Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, May 5, 2009

Macam Mano Nak Buek

Pagi tadi selesai sarapan, aku berbual-bual dengan suami. Ada satu cerita yang buatkan kami ketawa mengekek-ngekek.

Umrah tahun lalu, suami balik kemudian dan terpaksa rescheduled penerbangan kerana menjaga emaknya yang sakit di hospital Nur. Hampir sebulan juga suami mengerjakan umrah. Lebih kurang sama macam orang mengerjakan haji. Alhamdulillah emak mertuaku akhirya dibenarkan keluar dari hospital.

Perkara lucu itu berlaku semasa suami dan mertua berbaris untuk lalu di bawah mesen pengimbas di lapangan terbang Jeddah. Di hadapan mereka ada satu kumpulan jemaah dari Indonesia. Ada seorang pakcik selang beberapa orang di depan suamiku yang kelihatan begitu gelisah. Nampak tangannya macam terketar-ketar.

"Parkinson kot' aku tanya suami.

"Taklah. Tangannya macam ni ha." suami mengajukkan sambil mengoyang-goyangkan tangannya. Aku ketawa.

Mesen pengimbas berbunyi tit..tit.. bila kawan pakcik itu yang berada di hadapannya melintasi mesen. Lagilah pakcik itu panik. Tambah-tambah lagi bila dilihatnya pegawai bertugas menghampiri kawannya tadi dan meraba-raba tubuhnya. Pegawai itu menyuruh kawan pakcik tadi menanggalkan tali pinggang kerana besi kepala tali pinggang itu yang membuatkan mesen itu berbunyi. Memerhatikan kawannya membuka tali pinggang, pakcik itu pun turut sama membuka tali pinggang seluarnya.

"Terkial-kial dia ", kata suami.

"Lepas tu?"

"Kawan dia tadi tu masuk balik semula bawah mesen tu. Okay, dah tak berbunyik lagi. Lepas tu giliran pakcik tu pulak. Bila dia nak masuk je pegawai tu suruh dia letak beg dia kat tempat nak scan bag-bag tu" kik..kik..kik.. suami ketawa.

"Kan tadi dia tanggalkan tali pinggang. Bila dia lepaskan tangannya dari pegang seluar sebab nak letak bag, seluar dia srottt... melorot ke bawah" Kah..kah..kah..

"Dia tak sedar yang seluar dia dah menggelongsor sampai ke lantai" wakakakaka....

"Nampak spende la" aku tanya.

"Dia pakai seluar cerut" kahkahkahkah......

"Dia boleh tak perasan lagi tu. Kawan dia yang kat depan bukannya nak bagitahu. Lagi diorang ketawakan dia"

Hahaha.. ponek porut den togolak.



Beberapa tahun dulu aku menghadiri majlis kenduri kawin saudara kepada staff aku di Beranang. Kami sampai dah lewat. Tetamu dah tak berapa ramai lagi dan ibu pengantin pun tengah duduk relek-relek di bawah kemah. Staff aku yang ada bersama di bawah kemah ketika itu bangun menyambut aku dan suami. Dia memperkenalkan aku kepada ibu pengantin. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam. Ibu pengantin bangun dari duduknya untuk menyambut tangan yang aku hulurkan.

Ketika dia bangun, kain yang dipakainya melorot jatuh ke tanah.

"Eh..eh.. jatuh lak kain ni ha..." tapi orang yang ada di situ sudah berdekah-dekah ketawa. Aku dan suami juga ketawa. Nasib baik lah pakai baju kurung. Boleh juga cover cover.

Apa yang akan anda lakukan sekiranya perkara terlondeh ini berlaku pada anda.......

19 comments:

Tijah said...

jika berlaku pada saya, saya akan terus berkata...

"tadaaaa!!!! now you see...now you don't"

Nizam.Ariff said...

Aku ada 2-3 kali mimpi telanjang atau pakai spende je... apa maksudnya ye?

Cikgooden said...

ha ha ha...pernah kecik kecik dulu kain pelikat terlondeh masa balik dari masjid...Ni gara gara kawan aku la..dok ngusik...
londeh sungguh!..dulu mana pakai spenda..ha ha ha

Nong said...

kalau jadi kat kak nong, terus selubung je kepala supaya orang tak nampak muka... malu! he he...

Yunus Badawi said...

aku nak buat mcm tijah hahaha

ASH said...

he he he..
kui kui kui..

Tijah,
Aku rasa ko kena tuko le..
'Now you see it and ENJOY!!!'
he he he..

kalau tak enjoy, takkan atuk dan uwan berdua ni mengekek ngekek ketawo... terkonang konang!

aza ni said...

kakpah, jatuh terlondeh ni rasanya tak pernah tapi kalau terlupa zip tu ada juga, tak tidur malam dibuatnya mikirkan apakah yang ternampak dek orang.

iina said...

wo kak.. takleh bayang.. den buek tak tau yolah betulkan balik abis nak buek camno takkan nak biarkan lak hehehehe.. lain kali kono ikat ngan tali kekuat ler kan kak ;)

lupekanje said...

sdgkan jatuh berstail pun blh malu...apo laiee la klu kain telondeh..

tpi klu dah nak jadi, kita kener kaber la..buat muka selamber...
pehtu balik umah...golak golek sorang2.

kakngah said...

cuba kpah tanyo atuk... kok tongah timang2 cucu kain pelekat jatuh.. mano nk smbut dulu.. kain ko.... cucu?????

ibundo said...

tijah, iyo la tu. Bololah carlos nak mengover kau.

nizam, er..er.. tu tandanya kau nak dapat durian runtuh.

cikgoo, haha.. nak tegelak aku bila bayangkan cikgu dalam keadaan tersebut.

ibundo said...

nong, teringat pulak. Orang dulu buang air tak ada jamban. Mereka main cangkung je. Selalunya macam tu lah. Kain pelikat atau batik selubung kat kepala. Yang bawah tu terdedah haha..

YB, aku lari kalau nampak.

Ashley, Carlos dah cakap dengan tijah. Kalau buat perangai macam tu dia ban tijah dari memblog selamo 40 hari. Bia padan muko e.

Azani, haha..Orang yang nampak pun tak tidur malam gak.

ibundo said...

acik, kau nak kaber yang mano satu. Yang bawah ko, muko acik wakaka..

kakngah, kahkah.. tak dapek nak bayang.

Kak Ezza@makcik Blogger said...

saya baru saja melalui pengalaman begitu bersama Mamasita di kuantan baru baru ini. Ada tulis dalam blog.
Apa apa pun,kena coooool....

kakpiah said...

kalau berlaku pada saya..
saya akan cuba memengsankan diri barang seketika..

maluu!!!

aNIe said...

Hahaha...kalau anie lah kak pah...mau merah muka tu...

Tapi kan...dulu pernahlah pakai kain batik basahan keluar dari bilik air...tapi kain tu koyak kat punggong...seb baik ada sluor kecit...berdekah2 mak mertua & adik ipar ketawakan...hahahah..malunyaaa....

julietchun said...

buat2 latah ler,kekekeke.

ibundo said...

ezza, betul ke.nanti kpah gi tengok

piah,engkau tak takut ke lagi orang nak menggomol. eee....

anie, haha.. seb baik dalam rumah sendiri dan keluarga sindiri. Termalu kecil je.

juliet, haha melatah dan bersilat. Silap silap tertanggal semua.

Mak Su said...

huhuhu, masyallah,....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...