumah tu...hmmm...tak terAnjung Seri mana pun...he..he..

Tijah said...

kak...sey ghoma modern komtemporari la kak. english2 ni kureng sket. hehehe. nati sey buek n3 ID kegomaran sey plak...amacam?

iina said...

yo kak.. den gomar gak.. tapi den leh dapek cenggitu kek sini ;) tongah carik2 lemari antik nie kak.. tak jumpo laei.. bukan apo.. pakwe den tu ahh cerewet ya amat..

kak ado buek cakaran rimao ko kak sambil urut2 tuh hehehe ;)

aNIe said...

Kak Pah...cantik2 deco nya ye kak...tapi harga pun mesti lagi cantik...hehehe

Cik abang anie tak minat tu...banyak2 perhiasan dia kata buat kumpul abuk...geram tau

Monkey D Luffy said...

lawanya

bermimpi plak ak rumah style english

kakngah said...

sy konan kek beldi siram pokok tuh... bapo hargo eh tu???

kakpah said...

kts, memang akak nak bagi ko jeles. Sebab akak jeles gak tengok rumah e cantik..

acik, ilmu? sekolah dulu ado lah bolaja ilmu alam. tapi dah lupo plak.

Nong, yang antik tu lah yang mahal. Selagi boleh pakai, pakai je lah kan..

ezza, tu baru tengok gambar je tu hehe..

lilies, ala.. urut belakang je hehe..

kakpah said...

nizam, heh.. sapa kata tak boleh. Ramai orang lelaki yang suka benda-benda macam ni apa...

Cklah, tak beranjung tak apa cklah asalkan berseri.

tijah, Ooo kau nak lawan akak yo hehe. Kodai azhar tu tak ado jua perabot do kan ?

ina, kek situ lagi hapening tu. Bawak balik banyak-banyak.

anie, atuk pun tak minat gak. tapi bila akak beli dan nampak lawa dia angguk angguk je haha..

kapten, haha..

kakngah, kau minat ko. nanti akak tanyoan.

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam Pah,

Memang terpesona!!

Orang macam Akak ni, main tengok sajalah, kalau pergi ke kedainya pun takat pegang-pegang dan gosok-gosok saja, buat-buat tanya harga...:-) yang mampu pun mungkin baldi tu je lah....haaa...tu pun, kalau tanya, Pakwe in crime tu, dah sah-sah dia kata..."nak buat apa? "...ha...kalau beli, kita sorok dulu... :-)

Nizam.Ariff said...

Abih tu, apsal aku yang ada kat sini? Mana YB, Azani, Cikgooden dll?

Dia orang boikot kot...

julietchun said...

kalo tgk dlm anjungseri tu meleleh air liur, cantik2 semuanya. Kat rumah ni ada budak2, kemas tak sampai sejam dah bersepah balik,huhu.

arryani said...

TAK TAHAN MATO DEN MENENGOKNYO!!

Anak Pendang Sekeluarga said...

slm...wah......baguslah mcm tu....

pB said...

pB tak berapa reti bab bab nak melawakan rumah ....

tak ada konsep langsung

ima said...

kak pah ...bestnye mencuci mata dengan benda2 sebegini, suka sangat tau!!!

tapi kak pah harganya pun boleh tahankan??

kakpah said...

auntie yan, kadang-kadang kita masuk kedai tu melayan perasaan jje. Tak beli pun.

nizam, memang sahlah dorang tak minat.

juliet, rumah kalau ada budak kecik memang tak usah haraplah nak melaram. Alamak.. tak lama lagi si faris ni besau. Habis la...

Yan, kau baco pakai cermin mato golap.

anak pendang, haha..

Pb, takde konsep tu pun satu konsep gak tu hehe..

ima, ehemm harga boleh tahan. tapi sebab member dapat la diskaun bagus bagus..

ashley said...

kakpah,
rumah saya ada gak KONSEP!!

Konsep TONGKAH PECAH...kah kah kah..

jemput jemput...

tasikmerah said...

balik2 melaka tak ada cawangan ke...? :)


.

AZANI said...

kakpah:saya pun macam ashley, konsep dia tongkang pecah,saya kapal bocor, anak saya suka sangat main air, tu habis lecak simen dari depan sampai dapur.Mujur pakai tikar getah,kalau carpet, alamatlah kena jemur selalu.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

teringat kata kata arwah rejabhad :

"ada duit semua jadi"

kata kata periwira mat Gila...
ada benarnya...

kakpah said...

ashley, aku pun dah puas naik tongkang pecah ni. Cuba nak cruise pulak hehe..

TM, akak bab cawangan ni yang seriau nak dengau ni haha..

azani, haha nak tegelak lah pulak

cekgoo, kpah masa dulu-dulu cukup suka baca gila-gila ni. Siap hantar cerpen giler lagi tu.

Gurindam Jiwa said...

Urut-urut belakang atuk tu guna Cakar Harimau kot. Tu yang senang dapat orait tu.

Apologies, too tempting... :o)

lupekanje said...

wehh....kpah...tgh sibuk koja kamben ko tuu....??? hehee....
ptong bawang..potong dagin...akak masak ko? katering kakkk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...