Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, June 7, 2009

Jangan Cepat Jawab Salam

Adegan berlaku beberapa lama dahulu.

Aku menunggu suami di dalam warta. Sambil menunggu, mata meliar melihat orang lalu lalang. Kelihatan seorang perempuan datang menuju ke arahku. Dia berjalan sambil melemparkan senyum lebar. Aku tertanya-tanya sendirian. Siapakah gerangannya perempuan itu sebab setelah aku google dan google namun tidak juga mendapat respon apa-apa dari otakku.

Setelah hampir benar, dia tersenyum lagi sambil mengangkat tangannya:
"assalamualaikum!!!!"

Aku menjawab sambil juga tersenyum lebar dan mengangkat tanganku juga sama seperti yang dilakukannya. Dalam hatiku berkata, orang dah bagi salam jawab je lah walaupun tak kenal.. Entah-entah ibu kepada anak muridku.

Tapi...... hehe ada tapinya...


Tapi perempuan itu berjalan melepasiku dan dari belakang aku mendengar dia berkata,
"Dah lama kau tunggu aku ke.."
Dan ada suara pula menjawab
"Dah naik krem kaki aku ni berdiri nunggu kau"


Aku blah mencari port yang lain. Malu? Tak lah.......


17 comments:

lupekanje said...

muahahahhaa...
klu acik ada kat situ, mesti acik pinjam mikropn ngan loud speaker....nak golak bosar2....
tk per kpah..lenkali tk yah jawab....klu betul utk kpah...kira jawab dlm ati yo lah...hahah

Nizam.Ariff said...

Aku tak mahu ketawa kerana aku faham perasaan akak masa tu. Malahan, aku turrrut.. ter. ter..







MUhahahahahak!!

Tijah said...

wakakakkaaa...

lenkali ko tunggu yo kek org jual tudung/baju byk2 tu kak. kok la jadi laie cecopek la nyuruk cecolah kain tu...

Monkey D Luffy said...

aku pun pernah

tak pa... tak pa

muahaha

Yunus Badawi said...

betul cakap tijah tu. lain kali boleh dipraktikkan

tumpang lalu - tijah aku sokong ko kali ni. Ok aku nak ke surau dah azan. nanti malam aku pegi rumah ko pulak.

kakpah said...

acik,kalau ko ada kek situ taaklah jadi cam tu cik. Mostilah kito tongah berbual-bual sakan ko..ahak..

nizam, takper.. masa aku. Hehe..(gelak ada tanduk)

tijah, tulah silap. tunggu kek orang jua kacang. nak nyurok ko apo.

kapten, hahaha.. ko gelakkan aku ye.

YB, lain kali aku dah berwaspada dah...

ashley said...

he he he..gelak sengeh sengeh..

kenapa tak wat cam jumpa kawan lain..
pretend ada kat belakang dia lak..

kakpah said...

ashley, nak pretend ke hape. Aku dah termalu tahap gaban.

AZANI said...

kakpah:menjawab salam wajib,kita dengar kita jawablah,tak mengapa walau tak direct kat kita.

kakpah said...

azani, bila jawab kuat tu yang termalu tu. kalau jawap perlahan dia tak dengar, lain cerita kot..

a kl citizen said...

first time kat sini... terima kasih 'following' saya.
Bab malu tu kak pah terpaksalah telan...nasib baik bukannya tengah duduk atas pentas depan audience, kan.

sakurasa 2 said...

kakpah
he he he
kena hati2 kalau ada yang salam n tegur...

kakpah said...

kl citizen, sakura, tau tak per. Janganlah berulang lagi hendaknya

julietchun said...

kalo kakpah gi jabat tangan dia lagi syiokkk,kekekekeke.

iina said...

takpo kak jwb salam takdoh salah pun kak.. nnti den bg salam bebyk pehtuh jgn lupo bg de duit rayo yo kak ;)

zai said...

wakakaka...kelakar gile la kak pah nie..suke saya, gelak smpi berguling2 kat lantai..hahaha..

kakpah said...

juliet, lagi le malu. tak mo ar.

ina,haha.. ko ado udang sebalik batu lah ni yo.

zai,bila teguling tu biar landing betul-betul hehe....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...