Followers
jom klik
Tuesday, June 23, 2009
Kenangan Megusik Jiwa
Melihat sawah padi mengingatkan aku kembali ke zaman aku bebas berlari di atas batas sawah mengejar pepatung dan belalang. Ada kalanya kakiku tercebur di tepi batas atau jatuh terduduk sehingga badan disaluti lumpur.
Terbayang juga saat aku mengekori si pembajak sambil menangguk ikan yang sedang menggelupur di dalam selut yang tebal. Ikan-ikan itu aku kumpul di dalam baldi dan emak kemudiannya membuat gulai lemak cili padi atau di pais di dalam daun pisang.
Terbayang juga susuk tubuh emak terbongkong-bongkok menanam padi di petak sawah. Dan apabila padi menguning emak dan abah menyabit tangkai-tangkai padi dan mengumpulkannya untuk dibanting. Aku lihat emak dan abah menggunakan kudrat mereka membanting tangkai padi ke tepi tong kayu untuk meleraikan padi dari tangkainya. Dan apabila sudah penuh terkumpul padi itu dimasukkan ke dalam guni untuk dibawa pula pulang ke rumah. Aku hanya sebok berlari ke hulu ke hilir sambil meniup serunai yang aku buat daripada batang padi.
Terbayang juga akan emak, abah dan mak tua membuat emping. Dulu kami ada lesung kaki yang panjang. Kami akan bergilir-gilir memijak lesung. Kadang-kadang kami gunakan lesung ini juga untuk menumbuk padi baru. Enak dan wanginya nasi itu. Untuk makan nasi beras baru ini, emak akan menjemur padi itu terlebih dahulu. Apabila padi masak barulah ia ditumbuk di dalam lesung ini. Kalau tidak dijemur, beras akan hancur. Tapi selalunya abah akan menghantar padi ke kilang mesen padi sahaja. Tidak larat untuk ditumbuk sekiranya dalam kuantiti yag banyak.
Semasa aku ke Kedah baru-baru ini aku lihat sawah padi yang cukup banyak. (Sawah padi yang dikerjakan emak dulu sudah tinggal semak sahaja sekarang ini. Tidak ada siapa yang mengerjakannya). Melihat sawah itulah yang telah mengembalikan kenangan masa lalu. Orang yang aku tanya itu mempunyai sawah seluas 7 ekar. Tapi menurutnya dia sendiri tidak makan nasi hasil sawahnya. Semuanya diambil oleh pemborong. Dia sendiri membeli beras.
Di manakah keseronokan membuat emping dan makan beras baru?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
23 comments:
Ari tu ada staf saya goreng emping tu...sedapnya ya ampun. Rasa cam makan maruku berderap derup.Sawah padi arwah nenek saya pun dah jadi tempat menerung dan lalang tumbuh. Dulu masa saya kecik2, bila nak balik KL jer mesti dia pagi seguni beras sampai senget keta Ford ayah saya.Huhuhu....sedih bila teringin zaman itu. Dulu2 musim2 burung ayam2 pun best...kenyang makan burung ayam2 masak kari.
emping tu macammana? Selalu dgr org dok citer tapi tak penah lagi tgk dan mkn.Skng ni byk sawah padi terbiar, org tua takde kudrat nak bekerja disawah, org muda merantau ke kota.
mas, kat melaka kakpah tengok bendang dah jadi laman rumah. orang dah tak buat sawah lagi sekarang. semua main beli je. ini gara-gara generasi muda dah tak mau lagi masuk sawah. beli lagi senang. patutlah beras asek naik harga je kan?
juliet, kakpah pun dah lama tak makan emping. kau terai la google. ada gambar. dulu2 emak kpah suka buat santan taruk gula anau(merah). pastu makan dengan emping. Kalau tak pun, kelapa parut taruk gula pasir. gaul dengan emping. bila makan berderup derap.
arwah wan saya dulu.. siap buatkan lesung kaki kecit utk saya..
senang tak kaco dia..
skarang nih tak penah tgk dah mendalah tu kan?
piah, aritu masa baalik kampung cuba jugak cari mana pegi lesung tu. semua dah kena makan anai-anai.
haha.. lesung tu elok untuk excercise. Silap-silap kaki boleh jadi besar sebelah kekeke...
asek2 mkn emping jagung yo.. huh.... xdo jual emping padi dlm kotak ko????
ompeng kek pasar tani sabtu masih ado kek pilah tu kak. mmg sodap kan? lotak lak gulo anau mo kelapo lobih2 kit. atok kemain ghoma tu doh...walaupun takat mampu kumam2 yo sbb takdo gigi...
kakngah, nanti kpah komersialkan. ko boli yo he..
tijah, iyo ko. jarang poi pasar tani tu. kok jumpo sok mosti boli ni.
Padi tu jenis Mahlinja kan?
nizam. betullah tu.
wah best nya zaman dolu2
eei..bila tgk tempat tumbuk padi tu teringat masa zaman kecik2 dulu, umah saya pun ada satu...sy selalu tolong nenek tumbuk padi...bestla..pastu tangkap ikan kat sawah. kesian anak2 zaman skrg dah x dapat lagi rasa seme tu..
Budak2 sekarang dah tak kenal banyak menda yang dah pupus zaman ini. TAk kenal bendang, tak pernah petik daun tembakau ... lintah, pacat ...
kpah...padi tu aper?? saya tk makan padi..saya makan roti..wakakakaaa...
tk de la..bgurau2 je...
acik sompek merasa guna mende tu..
jgn memain kpah...ado dikato ehh kaki bosa sebolah...dahlah maen boling tgn panjang sebolah...
Acik dulu...tukar2 kaki..lotih kanan..tukar kiri..lotih kiri..tukar kanan.
Bebudak skrg mang tk kenal lagi mender2 tu. Batu giling pun tk penah tgk..apa lagi la batu kisar, lesung kaki...tu smua kannn..
cikgu, zaman dulu permainan banyak gunakan tenaga. Semua tension, kreativiti dapat disalurkan ke dalam aktiviti2 lasak ni. tak macam bebudak sekarang. Sebab tulah agaknya masalah disiplin kat sekolah sekarang teruk tak macam dulu2.
zai, anak-anak kpah mana pokok mangga mana pokok manggis pun tak kenal. jangankan nak kenal lesung. kenalah rajin menggoogle.
lili, anak kampung pun banyak yang dah moden. sawah pun dah tak ada di banyak tempat. jadi, banyaklah benda yang mereka tak tahu.
cik, dulu kalau dalam bulan poso omak selalu suruh kisar boreh pulut ko, boreh biaso ko untuk buek kueh. Selalu gak lah mengelak ngelak. Ponek tangan mongayuh natang tu. makan tak pulak ponek doh. lamo-lamo bilo dah ado topung ready made, pengisar tu tak boguno lagi. tobongkalai camtu yo. mulo2 kek topi dapur diam e. lopeh tu bogorak sikit ko topi bilik air. lopeh tu mengensot ko topi pintu. lamo2 kono campakkan kek luar rumah. Botahun-tahun tolotak ke topi longkang luar rumah. Maso aruah omak ado barulah akak nampak bondo tu ado unsur kosonian e. akak merengek mintak kek omak. bilo dio bagi green light yo akak bawak balik ko bangi. Acik nak tau mano lotak e pongisar tu skang ni. wakaka kek laman rumah akak topi pasu bungo. kunun2 ado unsur seni penghias laman hehe..
bestnya kala melihat sawah padi terbentang....
tenang aje rasa dengan kehijauannya..
maklang, salam. tk kerana singgah.
Kak pah..sekarang ni rasanya lesung kayu tu pun susah dah nak jumpa...anie masih ingat mata kat kampung dulu...anak2 akak sibuk berlari2...melihat mesin mengangin padi...yang dibuat dari kayu tu...mesti kak pah masih ingat lagi kan...
Empeng tu memang sedap...kat kampung anie kalau musim dpt padi baru ada pesta menggoreng berteh...seronok kitorang berlari2...bermain sementara mak2 menggoreng berteh
Hi kak pah!!
Nice post.
Salam, kami merupakan pekerja-perkerja yang telah dibuang tanpa menerima gaji dan pampasan oleh sebuah syarikat multinasional yang dalam proses untuk lari dari Malaysia
Please support kami.
Jadilah follower kami.
http://agni-energie.blogspot.com
Inilah usaha kami untuk menuntut hak kami.
kpah,
betul kak..klu dulu, org guno buek kuih sirat bagai..a 'ah..acik pun ingat gk tlg/ngaco arwah nenek kisar boreh sbb kuih sirat kuih wajib org tuo tuh. Tpi acik lupo, camno blh mender tu tebiar lak..agaknya cam yg akak cito tu la..sbb dah ada memacam mesin moden..dan ado jual siap kat kodai..batu tu lelamo ado kek luar pintu dapur yo..sebijik...samo lah pegerakan dio..hahah..ado laie kt pintu tu..ingat nak kutip gak la..
tapi kan kakPah..sian batu kisar akak tu...
malang gaklah nasib dio..kek laman rumah yo diam ehh..hehe..
kak..kok acik tingin nak ngisar boreh nnt, acik poie la sonyap2 kat dopan umah akak tu yo. ..wakakaka...
Salam ziarah,
Apa khabar tuan rumah? Melihat sawah saya terkenangkan kampung halaman di utara semenanjung. Daokan semoga saya dapat pulang ke kampung dengan jayanya.
Jemputlah ke blog ya. Boleh exchange link dan bertukar pendapat.
http://www.faridrashidi.com
anie, dulu kitorang pun ada pengisar angin tu. Bila dah tak pakai-pakai lama-lama dia reput macam tu je. sayang kan? Dulu tak pandai nak menilai. kalau disimpan elok-elok boleh anak-anak lihat dan belajar mengenainya.
anti agni, selamat dtg. insyaallah kpah follow.
acik, iyolah cik. datanglag ko umah kpah ni kito buek aktiviti mengisar boreh hehe..
ibnurashid, salam kembali. insyaallah kpah visit. susah ke nak balik kampung?
Post a Comment