Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, May 3, 2009

Pantang Larang

Orang dulu-dulu memang kuat berpantang. Itu tak boleh buat. Ini tak boleh buat. Kalau buat, nanti ada ada saja akibatnya.

"Ni apo monyanyi kek dapo ni. Dapek laki oghang tuo baghu tau" leter nenek bila aku melalak sambil mengupas bawang.

"Ha.. duduklah ateh bantal tu. Bobisul buntut tu padan muko kau" leter nenek lagi bila aku buat bantal sebagai kusyen. Masa kecil dulu aku kurus kering. Kalau duduk atas lantai tulang tongkeng akan bergesel dengan papan lantai. Berkeriut-keriut. Dulu-dulu mana ada kusyen bagai. Ambil je lah mana yang sempat dan selalunya bantal kekabu yang menjadi mangsa.

"Jangan bojalan bawah ampaian tuuuuu!!!. Pendek umo" jerit nenek bila aku terbongkok-bongkok di bawah ampaian baju. Entah apa yang aku cari. Air dari kain yang disidai masih menitik-nitik hinggap di atas belakang.

"Dah..dah.. boronti tu. Sokgi potong. Apo pulak potang-potang ni motong kuku. Pendek umo tau tak!!" La, pendek umur lagi. Sebab tak nak melawan cakap nenek, aku simpan semula pisau lipat yang aku buat untuk memotong kuku. Nenek sudah mula mahu memasang pelita untuk menyambut malam.

"Jangan duduk kek muko tanggo. Nanti tak laku". Aku memang suka duduk kat tangga di bahagian depan rumah. Seronok menengok orang lalu lalang. Nenek suka menghalang aku dari duduk di situ. Selalunya aku degil. Buat tak peduli saja. Bila nenek membebel-bebel, aku pekakkan telinga.




Semasa aku kecil, ongah jorah dan alang leha masih muda lagi. Kejap-kejap diorang mengandung dan bersalin. Aku suka tengok budak kecil. Bila emak atau nenek pergi menziarahi mereka yang baru bersalin, aku akan ikut. Aku tengok mereka yaang bersalin ni akan duduk bersimpuh dengan sopan di atas tilam. Bayi di sebelah. Rambut di ikat tegang-tegang sampai nak tercabut akarnya. Kaki seperti biasalah, bersetokin. Nenek kata orang bersalin tak boleh berjalan-jalan. Nanti bentan. Kena duduk diam-diam. Boleh berjalan kalau nak pergi buang air sahaja.

Aku lihat juga yang mereka ini hanya makan nasi putih agak-agak setengah pinggan dan berlaukkan ikan kering atau ikan masin. Minum air putih sahaja. Tak ada sayur. Aku tanya emak kenapa mereka makan ikan masin saja. Tak muak ke hari-hari makan ikan masin. Emak kata orang bersalin memang macam tu. Tak boleh makan macam-macam.


Semasa aku bersalinkan kaklong, yang ada untuk menjaga aku dalam masa berpantang ialah suami aku saja. Tak ada emak. Tak ada nenek. Pantang larang orang bersalin yang selalu aku pelajari dari emak dan nenek terngiang-ngiang di dalam kepala. Adakah aku nak kena makan nasi berlaukkan ikan masin saja. Di mana nak aku cari ikan masin.

Selesai melahirkan kaklong aku bertanya pada Dr Potter (tak ada kena mengena dengan Harry Potter) apa benda-benda yang aku tak boleh makan semasa dalam pantang.
Orang putih tu jawab senang saja, "You can eat anything you want". Dia bagi aku ceramah pendek menjelaskan yang aku baru sahaja menggunakan segala energy yang ada dalam tubuhku. Aku kena ganti semula energy tersebut dengan makanan yang berkhasiat. Aku boleh makan ayam. Nenek kata makan ayam tak boleh sebab nanti gatal. Aku boleh makan sayur. nenek kata sayur sejuk. Aku boleh makan ikan. Ikan gatal juga, kata nenek. Jadi, aku ikut nasihat Dr Pottter. Aku bedal semua.

Bila aku mendapat surat dari abah beberapa belas hari selepas bersalin (Dulu tak ada henfon. Tak ada internet) aku jawab pertanyaan emak yang disampaikan melalui abah dengan mengatakan, ya.. aku berpantang. Ya.. juga pada pertanyaan adakah aku makan jamu yang dikirimkan. Yulk! jamu serbuk itu. Rasanya bagai rempah kari. Aku makan beberapa kali sahaja dan selebihnya aku simpan berbulan-bulan dan buang begitu saja bila aku berkemas-kemas mahu pulang ke malaysia.

Bila aku mendapat anak seterusnya, aku sudah terbiasa begitu. Dua tiga minggu selepas bersalin aku dah keluar rumah. Tapi selalunya minggu pertama emak ada menemankan aku. Dan dia akan paksa aku minum air kunyit yang pahit dan payau. Paksa aku makan ikan haruan yang akan mengembangkan tekakku setiap kali aku menelannya. Tapi dia tidak pula berleter bila aku tidak duduk bersimpuh sopan di atas tilam.



Semalam kaklong ke UM ambil exam. Baru dua minggu bersalin. Kaklong tengah buat masters dalam pendidikan awal kanak-kanak . Nak buat macamana. Kaklong malas nak buat pada waktu lain. Bila pukul dua kaklong belum balik-balik, aku menelefon.
"Ya ya.. on the way. Dah kat Putrajaya ni"
"Apasal pulak melencong ke situ"
"He..he.. ada kenduri kawin kawan abang isyam"
"Uk ala.. awak gi kenduri?"
"He..he.. makan sikit je. Nasi putih. Lauk pilih-pilih je. Minum air mineral"

Hmmm... melawan toke nampak!!!!!!!.....

23 comments:

Yunus Badawi said...

Yeah saya first kali ni!

Org dulu2 mmg banyak pantang larangnya. Generasi kita ini adalah jugak ikut sikit2. Tapi budak2 sekarang sorilah mana nak ikut semua tu.

ibundo said...

YB, hehe.. pepagi dah bukak blog. Tak pegi bercuti ke.
Haah.. budak-budak tak de nye nak pecaya tu sume.

Tijah said...

iyo ko kaklong poie kenduri tu? ontah2 dio poie alamanda pekono sushi king. hahahahah...

lupekanje said...

hahaha...sindir omak ehh.

ckLah @xiiinam said...

Kakpah...
masa kecik dulu ckLah sengaja menyapu tak bersih....sebab orang tua kata nanti kawen dapat suami berjambang...

Tapi..dapat janggut sikit je...he..he..


Errr...yang menyanyi kat dapur tu kira betullah kot...
Sebab jarak umur ckLah dengan Pak Zahan ala-ala Dato' Siti dengan Dato' K gituh....he..he...

ibundo said...

tijah, haha.. nanti den tanyo balik.

acik, botul la kan?

cklah, cklah pun suka la nyanyi lam dapur ye. hehe.. agaknya sebab sebenar takut nasi yang kita masak tu hangus sebab konsenteret melalak je.

aNIe said...

Kak Pah...kalau bab pantang larang orang tua2 yang lain tu anie tak lah mengikut sgt...tapi bab berpantang semasa lepas bersalin...ikut sampai 40 hari...cuma bila makan taklah strict sgt...masih makan sayur yang boleh dimakan...yg sejuk2 tak usik pun, ayam mmg tak pantang cuma tunggu selepas 2 minggu...

arsaili said...

salam..org dulu2 pun dah ada stokin ek..mesti pengaruh penjajah...ahahaha

iina said...

Khabo kak. Cam lamo yo xsinggah sini. Kak like mother like daughter ler kak. Ahaks

KTS said...

pantang masa bersalin kan elok.. utk hari2 tua nanti..

chekdenoor said...

Pantang larang ..... rindu kat nenek .... kalau dia maseh ada.....ade aje pantang larang yang dia akan sebut bila chekdee buat silap......

yang paling best ...kalau tengah makan.... kalau terkentut....mesti cuci tangan dulu...then baru sambung makan...hahahahah...... sure semua org tahu...sapa yg kentut.....akakakakakak

ibundo said...

anie, kpah pantang dua minggu je. nak tunggu 40 hari lama nau.

arsaili, hehe.. akak ni tak de la dulu dulu sangat. Kalau sekitar enam puluhan tu budak sekolah rendah pun dah pakai stokin he..he..

ina, baru balik ko. Osah lamo kau poi morayap kahkah..

ibundo said...

kts, awak tu la kena jaga. aku ni memang dah tua pun. besalin baju je wakaka..

chekdee, kelakarlah terkentut kena basuh tangan. Itu arahan nak trap orang yang terkentut tu.

Ummi Salsabila said...

slm kak pah.slm perknalan.slm ziarah:)

aza ni said...

kakpah:sebelum kahwin saya tak ada pantang,lepas kahwin ni banyak pula,pantang jumpa,makan sahaja.

MrsMama said...

Ntah lah kak pah...org skrg ramai tak caya pantang...tapi saya amat mempercayainya sbb dah kena batang idung sendiri. Saya berazam kalu pas ni ngandung dan bersalin saya akan pantang btul2 sebab tak mau jadi meroyan cam dulu dah.

Nizam.Ariff said...

Berpantang maut sebelum ajal.
Pantang juga tu...

Mak Su said...

masa maksu kecik2, selalu dgr ni,
jgn lalu bawah ampaian, ilmu lesap
jgn bagi orng lalu kat belakang, nanti ilmu kita diambik orang

ilmu saja... wakakakaka. belasah jer lah.

julietchun said...

mak ckp dulu2 kena mkn nasi dgn ikan masin bakar je. tak buleh nak ngelat langsung sbb nenek ada dok tunggu.

ASH said...

Anak pertama, aku dok rumah mak mertua. Kena makan nasi ngan ikan bilis nganikan masin jerrrrr. Sayurnya tak da.aku kena sembelitdan buasir..TERUK bebenor..

Lepas tu bersalin anak kedua, aku kat KL. Hanya tok mertua yang datang temankan. Tapi ikut suka aku nak makan apa..aku BANTAI semuanya..nak rasa minum banyak, aku minum. nak rasa makan ayam, aku makan!!nak rasa makan sayur, aku makan. ELOK jer sihat walafiat..lepas tu aku malas lagi nak berpantang..ADA KE MAKAN NSI TAK DR SAYUR? BOLEH MINUM SECAWAN AIR JER??ITU SIKSA DIRI..dah la menyusukan anak..Mana nak datang susu kalau tak makan makanan berkhasiat.Kan kan kan??

orang kata takut tua tua cepat sakit, kalau tak pantang...

hmmmmmm kalau dah tuo, memang le macam macam sakit akan datang..
dah LUMRAH!!
ngeh ngeh ngeh

ibundo said...

ummi, salam. datang lah lagi.

azani,haha,, pantang yang tu buat perut cepat buncit hehe..

mas, bagi orang yang badan tak kuat eloklah pantang betul-betul. Orang kata meroyan tapi kakpah tak tau meroyan tu camne sebab tak pernah jumpa.

ibundo said...

nizam, yess.. memang betul.

maksu, ada juga yang tak bagi jalan bawah rumah. Tu takut apa ntah..

juliet, hmm.. kesian tul..

ashley, tau tak per. Tak tau la mana datangnya semua tak boleh tu. Mana ada zat makan ikan masin ngan nasi je. air pun tak bagi minum banyak.
hmmm.. sabau je la.

Tirana said...

Kak Pah..

Orang dulu2 banyak guna kiasan...tak cakap direct.. Anak2 kita sekarang..guna kiasan macam tu..hmmm..entah faham entah tidak..hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...