Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, June 25, 2009

KENDURI KENDARA

Orang sekarang kalau buat majlis kenduri kahwin kalau boleh tidak mahu nak berenyah-renyah. Ramai yang mahu beli pekej saja. Siap dengan makan, khemah, pelamin, baju pengantin dan lain-lain keperluan. Ada yang suka ambil jalan lagi mudah. Buat kat dewan. Semua lengkap dan siap. Rumah juga tidak berkecah. Senang. Tuan rumah pun tak perlu nak pening kepala banyak-banyak.

Bila dah mudah begitu, kita seolah-olah hilang kenikmatan membuat kenduri kendara. Tidak ada lagi bising bingit semasa berkampung. Tidak ada lagi juga riuh rendah kelentang kelentung semasa memasak di hari kenduri. Hilang nikmat berkumpul dengan saudara mara. Hilang nikmat berkumpul sesama jiran. Masing-masing kebanyakannya hanya menunjukkan muka pada hari majlis dilangsungkan. Bawa perut sahaja. Setelah penuh diisi, salam keruk dengan tuan rumah dan pulang. Tak payah nak tunggu untuk menolong mencuci pinggan mangkuk dan periuk belanga.

Di kampung juga suasana begitu tidak jauh berbeza. Walaupun ramai yang masih membuat kenduri kendara di rumah tetapi ramai juga yang menyewa dewan serbaguna. Yang mengamalkan masak memasak secara bergotong royong ini juga telah berkurangan. Senang ambil katering saja.


Semasa aku kecil sehingga alam remaja, orang-orang di kampung aku masih mengamalkan kenduri secara bergotong royong. Masa itu tidak ada makan jenis buffet seperti sekarang. Segala makanan dihidang. Tetamu duduk di atas rumah ataupun di khemah. Apabila dianggarkan semua tetamu sudah datang, barulah makanan yang telah siap diatur di dalam dulang, diedarkan kepada tetamu.


Kelemahannya, tetamu terpaksa menunggu lama untuk menjamu selera. Tuan rumah juga memerlukan ramai pekerja untuk menyediakan makanan mulai daripada memasukkan makanan ke dalam piring, meyusun piring ke dalam dulang, membawa dulang kepada tetamu. Pekerja juga diperlukan untuk mengangkat pinggan, gelas dan air minuman. Selepas tetamu selesai makan, semua itu akan diangkat pula kembali ke belakang. Memang banyak kerja. Yang paling aku tidak suka ialah apabila anak-anak dara dikerah untuk membasuh pinggan kotor. Sampai kecut mecut jejari main air.


Di kampung aku dulu-dulu masih ada adat menjunjung pengantin di atas tandu. Dua tandu diperlukan untuk menjunjung sepasang pengantin. Apabila pengantin sampai di perkarangan rumah, mereka akan dinaikkan ke atas tandu dan diarak di sekeliling kawasan rumah. Empat orang akan mengangkat setiap tandu. Dua orang di depan dan dua orang di belakang. Selepas diarak di sekeliling rumah dengan paluan kompang, pengantin akan diturunkan betul-betul di depan tangga untuk naik ke atas rumah.


Sekarang di kampung aku tidak ada lagi adat seperti ini. Tidak tahulah di tempat lain.



Bila dilihat kembali dulu dan sekarang, lebih senang dan mudahlah sekarang. Cuma mungkin kita kehilangan beberapa nilai yang sepatutnya kita simpan.

16 comments:

Cikgooden said...

sekarang semua nak senang...cuma sesekali kalau ada modal lebih...buat la cara tradisional kak pah...

sakurasa 2 said...

kakpah
rasanya kenduri kendari sekarang lagi mudah kot...he he he

AuntieYan said...

Salam kak Pah,

Auntie pun, kalau ada rezeki buat kenduri kawin anak nanti(belum ada anak kawin lagi)rasanya, memang semua kena berupah le....tak sangguup rasanya dibuat sendiri. Nak buat secara gotong royong, sapalah nak tolong...sedara mara jauh nun didesa..(ceh!)jiran-jiran pun macam kita jugak berkerja...keluar gelap, balik pun dah gelap.

Yunus Badawi said...

Kat kampung emak Adam masih buat stail lama. Penat mmg penat tapi dpt kepuasan.

Di taman perumahan kami ini pun masih ada yg buat mcm stail kampung. Semua kerja buat gotong royong. Ramai yg terkejut sbb kat bandar masih ada yg buat mcm tu.

kakngah said...

time kenduri kawen paling bes...
.
jaga daging memalam
sesubuh dah bedengung bunyik mesen kelapa
bau asap menusuk hidung
bau bunga rampai
tolo rebus [dpt yg 3 suku masak tu yg bes]
air sirap aroma kayu api
rembat bunga manggar
tgk mak andam mekap pengantin
ade ane jual eskrem
ape lagi???
dan lain-lain lg
.

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kenduri cara lama ni ok jugak tapi lepas kenduri tu ...rasa nya lama baru nak baik pulih badan ni....
saya ni rasa nya pun buat upah jer,,,sapa nak buat bende benda ni sekarang...budak2 muda lebih senang duduk kat karaoke tu jer...

MrsMama said...

skrg orang tak buat dah menghidang2 ni, sume kira bufet. Tapi kan masa dulu2 kt kg kalu menghidang rasa meriah jer. Kak pah, belah perlis ni ada lagi diorg buat gotong royong untuk masak kenduri. Best ar lauk dalam gambar...mengancam tekak sungguh.

ibundo said...

cikgu, zaman bertambah moden mestilah cara pun nak moden jugak ye tak.

sakura, sekarang main upah je.

Yan, kita buat je manaa yang kita termampu. Kalau orang dah tak ada nak nolong kita juga yang tunggang langgang.

YB, Kalau buat stail lama nih lepas kerja kawin tu dua tiga hari terbongkang hehe..

kakngah, Uhh... somo tu yang seronok e tu.

ezza, kakpah sok nak buat kenduri kakngah kakpah nak pakai ketering gak. tak larat dah nak buat segala menda tu.

Mas, yang sedap tu kalau ada makcik-makcik yang melatah. Lagi riuh masa menghidang tu.

iina said...

yolah kak skrg nie hidup bermasyarakat tak cam dedulu memasing semua sibuk kojo yo.. kalau duk bandar lagik kdg2 nmpk muka pun dah lewat petang mlm..

Tapi betul kak dah kurg dah cara hidang cam dulu sebab leceh.. sapa nak salin pinggan.. sapa nak basuh.. sapa nak hidang.. penangah lagik.. saya merasa ler dulu round 1 kg bila time kenduri kwin nie sebab dulukan beliawanis kg.. so mmg selalu kena p umah org jadi penanggah nie ;)

Tapi kat kg saya adat sama2 memasak masih ada.. cuci pinggan mangkuk semua ada.. makan jek dah buffet.. takde catering doh.. buek katering org krg tak nak tolong dah.. sobab biasalah duk ngan org jawa.. kena bergotong royong n diorg pun jenis berkira.. tak dtg tolong sok2.. turn kito lak dio pun xdtg tolong ;)..

Anonymous said...

Hu hu...bila tengok gambor pengisar tepung kat bawah tu, terus teringat masa kecik2, tengok mak kisar tepung beras untuk dibuat bubur sum sum..hmmm..

Kak tie kalau balik kelantan (kampung suami), masih ada lagi suasana kampung, walaupun ada yang buat buffet je... Sebenarnya orang sekarang tak ramai yang 'pandai' buat kerja. Kak tie perhatikan, masing nak lawa... taknak kotorkan atau penatkan diri... susah laa...

ibundo said...

ina, memang loteh buek kojo tu semuo. Bilo maso berubah, caro pun konolah berubah samo. Kito pilihlah mano yang sonang dan mudah. Kito bagi can lah kek orang lain buek duit samo hasil konduri kondaro kito yo tak.
Mintak mintak adik beradik dan saudaro tordokek tak lupo nak bokumpul sesamo maso konduri tu.

tie, tengok mak mengisar je ke. Tak kena suruh kisar sama? hehe..
Bukan tak pandai buat keje tie, taknak keje lebih-lebih sikit.

Kapten Luffy said...

kg aku tetao dengan gotong royong lg
hehhe

Nizam.Ariff said...

Kat bandar mungkin tempat tak de utk basuh pinggan dan memasak kut. Lain lah kalau rumah corner lot. Tapi, kalau dah corner lot, tak de hal keluar duit lebih untuk catering.

aNIe said...

Sekarang kat kampung anie pun ramai dah guna tempahan aje...dah berkurang semangat bergotong royong...sebab kawasan rumah dah semakin sempit dan kawasan untuk mendirikan kemah pun dah takde...

zai said...

Ingat time ulangtahun perkahwinan yg ke 20 nanti nak juga buat kenduri sekali lagi sbb bila tengok orang kawin..dalam hati terasa teringin nak kawin sekali lagi la....hehehe,

ibundo said...

kapten, akak tabek orang kampung ko.

nizam, katering lebih mudah. akak pun nanti nak buat ketering gak. tak pening kepala aku.

anie, tu lah, orang kampung pun dah tak berapa nak gotong royong Orang yang nak buat kerja dah tak ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...