Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, June 26, 2009

Aku Tak Mahu Kereta Lembu

Kakngah mengeTAG aku. Dengan penuh rasa senang hati aku menjawab tugasan yang diberi.


1. When do you get your driving licence?

Tahun 1978. Kira dah boleh bawa kereta tutup mata dah ni sebab terlampau tere.

2. Your first car is...?

Toyota. Warna biru. Kereta tu abah bagi. Kami masa tu mula-mula nak hidup. Nak beli kereta pun tak ada duit. Abah kata ambek je lah kereta abah. Lama kami pakai kereta tu. Bertahun-tahun juga sehinggalah satu peristiwa yang amat mengerikan berlaku. Bukan..bukan.. bukan jangan pandang belakang.

Ceritanya kan, suami aku baru lepas sembahyang kat masjid ArRahman UM. Habis sembahyang je hari hujan lebat. Suami aku cakap sementara menanti hujan teduh, dia landing kejap. Tapi hujan tak juga berhenti-henti sampai sejam lebih. Tiba-tiba kan, dia dengar orang cakap "eh..eh.. kereta sapa tu nak terjunam masuk dalam sungai". Suami baru sedar bahawa hujan tu sudah menyebabkan banjir yang dasyat. Siapa yang belajar kat UM tahu lah yang masjid ArRahman ni letaknya tepi sungai.

Suami hanya sempat memandang je kereta tu meluncur terus masuk ke sungai dan hanyut dibawa arus yang deras. Besoknya baru jumpa kereta tu - kat sungai klang. Bila nak angkat kereta tu naik, kena gunakan kren. Bayangkan kereta jem berkilometer sebab perhatikan kren mengangkat kereta tu dari tepi highway KL-Klang. Bila naik, kereta dah tak rupa kereta. Dah kemek sana sini. Akhirnya jual besi buruk je.

3. What type is your car now?

Kereta aku vitara. Tapi aku selalu pakai unser. Unser tu suami beli tapi guna nama aku. Kira aku jugalah yang punya kan? kan atuk kan?

4. Do you choose your plate number or was it given?

Aku pilih. Aku pilih birthdate aku.

5. What is the color of your car?

Hitam kelabu

6. Reveal 3 most important things in your car.

Plastik tempat letak sampah
Tisu
Cungkil gigi

7. Have you ever got yourself into accident?

Sekali. Kereta toyota yang abah bagi tu lah. Yang hanyut dalam sungai tu. Masa tu abah belum bagi lagi dan aku pun belum kawin lagi. Aku baru lepas dapat lesen. Aku balik kampung dan berani-berani bawak pergi pilah. Bawa passengers pulak tu. Cousin dan anak buah aku. Semua kecil-kecil lagi. Aku bawa steady je. Entah macamana ada kereta motong dari depan, Aku terperanjat dan terus terbabas masuk ke tepi. Terkena batu penunjuk kilometer kat tepi jalan. Prenggg... kena tayar. Kempis tayar kereta. Aku panik lah. Henpon mana ada. Nak ganti tayar kereta memang tak tau. Aku nekad pergi kedai tayar kat pilah naik teksi. Ya Allah... budak-budak tu aku tinggalkan je dalam kereta. Aku cakap jangan pergi mana-mana. Nasib baiklah tak kena kidnap.

Akhirnya mekanik datang tolong. Nasib baik gak ada bawak duit. Aku ugut bebudak tu jangan cerita kat sapa-sapa. Tapi mulut budak macamana nak tutup ek. Uiii... kena leter panjang. Habis satu buku hikayat hang tuah panjangnya. Tebalkan je lah telinga.

8. When is the due for your insurance & road tax?

Tak ingat lah. Semua tu suami aku yang buat.

9. Do you plan to change your car?

Kan aku dah cakap dulu lagi. Memang aku nak tukar kereta kalau aku ada duit. Aku memang pekenan sangat kereta yang kat bawah ni.

Tapi apakan daya. Vitara tak nak lepaskan aku.



Okay kakngah. Siap. Aku nak dengki kat sapa ni? Tak payahlah. Tak baik dengki kat orang tau! Tapi kakngah tak dengki kat aku. Sebaliknya bagi aku peluang update entry hehe..

16 comments:

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

kereta dalam gambar bawah sekali tu memang best!...kakpah, beli la satu..aku tahu hang mampu.

lupekanje said...

kpah beli la copek keter yg kat bawah tu..pehtu bawak acik jenjalan..ye kak pah ye...ye..ye..ye laaahh...boley laa....

dan..ada batu jalan yg rebeh kat koler pilah tu....roper2nya kpah la punyer kejer langgor ye....patotttlaa..
OK kak..pasni kalu parking keter tepi sungai lagi..tambat kat tiang yo...takut banjir lagi....jenuh mencarik kat dasar sungai..heheh

kakngah said...

bab tggl an bbudak dlm keto, jaman dedolu... ado ampun laie.. kok skang.. jgn memain..

Nizam.Ariff said...

Kereta lembu mesra alam dan boleh membajak sambil membaja... 2 in 1 tu...

AZANI said...

semoga kereta idaman kakpah MBenz,berhasil dipunyai.

Tirana said...

Mudah2an suatu hari nanti kakpah berjaya memandu kereta idaman tu..

zai said...

Zaman sekarang ni jadi orang kaya lagi bahaya, kalau orang nampak kita pakai keta hebat sikit walaupun tak der duit orang ttp cakap kita banyak duit..walhal keta dah nak kena tarik pun hehehe

Tijah said...

suh la atok boli bas skolah satu kak. sonang sok kok nak buek rombongan ko kan....

a kl citizen said...

ada jugak pakai kreta yg bawah tu,ala-ala compressor la...tapi yang saya punye versi 'compressed' ...lebih kurang cam kancil la... :>

kakpah said...

cikgoo, gambar tu kakpah cilok bila google. Pasang angan-angan je. Dapat mimpi pun cukup.

Cik, haritu dah belek-belek dah. Berbolah hati nak boli ko tak nak. Lamo pikir ah.. takyah lah. sobab apo, nak masuk jari kelingking pun tak muek. Haha... limo hingget sotongah yo hargo e cik.

kakngah, bilo pikir balik ee.. baik takyah pikir.

nizam, mana ada lagi..

azani, tirana, tak salah kan kalau berangan-angan..

kakpah said...

zai, mungkinkah yang eksyen bawak merc kulu kilir tu hanya seorang drebar? atau seorang mekanik yang tolong merepair kereta sikaya? hehe.. kemungkinan mesti ada. tapi memang susah jadi orang kaya ni.
Kpah pakai kereta ni dalam mimpi je wakaka..

tijah, buek apo bas sekolah. tak ado kelas. baik boli kapaltorbang. boleh shoping kat london wakaka..

cikgu, hahaa.. asal tak jalan kaki, kira okay la tu kan.

GigiPalsu said...

Nanti kalau dah dapat kereta idaman tu, jangan plk parking tepi sungai...

ashley said...

aku tak dapat bayangkan kalau kakpah yang derebar keta tu..

he he he..

iina said...

hahaha kak camno lak ado plastik sampah ngan cungkil gigi kek dlm keto kak.. muskillah.. adakah kak mencungkil gigi maso driving hehehehe.. yolah kak.. nnti dapeklah keto tuh.. mano tau.. dlm mimpi ko

kakpah said...

gigipalsu, kalau ada kereta tu mestilah parking kat tepi istana hehe...

ashley, takyahlah ko bayangkan. sobab bukan aku yang drive. aku dah hire satu drebar hehe.

ina, ha.. tulah kau. plastik tu untuk memasukkan sogalo sampah semaso drive. cungkil gigi lak, tuk cungkil gigi lah kehkeh..

Kak Nora said...

Salam Kak Pah,
Sama kereta kita: Grey (silver? Kelabu?) Vitara. I luv my car too.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...