Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, June 22, 2009

PERSOALAN TERJAWAB

Tadi semasa ke tadika aku diterjah dengan soalan yang bertubi-tubi.

"Ummu kenapa lama tak datang"
"Ummu rehat kat rumah" Takkan aku nak cakap yang aku pergi makan angin sampai ke bandung, kan.
"Ummu tak sehat eh"
"Sehat"
"Habis tu kenapa nak rehat"
"Ummu ni kan dah tua. Kena rehat banyak-banyak" Ngeh..ngeh..ngeh..
"Habistu kenapa harini ummu datang. Ummu rehat je lah kat rumah"
"Ummu rindu kat kamu semua"

Diam sekejap.

"Kenapa henbeg ummu warna merah"
"Sebab ummu dah terbeli yang warna merah. Ummu pakailah"
"Kenapa ummu tak pakai henbeg warna hitam sebab ummu kan pakai baju warna hitam"
"Merah dengan hitam mecing apa. Kalau hitam dengan hitam nanti tenggelam"
"Ha? tengelam? Kenapa pulak kena tenggelam. Mana ada air" waduh..waduh.. aku kena tepuk tepuk dahi ni.
"Tenggelam. Maknanya, tak nampak. "
"Kalau tak nampak pakailah cermin mata"
.
.
.
.
Panjang lagi soal jawab ni. Ia berlaku antara aku dan beberapa orang anak-anak. Sebenarnya aku sudah tidak mengendalikan kelas lagi. Kelas aku telah aku lepaskan pada cikgu Bibah beberapa bulan yang lalu. Jadi bila aku sesekali datang menjenguk, memang aku dihurung macam semut menghurungi gula.


Kanak-kanak memang suka bertanya. Ada kalanya kita berasa rimas dengan pertanyaan anak-anak tetapi janganlah pula kita tidak melayani pertanyaan tersebut. Walau bagaimana sibuknya seorang ibu atau ayah itu, layanlah pertanyaan mereka. Jangan sekat perkembangan otak anak-anak.


15 comments:

aza ni said...

selamat kembali kakpah..
anak anak bila bertanya kengkadang tak terjawab..he he he

Ms.Lilies said...

nak jawab soklan anak kena jwb skrg kan kak....sok2 anak2 dah beso dah jarang nak tanya soklan2 camni dah....kita jugak yg rindu2

Guru said...

bebudak kecil bertanya memang lain sungguh dengan bebudak menengah ya...
terhibur sungguh

MrsMama said...

Kakpah....tetiba tingat kat Nurin. Dia penah tanya baby kuar kot mana? Saya pun cite yang sebenarnya kat dia....pastu tanya lagi, bole ke kuar kot tu? Huhuhu

Yunus Badawi said...

welcome back kakpah! kami rindu kakpah mcm budak2 tu jugak hehehe

Pegi Bandung banyaklah shopping bag tangan sbb kat sana murah2 kan?

julietchun said...

patutlah kakpah masih bercuti walaupun sekolah dah bukak, dah ada pembantu rupanya.Adalah banyak masa utk melayan pertanyaan Faris ye,hehehe.

Cik Pah said...

sy masih menunggu soalan dari anak saya.. dah setahun 10 bulan tapi masih blom leh bercakap lagi.. hemm.. sabar..

Nizam.Ariff said...

Kembali dgn penuh semangat...

iina said...

Tulah kan kak.. kdg2 sampai ganggu bebudak lain nak belajar.. dlm kelas BM saya ada sorg tuh mmg cukup byk soalan.. pening menjawabnya.. layan jugalah.. tp selalunya kena suruh buat keje.. ni mulut berjalan tangan menulis kat itu jek.. hehehehe

zai said...

anak2 sekarang advance, anak saya yg kecik tu tanya mcmmn awan boleh terapung dan mcmmn kapal terbang boleh terbang dan mcm2 lagi..kadang2 pening jugak nak cari jawapannya..

Kapten Luffy said...

adeh3

boleh pening anak ramai

pB said...

Salam Kak Pah

jangan tinggal lama lama blog ni, rindu pB pada kak pah


terimakasih diatas peringatan itu ...

ibundo said...

azani, pandai-pandai le

lilies, anak-anak kecil memang banyak whys... bila dah besar tanya bila nak pegi nyoping je he.he..

cikgu, solalan budak kecil menghiburkan hati.

mas, haha... tang tu yang nak kena hati-hati jawab tu.

yb, henbeg murah-murah sampai tak terbeli wakaka

juliet, hehe.. aku gi memantau je. tak ajar lagi.

ibundo said...

cikpah, sok dah petah becakap tak telayan ko hehe

nizam, Yesss!

zai, haha mama sekarang kena rajin google

ina, memang ada yang jenis potpet pot pet tapi keje tak buat. sabau je lah.

kapten, ko nanti anak sorang je cukup lah.

pb, tak tinggal lama tapi kadang-kadag idea nak buat entry kering...

Anonymous said...

Ha ha... anak2 kecil memang innocent, selalu bertanya bila ada sesuatu yang menarik minat mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...