Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, June 10, 2009

Biaq Betui

Bila saja nampak signboard alor star, semua pakat jerit "Aloq staq.. kami sudah mai". Serta merta saja lidah bertukar jadi lidah kedah. Memasing nak menunjukkan bakat cakap loghat utara yang sudah semestinya menyakitkan telinga yang mendengar. Kalau ada orang kedah yang dengar mesti kena pelangkung kepala ni sebiji sorang.

Kita ni mesti sayang pada loghat negeri kita kan? Masa sekolah dulu selalu kawan cakap yang loghat aku ni bunyi macam ulu je tapi aku tak kesah. Sebab aku pun cakap loghat diorang ulu jugak dan aku selalu ketawakan mereka.

"Woi switch ong the fang"

"If you want to sopeak, sopeak propoli"

"Wak ar yu toki abauk"

"Minah kelate ni nak nyibuk je. Gi... main jejauh"



Satu kawan kat london pernah bercerita pasal seorang student nak pergi ke satu tempat

"I we to go to totehekok ghok plih"
Membuatkan drebar teksi mengeruk kepala. Sebenarnya budak tu nak pergi ke totenham court road.


Loghat kedah? Ada satu yang aku ingat'
"The weathaq today is cleaq"

Aku cuma nak cakap, walau bagaimanapun trasformasi kita ni dari kampung boy/girl menjadi city boy/girl, lidah kedaerahan tu sekali sekala akan tersasul juga. Janganlah nak eksen haha..


kita nak pi mana ni bang
pepagi ni mengulaq
mengulaq?
Tidoq lagi baguih
Kalau nak mengulaq ka, tidoq ka.. buat apa mai sini.
Smalam dah jadi drebaq satu haghi. Bagi can la nak tidoq sat

Woi budak..budak.. jom pi jenjalan. Tinggalkan ayah hang...


Klepek!!!!!!
Adui Ashley.. Janganlah main katok katok cam ni hehehe.....


16 comments:

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kak pah...pi makan kat gerai kat pekan alor staq yang kat bawah pokok tu...saya dah lupa nama tempat tu tapi best woooo..menu dia banyak dan harga ok....

Tijah said...

kemain jln2 cari makan kan? den jugak yg makan cekodok bilih buek dgn nasik lobih mlm tadi. osah sodap eh resepi akak bagi tu..lombuttt yo!

kakngah said...

dedolu sy kojo projek double track, majority staff dr pntai timo. mmg syiok dongar depa ckp omputeh sleng klate... sy lak.. dr xponah mkn ns kerabu toghuish ketagih...

lupekanje said...

kak...dah poie pokan Rabu lom..?
eheheh..best cakap kedah nooo..

AZANI said...

kakpah:pada saya loghat paling dominan di tempat kita pergi,misalnya bila kita pergi perak, ayor automatik je keluor daghi mulut.pi perlis jadi ae, pi kedah jadi ayak, make di kelantan,makang di terengganu,
dsbnya.

kuIna LadyInRed said...

amboi amboi.. nanti terketiat lidah ha...

Insyirah said...

Adehhh...tergeliat lidah nak baca entri ni. Kekadang tu jeles juga tgk orang-orang yg ada kampung ni. Masing² ada loghat sendiri. Hehe.. Saya dengar tu faham, nak cakap tu tak reti.

aNIe said...

Kak Pah...kita kalau menggunakan loghat negeri lain...memang ada pelatnya...kalau org negeri tu dgr mau bernanah telinga...heheheh...

Kak Pah masih 'eat wind' lagik ke?

ashley said...

kakpah..
aku dok rasa bijik mata aku jadi berpinaq..
taik telinga aku dah dok ghasa nak terkeluag..
muntah aku dah hijau ni..

TULOOOONGG..
orang nogoghi buat naya kat LOGHAT UTAGHA!!
tulooonggg..

hambat depa balik!!!!
ha ha ha!!

kak Ezza,
kat alog stag tu cukup banyak gerai bawah pokok..
bawah pokok mana ni?

kedai mak wan ka??
cawangan dia ada dekat ngan menara celcom..pergi kakpah pergi..

tapi bebaik la nu..

kawag kat sana boleh tahan gak dok berkelewag!!

selamat melanconggg..teruih pi Peghelih la..GUA KELAM ADA MENANTI!!

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

prg kedah tak kata drebar tu drebaq, haih..
sama la gitar..tak kata gitaq...
he he he...saja la nak bagi tau.

ashley said...

Cikgooden,
(kakpah bagi laluan na kat kami belah UTAGHA nak komen)

Tu la pasai yang aku ghasa nak terkeluag bijik mata tu..

ADA KA pi KATA dreba jadi DEREBAQ!!

depa ingat semua hujung 'r' tukag habeh jadi 'q'..
kena la perbetui sikiitt..

adui adui aduii..
aku dok ghasa cam sesak napas..
haihhh..

Nizam.Ariff said...

Cikgooden, Ashley.. hahaha

Kakpah tu cuba asah lidah. Pekena sup lidah utara dulu kut...

kakpah said...

ezza, kakpah dah round satu aloq staq, banyak nya gerai bawah pokok. Mana satu hehe

tijah, sodap kan? buek la entry.

kakngah, sodap golakkan oghang. oghang golakkan kito kito tak tau hehe..

pokan rabu? Lum poi lagi. Nak poi gak nak cari pekasam

azani, kononnya kita ni cuba nak mengembek bila masuk kandang kambing, berkokok bila masuk reban ayam. kira okay la tu kan?

kakpah said...

kuina, dah tergeliat pun

insyirah, ko takde kampung ke. jom balik nogori sombilan..

anie, masih eat wind. Memang bernanah telinga sapa yang baca entry ni hehehehe....

ashley, ampoooonnn.... haha.. tapi aku pedulik apa aih. Hantam saja laa labooo..

cikgu..okay, aku tukaq. Aku cakap dreveq hehe.. tak okay gak ke.

ashley lagi sekali, woi.. hang bagi peluang la kat aku sikit. Jangan lah kutuk habih..

nizam, haha.. aku saja je taknak kutuk si ashley tu cakap melaka jadi melakau wakakaka....

pB said...

jom kita sembang

akak guna daileq kedah
saya guna daileq klatae ..

he he he



pB pernah dok kat sungai petani ni dua tahun ....

Monkey D Luffy said...

adeh2

terasa ramai org ni

muahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...