Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, May 28, 2009

Soyong yang tidak So Young

Ini cerita masa aku di tingkatan tiga.

Waktu itu period sains. Semua murid termasuk aku ke lab sebab ada experiment. Soyong belum masuk lab. Soyong tu nama cikgu sains aku. Nama sebenar aku dah terlupa. Mungkin Soh Yong. (Tak mungkin so young)

Oleh sebab cikgu belum masuk, budak-budak mulalah bising. Budak lelaki yang memang rata-ratanya nakal-nakal mulalah usik itu usik ini. Tonyoh itu tonyoh ini. Ala.. budak kampung macam kami ni bukan selalu dapat tengok benda-benda macam tu kat rumah.

Kami tak sedar soyong masuk. Agaknya kesabarannya tercabar bila tengok kami macam keling karam. Aku lihat dia mencapai pembaris kayu yang panjang satu meter tu dan mengetuk si nizar. Kena tepat-tepat di kepala, belakang telinga. Aku lihat darah menitik-nitik. Muka soyong pucat. Kami semua senyap tidak berdecit.

Besoknya abang-abang si nizar datang berkumpul depan opis guru besar.
(Agak-agaklah, kalau peristiwa itu berlaku masa sekarang, masuk paper front page tak)
.
.
.
.
.
Aku teragakkan peristiwa ini bila seorang classmate aku masa sekolah di batu kikir dulu terjumpa blog aku dan menghantar email. Dah berpuluh tahun tak jumpa. Lepas LCE masing-masing bawa diri.

25 comments:

Tijah said...

misti soyong dah sodokallahalazim. hehehehe...

KTS said...

kompem soyong takut nak main dgn pembaris lepas tu..


errr.... takuuutttt.. daraaaaahhhh..


klu skrg ni, kecoh satu malaya .. front page lagi tu..

.
.
.
.

tu la.. jadi lagi keling karam... klu cina karam takpe la..

hikksss...

Cikgooden said...

LCE..? haih, lamaaaaaaaaaaaanya.. kik kik kik...

julietchun said...

moral of the story : cikgu kena masuk dulu sebelum anak murid,kekekkeke.

Normi Hj Mat Yusof said...

ye lah kakpah....kalau skrg mau naik mahkamah so young tu...ada cikgu sekolah sy cubit murid sb bising tahap gaban, bapak dia report jabatan kebajikan KES DERA. dia cakap anak dia luka 3cm sb kene cubit tu...emm....

lupekanje said...

kpah...citer ni tk abis...aper endingnya? apa jadik kat soyong tuh? apa jadi kat nizar tu pulak? masuk spital ke?
kakPah gi ziarah dia ke...kasik bunga kat dia ke..heheh
*ssrrooot...sssroot.. sambey hembus hidung nih..

sakurasa 2 said...

kakpah
now dimana
"soyong yang tidak so young" tu ek!!!
pasti dia fobia dengan pembaris panjang....

kakngah said...

kak.. baco yo komen yg petamo tu.. toguish tebahak2... ilang idea nk bg komen.....

Mak Su said...

sian soyong.... makan hati gamaknyer dia rasa masa tu.

aza ni said...

kakpah:apa jadi dengan Nizar?dia okay?

ibundo said...

tijah, haha.. memandai yo kau.

kts, dia yang memang dah sedia pucat memang jadi pucat lesi terus.
haha.. tu lah.. tangan tu jangan rengan je

ibundo said...

cikgoo, memang le akak ni dah lama. masa tu ko pun kaki baru lebar dua jari agak e.

juliet, betul cakap ko. Setuju...setuju..

normi, parents sekarang ni tak leh cikgu silap sikit. Tapi tak semua lah. Akak cool je hehe..

acik. Mulo-mulo nak botumbuk gak. Tapi setel kat luar. Nizar? Bojahit kopalo e. Sokgi e tu dah bokotuntang balik dalam kelas hik..hik..

sakura, kpah pun tak tau mana gi soyoung tu. Mengikut firasat tijah dia dah sodokallahalazim.

ibundo said...

kakngah, hahaha.. memang fius tak boto tijah tu. oooppss.. hehe..

maksu, pucat maksu.

azani, bejahit le. Akak tak tau la dia jeran ke tidak. Seb baik gak tak parah.

ASH said...

Nizar tu mesti bukan Nizar X MB tu kan??
ha ha ha...

Tijah,
soyong tu sodokallahulazim jugak akhirnya...

aNIe said...

Lorrr...dah nasib soyong...time dia main pembaris tu si Nizar berdarah...

MrsMama said...

dulu2 bila cikgu pukul anak tak mengadu takut kena tambah lagi...reporter pun tak secekap skrg.Kalu skrg....confirm cam tijah kata tu.

Nizam.Ariff said...

LCE tu mende apa?


(soalan sama budak KBSM tanya SRP tu apa )

Unknown said...

slm...ceh ingat labu sayung ka ..

iina said...

uihh kak.. kira skrg nie kalau kena gitu terus dapat surat saman kot.. idak pun masuk berita terus hahahaha.. yelah kadang-kadang tuh bukan sengaja kan.. cikgu pun ada perasaan gak.. kadang2 overdose gak ;)

ibundo said...

ashley, aku dah agak dah orang mesti tanya punya hehe.. Bukan ar.

anie, hehe.. nasib dia. Tu lah jangan cepat na tangan tu.

mas, budak dulu takut cikgu. Budak sekarang cikgu takut hehe..

nizam, entah.. aku pun dah lupa sebab dah lama sangat wakaka..

anak pendang, haha.. ada bau-bau bacang

ina, sekarang ni kalau kena macam tu gerenti soyong kena heret masuk mahkamah. jangan memain...

ckLah @xiiinam said...

Tak berapa nangkap ni...
Soyong tu cekgu ke....
atau ketua darjah gila kuasa macam cklah dulu?



He..he...

ujang_ns said...

Nizar tu sekarang Pegawai Polis Pangkat SAC 11 dan bergelar Dato.

busymum100 said...

KPah,

I terserempak blog you ni, from blog Ezza. Dulu pun pernah singgah sini, tapi tak menyampuk.

Tapi kali ni baca pasal Cikgu Soyong ni, i terpanggil utk bersuara.

Masa i form 2 dulu (1976) ada juga cikgu Soyong - nama dia mohd Soyong (org cina masuk islam). Dia antara cikgu yg sgt2 berdedikasi dan berpengetahuan. Byk benda2 general knowledge dia tahu. I tak ingat dia ajap kami apa... Cikgu Soyong I ni dah lama meninggal (dia meninggal muda). Orgnya kurus tinggi... muka pun bujur sirih.. terlebih bujur tu ada lah..

Adakah kita bercakap tentang Soyong yg sama? Sb nama tu bukan koman mana...

FYI, i sek di kelantan, dan Cikgu Soyong masa tu mmg baru pindah ke sek kami.

ujang_ns said...

Cikgu Soyong masuk Islam.Nama dia Mohd Soyong B Abdullah.

busymum100 said...

Sah dah the same Soyong.

Saya ada sebut nama dia dlm blog saya sempena Hari Guru baru-baru ni:
http://mama.nuraina.com/?p=2837

Juga portal alumni kami pun ada tulis alfatihah, cuma kami tak tahu exact date dia meninggal:
http://www.semesta.org.my/portal/index.php?option=com_content&task=view&id=43&Itemid=60

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...